Friday, November 13, 2009

Have i missed it?

I've draft this long ago..forgot to publish it..so here it is..in a meantime for a long post later on...This post is dedicated to all my other 'still single' friends out there...

Quoted from a friend, Syed thru ym.....we talked about this soul-mate thing...a very nice friend to chat with...we are open in our conversation...having the same thoughts.. in many ways...and that makes comfortable conversation.. now he's in Australia, sailing for a new life ..I wish u all the best my friend!!!!!So here's the piece of words he gave..

"If u go too fast, and don't stop for sight seeing, when u get on the train the next stop, the seats already filled from previous station. Then u wished that u had stopped earlier, at least for sight seeing..who knows. But u get so focused on destination that u bypass all other stations and when u finally get to ur destination..there's nobody to share the story with and worst... the stop was empty and deserted..."

Very deep words there..make sense somehow..have i missed it?Had I too focused on something elses that I missed my own???Was I too afraid to give it a try???

I will...pray the best for everything....eventhough...have i really missed it???

Monday, November 9, 2009

Niat ditangguhkan..

Hari ni kira2 hampir 2 bulan tidak mengemaskini blog ini..

Namun macam2 perkara yang perlu diselesaikan...dokumen2 yang perlu diisi, disiapkan sebagai persiapan untuk kerja2 pensampelan hari rabu ini...satu-dua muka surat tentang PhD yang perlu diserahkan kepada ketua projek..dan yang paling penting..PERASAAN GOYAH yang semakin lama semakin menghimpit..semakin menghantui......APA YANG GOYAH??Saya tak harus menceritakannya secara terperinci...harap perasaan ini bukan mengganggu..tapi motivasi diri..perasaan yang tidak ada kena mengena dengan perjalanan PhD ini..tetapi perasaan dalaman yang memang setiap manusia harus hadapi...setiap ketika...setiap kali bertemu DIA YANG MAHA ESA..hanya kepadaNYA saya mohon petunjuk...diberi jawapan kepada setiap kesangsian yang saya hadapi...

Jadi dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan, niat untuk mengemaskini blog ini terpaksa ditangguhkan...

End.

Tuesday, October 6, 2009

Alhamdulillah

Kira-kira sejak pertengahan puasa..baru kali ini dapat mengemaskini blog..
Banyak cerita...cerita raya, cerita demam..cerita meeting research di site...beraneka jenis cerita...seperti beranekanya jenis2 makanan dan lauk pauk yang dimakan semasa saling mengunjungi rumah keluarga2 Malaysia di sini ketika raya..
Raya di Cardiff memang meriah...sebab memang ramai rakyat Malaysia di sini...apatahlagi postgrad yang memang rata2 berkeluarga..memang sangat meriah..hari pertama saja saya dah beraya ke 8 buah rumah..semuanya buat open house...memang tak terasa sedih sangat..bagi saya sendiri, kesyahduan itu hanya terasa bila menelefon keluarga di malam raya...dan mendengar takbir raya...sesudah itu, dengan kemeriahan suasana raya di sini..buat saya sendiri, dapatlah mengambil cuti pada hari raya ke-2, alhamdulillah...sampling yang sepatutnya dijadualkan pada hari raya ke-2 dibatalkan atas sebab-sebab teknikal..memang perlu sangat kerana memang agak penat beraya pada hari pertama...penat makan hingga ke malam!!!!!!
Hari raya ke-3 kembali ke pejabat, kerana meeting di site!
Hujung minggu disambung lagi dengan open house di sana sini...hari sabtu hujung minggu disambung dengan aturcara open house...dan pada hari Ahad seterusnya saya memasak serba sedikit dengan memanggil kakak2 yang paling rapat di school, Kak Zu n family, Kak Haziah n family, jiran sebelah; Along dan Odah..Kak Haziah dijadualkan bersalin kurang 2 minggu..jadi sebelum dia bersalin, saya memang berhajat nak menjemput beliau datang ke rumah..pda waktu tengahari...Jadi dapat la menjamu kawan2 dengan bihun goreng, ayam rempah, paru sambal, nasi himpit, sambal kacang dan serunding ikan bilis yang diimport khas dari Malaysia!!(mom's made!)..alhamdulillah..dapat juga sekurang2 memeriahkan raya di rumah sendiri..pada waktu malam, dapat diteruskan dengan menjemput Kak Zuha, Didi, Aiza n B!
Namun entah kenapa mungkin demam raya...hehehe..atau memang kerana perubahan musim...(rumah saya memang sejuk..tingkat bawah...dan memang selalu sejuk)..jadi pada hari mengajak kawan2 datang bertandang, saya dah mula mendapat selsema n bersin berlarutan..bukan penat memasak..atau penat beraya...tapi mungkin memang benar ...untuk bertukar musim..
Pada esok hari..pergi jugak ke gym sepertimana rutin pada setiap Isnin, Rabu n Jumaat..,harapannya biar keluar peluh..demam akan beransur pulih..namun perjalanan balik saya dapati hidung saya berdarah..sah ..panas dalam...dan terus tidak dtg ke school kerana memang dah terasa lemah..
Keesokan hari digagahi jua datang ke school dan hari seterusnya..walau memang selsema n batuk2...kerana ada laporan yang perlu disiapkan..dan mendapat update dari kilang tentang perkembangan kerja2 pensampelan yang dijadualkan berlangsung pada minggu seterusnya....amat penting bagi saya untuk berbincang dengan kedua2 penyelia mengenai teknik pensampelan yang perlu saya lakukan...
Namun pada hari Khamis dan Jumaat..memang kesihatan saya semakin teruk..batuk menjadi2...dan ketua projek juga meminta agar saya berehat saja di rumah...jadi..berehatlah saya...walau hari sabtu kemudiannya hidung kembali berdarah!!
Saya benar2 berharap keadaan ini normal bagi mereka yang pertama kali akan mengalami cuaca 4 musim ...memang itu lah yang diperkatakan...dan alhamdulillah..hari semalam keadaan saya bertambah baik...dan hari ini..walaupun masih ada saki baki selsema, batuk semakin surut...kerana hari ini kami semua hadir di kilang kerana meeting sekali lagi..
Dan alhamdulillah...pada meeting kali ini.....salah satu agenda meeting adalah mengenai kemajuan penyelidikan saya, termasuk kerja2 'borehole drilling' yang merupakan major sampling bagi saya...saya memang agak risau..seminggu yang lepas saya benar2 tidak dapat berbuat sebarang kerja..benar2 berehat..dan pada hari semalam dan pagi tadi cuba juga 'mempulun' mendapatkan maklumat mengenai sebarang kemungkinan sebarang pertanyaan yang ingin diajukan..alhamdulillah!!!..meeting berjalan lancar, alhamdulillah sebarang pertanyaan dapat saya jawab seperti yang dijangka...ditambah lagi dengan Tony dan Andrew yang telah secara automatik menjawab sebarang persoalan yang melangkaui kuasa saya...
ALhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah...perjalanan PhD ini semakin jelas..saya semakin bersemangat... terima kasih Allah..kerana nikmat sakit seminggu ini benar2 menginsafkan saya tentang berharganya masa dan bahan yang sihat untuk jihad ini!!
End.

Sunday, September 6, 2009

Cardiff Keluarga - Scientific Research Colloqium

Salam 16 hari berpuasa...

Pada hari Sabtu yang lalu 5 September 2009 dengan inisiatif Cardiff Keluarga (kumpulan rakyat-rakyat Malaysia post grad di Cardiff) menganjurkan Scientific Research Colloqium selama separuh hari khas untuk membentangkan hasil kajian beberapa pelajar senior dengan tujuan utama berkongsi kaedah penyelidikan, pengalaman menjalankan penyelidikan, berhadapan dgn situasi semasa menjadi pelajar PhD dan sewaktu dengannya..Para pembentang adalah para senior yang telah sangat berpengalaman...untuk kali yang pertama ini..kumpulan sasaran adalah dari pelajar2 yang menjalankan kajian berlatarbelakangkan sains dan kejuruteraan...Cadangan selepas ini adalah siri kolokium bidang2 yang lain pula..

Kolokium ini pada saya ini adalah sangat-sangat berguna...kerana saya sendiri telah mendapat idea2 baru dari segi kaedah eksperimen dan analisis bagi kajian saya..syabas kepada penganjur..iaitu dari kumpulan Sains Komputer yang sangat efisien dan bersungguh-sungguh menjemput kami khasnya tahun 1 untuk hadir ke majlis ilmiah ini...memang tujuan kolokium ini diberi keutamaan khasnya kepada Tahun 1, seterusnya Tahun 2, dan Tahun 3...

Antara pembentang adalah Halikul - Sains Komputer (Tahun 3- peringkat penulisan tesis) yang membentangkan mengenai "Design and Evaluation'..mengenai langkah2 yang perlu dilakukan sebelum sebarang design eksperimen dilakukan.."
Seterusnya Hasliza - Kimia (Awal Tahun 2) ...Hasliza dijemput khas dari School of Chemistry kerana beliau telah menerbitkan satu jurnal ketika baru berada di Tahun 1..Sangat memberi motivasi kerana beliau telah menceritakan pengalaman dan tips bagaimana beliau talah dapat menerbitkan jurnal sebegitu cepat......pelbagai tips diberikan yang benar2 menyedarkan saya dari lamunan...

Mawi - Kejuruteraan Awam..(Tahun 2) yang membentangkan mengenai "Qualitative Data Analysis in Engineering'..beliau menceritakan pengalaman berhadapan dengan transition daripada bidang kejuruteraan ke sains sosial.

Abang Jamal - Kejuruteraan Mekanikal...(Tahun 3 - peringkat penulisan tesis). Pembentangan beliau berkisar mengenai integrasi bidang beliau dengan bidang kejuruteraan...dan bagaimana mengatasi segala cabaran dan dugaan yang mendatang...Setelah masuk tahun ke -3, beliau telah menerbitkan 2 atau 3 jurnal (kurang pasti) dan 6 atau 7 proceeding dan telah membentangkan kajian di lebih 10 konferensi...beliau juga memberi tips iaitu seboleh-bolehnya sebelum viva terakhir, setiap pelajar menerbitkan sekurang-kurangnya 3 jurnal supaya memudahkan proses diluluskan PhD..(err...saya boleh ke??)
Walaupun hanya 5 pembentang, tetapi sesi interaksi soal jawab menjadikan setiap sesi pembentangan walaupun lama tetapi cukup berkesan...suasana informal menyebabkan setiap peserta boleh bertanyakan apa saja untuk dikongsi bersama...

Saya merasakan cukup bertuah berada di bumi Cardiff ini, kerana selain mempelajari dan menimba pengalaman di negara orang, hubungan kekitaan sesama rakyat Malaysia di sini..seakan keluarga.. membuatkan saya berasa sangat selesa dan sangat bermotivasi untuk terus menjalani hidup2 sebagai pelajar dengan sebaik mungkin selain dapat menimba pengalaman dari aspek yang lainnya..Telah pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Cardiff Keluarga yang sangat aktif..yang dapat saya ikuti...dari aktiviti makan-makan (tu paling best..hehehe), keagamaan, sukan dan akademik...saya benar2 tidak sangka begitu ramainya rakyat Malaysia (post grad) di bumi Cardiff ini,.....itu belum termasuk pelajar undergrad yang juga mempunyai persatuan mereka yang tersendiri..

Alhamdulillah...

Pembentangan dari Mawi (Civil Engineering) - Qualitative Data Analysis in Engineering

Pembentangan dari Abang Jamal (Mechanical Engineering)



Sebahagian peserta



Dengan Odah n Kak Zu


Dari kiri : Kak Emi, saya n Syarizan (Odah)

End....

Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang penuh berkah kepada semua...Diam tak diam dah masuk hari ke-3 kita semua umat Islam berpuasa...

Memang ini julung-julung kalinya saya berpuasa di perantauan...memang puasa agak lama..lebih kurang 18 jam berbanding 13 hingga 14 jam di Malaysia..namun sebelum bulan Ramadhan saya telah dapat 5 hari berpuasa di sini..dapat melatihkan diri..yang memakan masa 19 jam lebih...walaupun lama, namun penatnya tidak terlalu terasa kerana cuaca yang tidak berapa panas..walau sekarang ini musim panas..

Mudah-mudahan segala doa dan amalan kita di bulan ini dimakbulkan, ganjaran berlipat ganda, dan diberi nikmat peningkatan keimanan, ketakwaan, kesabaran dan kepada diri saya sendiri terutamanya mohon diberi lebih keterangan hati menempuh fasa pembelajaran berlarutan untuk sekurang-kurangnya 3 tahun lagi..

End.

Friday, July 31, 2009

Sentuhan Kali Pertama

Hari ini...pertama kali dapat menyentuh, mengguna dan melakukan kerja di bengkel untuk kerja pengisaran dan penghancuran sampel sisa besi di 'Crushing Lab'...

Selama ini hanya diberitahu dengan secara verbal perihal penggunaan alat-alat tersebut..

Alhamdulillah...

Rasa bersemangat pulak...tambahan pula minggu hadapan dijadualkan untuk bertemu dan berbincang dengan kedua-dua penyelia mengenai PhD.. saya dan Toby setiap seorang diperuntukkan satu jam setengah masing2...

End.

Monday, July 20, 2009

Dah lama tak menulis...cerita pindah rumah sewa baru..

Sekarang ni, dengan cuaca agak 'suram' ni Cardiff..sejak 2, 3 hari lepas waktu-waktu hujung minggu dilimpahi dengan rahmat hujan ...saya tak kemana-mana..menghabiskan sisa-sisa baki mengemas rumah yang dah lama tertangguh..

Alhamdulillah...tanggal 27 Jun yang lalu saya dan seorang lagi pelajar Malaysia, Kak Emilia Natasya (tutor dari UKM yang hampir 2 tahun berada di sini)..telah mendapat kunci rumah sewa baru...jarak hanya 5 min dari 'pejabat' (apa lagi panggilan yang sesuai??sekolah??)...memang terasa macam bekerja di Malaysia, datang ofis kat sini 8.30 dan balik pukul 4.30 petang...

Cerita pasal rumah sewa baru...memang right timing..kontrak dengan Victoria Hall tamat pertengahan Julai...dan saya memang kalau dapat ingin mencari rumah yang berdekatan dengan ofis...kalau di hall, jarak dari hall ke pejabat dalam 20 minit berjalan laju...penat dan termengah2 juga kadang2 bila sampai di ofis..jadi memang berhajat kalau dapat mencari student hall atau kalau lebih baik rumah yang lebih berdekatan..apatah lagi bila mula kerja2 makmal nanti, saya jangka pasti ada waktu2 akan terpaksa pulang lewat..jadi harus memikirkan untuk jangka masa panjang..

Jadi pada satu ketika kebetulan berjumpa Kak Emi untuk makan lunch bersama...Kenal Kak Emi melalui Kak Zuha dan Aiza (Aiza merupakan felo dari usm yang telah lebih setahun di sini dan merupakan ex-housemate Kak Emi)..Masa berbual2 lunch bersama tu , mendapat tahu Aiza pula yang akan berpindah ke Victoria Hall, kerana alasan sama seperti saya...semakin lama semakin tidak larat rasanya berulang alik dalam tempoh yang lama..dan tambahan lagi sekiranya nak pulang lewat..jadi rasanya perlu mencari rumah yang lebih berdekatan..lebih sesuai..Jadi masa Kak Emi bagitau dia nak survey rumah baru tu la, saya pun terus menyatakan niat untuk mencari rumah yang berdekatan..dan kami pun terus masing2 review rumah baru..rumah demi rumah...dan akhirnya rumah pertama yang kita lihat itulah yang akhirnya kami pilih.

Pandangan hadapan rumah : Pintu masuk utama



Hall



Bilik tidur beta


Dapur
Jadi alhamdulillah...sekarang ni hampir sebulan berada di rumah baru, sangat selesa dan bahagia rasanya..harap okay sampai bila2..

End.

Friday, June 26, 2009

Jermaine Jackson : "May Allah be with you, Michael, always"

"Our family requests that the media please respect our privacy during this tough time," Jermaine Jackson said. "May Allah be with you, Michael, always."
Hari ini satu dunia merasai kesedihan, kehilangan, kesayuan kerana salah seorang ikon dunia paling berpengaruh meninggal dunia pada 2.26 ptg waktu tempatan di Los Angeles, Amerika Syarikat. Saya turut merasakan kejutan dan kesayuan pada berita tergempar ini...Saya salah seorang peminat Michael Jackson, bukan peminat fanatik, tetapi minat dan kagum saya pada beliau lebih kepada mesej yang beliau telah sampaikan dan perjuangkan tentang aspek kemanusiaan, keamanan dan alam sekitar. Beberapa lagu beliau yang menjadi sumber inspirasi dan sangat meninggalkan kesan antaranya yang membawa mesej keamanan dan kemanusiaan, iaitu "Heal the World" dan "We are the World", yang membawa mesej alam sekitar dan kemusnahan alam melalui lagu "Earth Song"..dan mungkin ada lagi yang di luar pengetahuan saya. Lagu-lagu ini memang menenang dan mendamaikan, dari dulu hingga kini. Michael Jackson sememangnya luarbiasa, penghibur yang tiada gantinya..
Teringat saya kalau di Malaysia ketika kembalinya ke rahmatullah penyanyi Sudirman Haji Arshad, beliau juga telah menjadi lagenda di Malaysia, lagu2 beliau yang berbentuk patriotik, tiap kali kemerdekaan sangat mengundang kesayuan. Arwah Sudirman juga dikatakan seorang penghibur serba boleh, lain dari yang lain dengan bakat luar biasa. Di Malaysia, Sudirman, di seluruh dunia, Michael Jackson.
Apa yang saya ingin perkatakan adalah di akhir pengumumam kematian Michael Jackson, oleh abang mendiang,???mendiang??iaitu Jermain Jackson yang berbunyi "May Allah be with you, Michael, always"..agak sesuatu yang menarik cerita bagaimana Jermaine telah dibukakakan hatinya oleh Allah untuk memeluk Islam dan bagaimana pada pandangan beliau bahawa Michael Jackson mungkin juga akan memeluk Islam satu hari nanti, artikel ini dipetik dari :

http://www.muslimnews.co.uk/paper/index.php?article=2879

Jermaine Jackson (aka Mohammed Abdul Aziz), revealed to the Editor of The Muslim News, Ahmed J Versi, in an exclusive interview on February 7, that his brother Michael may soon convert to Islam. Jermaine Jackson, 53, who took part in the controversial Celebrity Big Brother on Channel 4, discusses about his conversion and how his faith helped him get through the reality programme. Jermaine was very sure that his brother, Michael, would convert to Islam. He said that Michael has shown a lot of interest in Islam. “When I came back from Makkah I got him a lot of books and he asked me lots of things about my religion and I told him that it’s peaceful and beautiful. He read everything and he was proud of me that I found something that would give me inner strength and peace. I think it is most probable that Michael will convert to Islam.” Jeramaine believes if Michael converts, he would do a lot for Muslims. “He could do so much, just like I am trying to do. But Michael and I and the word of God, we could do so much. I think it’s time the young Muslims today should be proud and stay focused and not to fall in the pits of ridicule from the Western world and media and not to let these extremists try to label them as extremist and terrorist.” Jermaine had a further message for youths. “My word to young Muslims around the world, especially here in the UK, is be proud as to who you are, stay focused, do your prayers, fast and don’t fall short to the worldly things because together we are strong. We should live according to God’s will, according to the way Allah wants us to be. There are going to be trials and tribulations but at the same time true Islam is so strong that it overcomes all of the false accusations and don’t ever deny who you are. Be proud and stand up and say it loud that ‘I am a Muslim’. “That’s what I felt when I was in the Big Brother house. I wanted the world to know this is who I am and this is what has kept me strong,” he said. Jermaine said he had a moderating influence in the house. He managed to calm down Shilpa Shetty, the Indian actress who won the programme, during her altercations with other female housemates. It has been argued that without Jermaine, Shilpa would have left the house earlier. “If I wasn’t a Muslim, I probably wouldn’t have been that way. It kept me focused. I was always reciting Allah’s name to keep myself calm.” He also prayed five times a day in the Big Brother house.
Sememangnya telah banyak berita mengenai Michael Jackson memeluk Islam ini, namun kebenarannya masih samar2...
Hanya Allah yang Maha mengetahui, mungkin dengan doa dan harapan Jermaine, kemungkinan Michael Jackson memang telah mati sebagai Muslim...
Waalahuwaklam...

Sunday, June 14, 2009

Roti Canai, Carboot, Murtabak maggi dan laksa Johor

Aktiviti hari Ahad, 13 Jun yang lalu adalah ke Carboot Sales di Bessimer Road...dengan Odah (Nama sebenar Syarizan, juga dari Malaysia, panggil dia Odah sebab nama dia sama dengan saya..spontan je dia suruh panggil dia nama ni..jadi terus lekat...Odah ni baru sampai Cardiff, PhD di school yang sama dengan saya tapi Phd dalam Electronics Engineering...dia sampai lewat 2 minggu dari saya)...

Jadi on the way tu pegi ke Fresh Market atau Organic Market yang terletak betul2 berhadapan Stadium Millennium Cardiff. Fresh market ni kecik aje..dimana di sinilah sayur2an dan buah2an ditanam secara organik, di samping turut dijual makanan seperti ayam dan daging..juga makanan panas..Yang seronok kerana terdapat juga makanan panas yang halal!Jadi saya dapat la makan roti canai dengan kari kambing dan pappadam untuk sarapan!!! (Cume harga dia 'bley tahan' la..5 pound!!!!takpe la..yang penting hepi! dan kari kambing tu dapat ditapau lagi selebihnya kerana cukup untuk 2 kali makan sebenarnya!)


Roti Canai (Roti Prata), Kari Kambing dan Pappadam.
Kimi Catering...Sedap roti canai dia..tebal dan lembut..dan kari kambing...indian style le..

Sesudah itu kami sempat pegi ke kedai cina (China Supermarket di Riverside ..Riverside ni memang menjadi pilihan warga Malaysia di sini terutama yang berkeluarga kerana kemudahan kedai menjual barangan rumah serta makanan halal dan barangan makanan dari Malaysia) yang menjual kebanyakan barang2 makanan dari Malaysia...contohnya maggi (sangat penting tu...), kicap kipas udang, sos cili maggi..rempah kari, dan lain2...jadi saya dapat la beli bahan memasak untuk laksa johor...takde daun kesum, daun selasih je ada (kat sini daun tu daun basil la rupanya...)..dan seterusnya ke lagi satu carboot sales yang agak besar. di Bessimer Road..(pada pada 2 minggu sudah saya telah ke Carboot Sully bersama Kak Zu sekeluarga n Odah..jauh..jadi Kak Zu yang bawak kami)..dan kemudian ke Global Store ( di sinilah ada jual ikan kembung, ikan bawal..n sewaktu dengannya tapi yang frozen la)...dan bahan makanan dari malaysia dan makanan2 halal...jauh Global Store ni dari kediaman saya...Store dia macam makro di Malaysia...jual dalam bundle...ada jugak la barangan runcit...kalau ada kereta dan pergi ramai2..memang berbaloi membeli stok makanan berbulan2!!Tapi saya membeli juga ikan kembung, roti prata yang boleh dimakan bersama kari kambing yang ditapau tadi dan tepung perasa serbaguna...dapat la nanti untuk buat cendawan celup tepung!

Sampainya di rumah tengahari singgah di rumah Kak Zuha..hantar Maggi yang die pesan..lepak sampai lunch..Kak Zuha pun belum lunch begitu juga Didi..Jadi Kak Zuha pun kata kita makan maggi je la...saya pun cadang kita makan murtabak maggi je la!!!(Saya pernah bagitau Kak Zuha pasal murtabak maggi ni rasanya baru minggu lepas...jadi apalagi Kak Zuha pun on je la dengan murtabak maggi tu!!).Jadi masing2 dapat murtabak masing2 dari maggi yang baru diberi kepada Kak Zuha.. Jadi menu tengahari di rumah Kak Zuha; murtabak maggi, pastry onion n cheese, buah strawberry n nescafe ais Didi!Fuh..package betul tu..penuh perut..

Hehehe...dan pada waktu petangnya saya telah berjaya memasak laksa johor yang sekian lama diidamkan...Dah lama rancang nak masak tapi tunggu flatmate, Kris yang dari Singapore, sebab pernah cerite2 dengan dia pasal makanan kat m'sia dgn S'pore. Ada la sebut la pasal laksa johor..jadi masing2 excited nak makan laksa johor...plan masa tu tunggu dia abis dia punyer assessment untuk design dier (Kris ni student final year architecture)...dia kata bile dia dah pass semua..n if everything goes well, saya kata saya nak masak la laksa johor makan sama2.....celebrate dia punye result..jadi minggu lepas dia dah lulus semua..dan hari ni la kita makan laksa johor sama2!!

Dapat la jugak anta ke kak zuha n the geng di blok bersebelahan dan simpan sket untuk dibawa bekal ke 'sekolah' pada keesokan hari! (Sayangnye tak ambik pulak gambar laksa johor tu untuk dibuat kenangan!!!!)

End.

Tentang supervisor

Sepertimana dalam post yang lalu, telah dikhabarkan nama kedua-dua supervisor yang ringkas dipanggil Tony dan Keith..Tony umur die 58 tahun dan Keith 60 tahun..



Masa minggu kedua saya sampai di sini, iaitu minggu pertama masuk ke ofis, dapat berjumpa kedua-dua Tony dan Keith...dua2 kata tak ada apa yang perlu dirisaukan..diorang akan make sure saya akan okay..heheheh..gaya dua2 pun fatherly je...

Tony sebagai penyelia pertama memang uruskan semuanya...hari pertama tu juga terus saya mendapat kunci 'access' ke office (hanya yang authorized saje yang boleh masuk ke office tersebut) dan juga makmal2 yang saya akan gunakan. Di segenap bilik di satu bangunan kejuruteraan memang mengamalkan sistem keselamatan sebegitu. Kemudian Tony menempah laptop baru berserta printer untuk saya yang akan sampai dalam tempoh seminggu, kemudian Tony bawa 'tour' ke cafe...(siap explain ada vege food, kadang2 ayam dia halal..), ke makmal2 bengkel, ke pejabat penyelidikan dan ke pejabat school..memperkenalkan saya kepada semua kakitangan yang berkenaan. Kemudian Tony juga bertanyakan saya perkara lain yang saya perlukan..maka saya menyatakan keperluan bersolat...dan Tony memang terus berkata 'Yes!You need that!'..Lega hati saya..dia cukup memahami kerana katanya ramai pelajar Phd di bawah seliaan beliau yang muslim..jadi dia faham...

Jadi setelah tour tersebut Tony turut bertanyakan beberapa pelajar muslim beliau yang lain di mana mereka melakukan solat...tapi kesemua yang di bawah seliaan beliau adalah pelajar muslim lelaki di mana terdapat bilik solat khas lelaki (salah seorang supervisor diorang yang uruskan dapatkan bilik tu)..jadi Tony pun terus bawa saya ke bilik loker yang memang tiada orang datang namun hanya untuk ke tandas dan membeli air dari vending machine..yang selesa kerana senyap dan ada sudut tersorok yang memang sangat selesa untuk saya melakukan solat..ini adalah kerana keadaan di pejabat saya yang berkongsi dengan 13 yang lain..dengan tiada pembahagi ruang..amat tidak sesuai untuk melakukan solat...

Pada waktu petang Tony sekali lagi datang ke pejabat dan kali ini membawa seorang pelajar beliau yang muslim dari Mesir untuk diperkenalkan kepada saya..Nasser namanya..Tony katakan Nasser mungkin boleh tunjukkan di mana saya boleh melakukan solat dengan lebih selesa dan keperluan lain muslim yang perlu...terharu jugak saya ..

Jadi Nasser bawa saya ke bilik solat lelaki yang berkenaan..katanya memang jarang sekali wanita turut melakukan solat di bilik yang sama kerana tiada pembahagi ruang..dan malahan waktu bilik tersebut dibuka amat terhad..jadi sejak itu memang tiada pelajar muslim wanita yang bersolat di situ...

Nasser turut memperkenalkan saya dengan pelajar2 muslim yang lain, antaranya Tedi (Indonesia), Fathiya (Libya) dan Iqbal (Iran)...dan seterusnya Nasser turut menunjukkan pusat bagi kegiatan muslim di mana saya boleh menunaikan solat dengan jarak 10 minit berjalan kaki dari school..lengkap dengan peta dan tunjuk arah!!Memang sangat impressive..Nasser juga memberi saya no telefon beliau sekiranya ada apa2 yang saya perlukan...

Kemudian dalam minggu itu juga saya berkenalan dengan lebih lanjut dengan pelajar2 post grad yang berada dalam pejabat yang sama iaitu Phia dari Finland...dia dengan saya saja nampaknya wanita dalam pejabat ini, dia buat Engineering Doctorat yang dah masuk tahun 3, kemudian Dane (dia ni English..tapi tak pasti dari mana), Dane buat Mphil di samping menjadi RA..tapi ada kemungkinan masternye itu akan di'up' ke PhD. Yang lain2 masih bercuti...

Jadi saya sangat bersyukur...permulaan yang sangat menyenangkan dan melegakan buat saya...

End for now..

Friday, June 5, 2009

Complimentary Dinner

Ye...sangat kenyang menikmati makan malam percuma sebantar tadi sebab dapat boucher makan malam Andrew bagi dari Waste Association. Dia tak pegi, jadi dia suruh saya dan Toby pegi...25 pound seorang...di Marriot Hotel. Banyak tu..jadi saya menikmati main dish Fish cake (cod dan salmon) bersama bayam dan telur mata kerbau, desert Tomato dengan sos ape ntah dan dessert ais krim Sorbet Mangga...Toby pulak menikmati Organic Salmon, caesar Salad dan kami berdua masing2 share kentang stim dan hanya menikmati air putih...baru saya tau petang tadi yang Toby ni rupanya tak minum alkohol...sebab tak healthy katanya...dia dah tak sentuh langsung sejak 3 tahun lepas...sebab sepatutnya ada complimentary wine selain dari budget 25 pound tu..ke pub pun dia tak suka....tak pernah pegi jugak katanya...makanan2 yang kami nikmati, kami bagi sorang sket sebab nak tau rasa makanan masing2...



Jadi banyak yang kami bualkan...dalam perjalanan dari school ke hotel ni je dalam 20 minit, jadi berbual pasal dia dengan girlfriend dan anak girlfriend die..Toby ni ada girlfriend yang jarak umur 4 tahun dari dia..dari Greece..tua setahun dari saya..jadi boleh agak berapa umurnya..Pasal girlfriend dia ni dari sejak minggu kedua sampai lagi saya dah tahu, tapi yang impressivenya saya baru tau masa kita sama2 pegi site yang girlfriend dia ni dah ada anak pun berumur 8 tahun..dia yang bagitau dan masa mula2 tau memang saya respek dengan dia ni. Dari segala cerita dia ni, dia memang sangat matang..dan setiap minggu mesti dia berjumpa girlfriend n anak instant dia tu. Saya pun ada adik sebaya dengan Toby ni..tapi orang Melayu kita..mungkin agak sukar nak jumpa yang boleh open macam ni. kalau ada pun sangat jarang...di mana jarak umur jauh, ada anak dah besar...sedangkan Toby dikirakan masih agak muda untuk mendapat anak sebaya itu...saya tak boleh bayangkan kalau saya dalam situasi sebagai kakak...mungkin sebab itulah kita belajar daripada orang lain, menghargai dan terbuka tentang hubungan dalam keadaan sebegini... yang penting kebahagiaan...chewah...

Masa makan, berbual pasal kesihatan, tips dari dia..sebab dia ni memang jaga betul pasal kesihatan dia...dengan dia ni selamba je la cakap pasal cita2 saya nak diet yang tak kesampaian la...har3..saya ketawa besar..tapi dia ni memang okay la...explain satu2...lepas tu dia tanya pasal saya pakai tudung macamana, bila masa kena pakai, bila masa tak kena pakai, dengan sapa bole tak pakai. Pasal puasa sebab dia kata kalau dia kena puasa macam muslim, dia boleh mati la...har3..tapi saya terangkan sebab kita muslim niat puasa, jadi dipermudahkan..aceceh..macam ceramah agama...

Pasal sembahyang dan makanan halal saya dan Toby dah pun bualkan minggu2 sudah...cume kali ini Toby bagitau yang kawan2 muslim di jerman (bukan dari malaysia) tak betul2 mengamalkan cara hidup muslim, minum alkohol sesuka hari, makan pork (untuk menyedapkan untuk menyebut) jadi saya pun dengan berhati2 bincang dan bagitau Toby pasal practise muslim macamane...bagaimana sebenarnya agama tu kuat atau tidak ikut pada yang mengamalkan...agama dah beri panduan, terpulang kita mahu menjadi muslim yang macamana..Toby memang sangat faham..dia pun sangat setuju yang kita tak perlu ubah cara hidup kita yang berlandaskan agama semata2 untuk menyesuaikan diri dan melibatkan diri dalam masyarakat..macam dia yang terpaksa selalu memberi penjelasan berkali2 tentang kenapa dia tak minum langsung sebarang alkohol...pada dia dari aspek kesihatan...tapi sama macam muslim kenapa tak boleh makanan sebarang makanan sesuka hati...
Sebenarnya persoalan dan isu2 serta kebarangkalian ditanya tentang perkara2 sebegini telah diperingatkah kepada saya sebelum saya menjejakkan kaki di sini..persediaan untuk menjawab persoalan2 tentang agama, cara hidup, ..saya tidak melakukan homework yang banyak betul2 sebenarnya , hanya menerangkan selojik mungkin...

Jadi itu untuk hari ini...saya memang perlu update blog ini sementalah telah selesai pembentangan petang tadi...bukan tiada masa langsung hanya sebelum ini dengan persediaan untuk pembentangan dan induksi di research site, saya sangat2 tiada jiwa untuk menulis...banyak yang ingin diperkatakan...tentang research, conference umt-msd di leeds dan lain2...

Sekian buat kali ini..insyaAllah pada cuti hujung minggu saya akan update lagi...mengikut ramalan cardiff akan hujan seminggu mulai sabtu ini..nampaknya saya tak kemana2...

End.

Thursday, June 4, 2009

Tentang penyelidikan...

Semasa mula2 sampai di sini...minggu pertama sampai tak berkesempatan jumpa penyelia..sebab dia masih lagi dalam easter holiday..sepertimana entry recap minggu pertama yang lalu, mungkin saya telah memperkenalkan nama2 Andrew, Julian...tapi di sini..untuk ingatan diri sendiri juga..nama2 yang telah banyak membantu sepanjang 9 minggu di sini...juga kerana entry2 yang akan datang akan menyebut nama2 mereka ini..

Okay, saya di sini di bawah Institute of Sustainability, Energy and Environmental Management, School of Engineering. Penyelidikan saya ini adalah di bawah geran penyelidikan sebuah industri besi yang terbesar di Wales..jadi di kawasan kilang besi yang memang sangatlah besar...memang ini yang selama ini dibincangkan dengan penyelia untuk tajuk penyelidikan saya sebelum saya sampai . Jadi, dibawah projek tersebut, ada kumpulan penyelidikan yang telah dibentuk, terdiri daripada penyelia pertama dan kedua saya sebagai academic processor, di samping Research Associate dan Research Technician yang telah dibentuk. Dan kini ditambah dengan dua pelajar pasca (chewah..sungguh bahasa melayu)..dua lagi pelajar PhD termasuk saya. Nama2 tersebut :

Prof. Tony Griffiths (Tony) - penyelia pertama
Prof. Keith Williams (Keith) - penyelia kedua - juga ketua lab dan ketua institut
Andrew Hopkins (Andrew) - ketua projek
Julian Steer (Julian) - Research Associates
Martyn Griffiths (Martyn)- Research Technicians
Tobias Heinrich (Toby) - PhD Student

Tony, Keith, Julian dan Martyn keempat2 mereka di atas ini adalah orang tempatan..semua Welsh....Andrew dari England...Toby dari Jerman dan saya...jadi..saya adalah satu-satunya wanita di kalangan mereka2 ini...tapi so far so good...dapat layanan sangat baik...Tony memang warmth..Keith memang sangat knowledgable..Andrew pun sama sebab dia asal dari industri, memang dilantik khas untuk join projek ni...dia pun kelakar...Julian dan Martyn particular dalam kerja..tapi kelakar...n Toby pun very helpful..since dia dah kat sini 2 bulan sebelum register..as RA...sebab dapat scholarship dari Cardiff U ni, then baru daftar as PhD student...so banyak yang dia tau, memang dia banyak tolong la...dia pun kelakar jugak..saya dengan dia ni rasa macam kakak dengan adik je..umur dia pun baru 26, jadi kita banyak la 'tease' each other...so far dalam 2 bulan ni memang dah selesa dengan semua yang dalam research group ni...

Ofis saya : satu bilik besar yang dikongsi beramai2 dengan lebih kurang 14 yang lain. Selain dengan Julian, Martyn dan Toby, dikongsi dengan pelajar2 PhD yang lain..hanya Martyn dan Julian staf Cardiff U....jadi waktu kerja pun sebagaimana yang dimaklumkan oleh Julian..kebiasaannya 8.30 - 4.30...hmm...dia takde kata pulak boleh datang bila2...infact dia pun bagitau kalau datang awal, balik awal, kalau datang lambat, balik lambat...jadi back to office hour la saya nampaknya..tapi takpe..setakat ni okay je..kalau kat rumah tak buat ape2..since Martyn dan Julian dalam satu ofis , yang takde separate compartment pulak tu...jadi ..memang kena fokus untuk PhD la...tapi depa ni sume tak la too rigid sangat...ada la berbual..tease each other..tapi memang bley nampak bila kalau agak2 berbual terlama, diorang ni automatik akan get back to work...hmm..something positive value to be learned...

Supervisor : Bilik depa ni sebelah menyebelah je..kalau nak tau diorang ade ke tak..bile pintu bilik depa ni dibiarkan terbukak...hanya tutup bila diorang ni ada meeting atau bila diorang buzy..dengan notice 'do not disturb'...bilik diorang ni pun sekangkang kera je dengan ofis saya...jadi bila2 masa diorang ni datang..bilik Andrew pun selang satu tingkat..atas bawah..juga bila2 masa bley datang opis ni bincang pasal research dengan kami berempat yang satu research team ni....

Okay...cukup dulu sampai di sini...nak gerak berjalan kaki ..menikmati makan malam free....

End.

Lega....

Kini telah hampir 9 minggu berada di bumi Cardiff..

Tadi baru selesai membuat pembentangan projek dengan semua pengguna-pengguna di School of Engineering ni...CLEER Lab (Characterization Laboratory for Environmental Engineering Research) Conference. Konferens ni untuk semua pelajar post grad yang menggunakan lab yang berkenaan membentangkan kajian masing2....

Nama saya salah ejaan : Izan Jarfer jadinya...


Asalnya saya perlu membentangkan tentang diri sendiri, dari mana saya datang, pendidikan, pengalaman kerja dan penyelidikan hanya di antara kumpulan penyelidikan saya, tetapi penyelia minta saya membentangkannya terus di konferens ini...jadi saya gabungkan pembentangan tentang diri sendiri dan research plan sekali...jadinya seolah2 promosi diri sendiri, promosi tentang UMT dan Malaysia di samping kajian yang akan dilakukan..har har har..orang lain semua bentang tentang kajian masing2..saya ada aspek tambahan..tapi...alhamdulillah...okay...mungkin saya baru sampai 2 bulan...takda apa soalan teknikal yang diutarakan...hanya komen tentang betapa cantiknya Malaysia...hehehehe...(saya meletakkan antaranya gambar bandar melaka, twin tower, eye on malaysia, kl tower, batu caves, putrajaya, pulau redang, pulau perhentian, pulau kapas, tasik kenyir...dan sedikit mengenai air terjun Kota Tinggi dan Danga Bay, Johor)....dan tidak dilupakan!!gambar UMT!!


Lepas pembentangan, ketua lab, Prof Keith Williams (juga penyelia kedua saya) mengajak semua ke pub berdekatan dia nak belanja makan atau minum entah..hai....macamana la saya nak pegi...tapi kebetulan memang saya ada agenda yang telah di set...jadi...dapat cakap dengan Keith tak dapat join...hehehe...ape rancangan? Andrew (ketua projek research saya ) dapat complimentary dinner for two dekat salah sebuah hotel kat sini expired sampai esok..dia tak dapat pegi..jadi dia suruh saya dan Toby (seorang lagi student PhD dalam team yang sama..dia dari Jerman) pegi. Jadi saya dan Toby memang dah rancang untuk pegi malam ni...konon2 untuk celebrate lepas presentation...jadi kejap lagi nak pegi la..ni sementara tunggu Toby pegi gym (mamat sorang ni memang...hari2 waktu lunch time mesti pegi gym..kalau lunch tak sempat, balik keja mesti dia pegi..dah la ensem...har3..apakah relevannya?????) jadi saya stay kat ofis ni sementara tunggu dia balik sebab konferens ni dari pagi tadi sampai petang..jadi dapatla sementara ni saya update blog ni yang dah 2 bulan takde perkembangan...


Apa ye nak update? Dari minggu kedua sampai minggu ke - 9 ni memang tak update....okay saya akan update in the next entry...

Sunday, May 31, 2009

Akan kucuba mengemaskini blog ini secepat mungkin

Salam untuk semua..

Dengan sedaya upaya saya akan cuba mengemaskini blog ini secepat mungkin..bukan kerana ada pemarkahan, atau tuntutan, atau kewajipan..tapi atas dasar untuk mengingatkan diri sendiri sebenarnya tentang perjalanan hidup di sini sepanjang 6 minggu lepas...

End...

Saturday, April 25, 2009

Recap minggu pertama sampai.

Hmmm....


Keluarga saya :
Dari kiri : Jue (tunang Ijat), Asyaf, Mama, Saya dengan Jay, Baba, Angah dengan B
Belakang : Ijat, Isham n Abg Pija.

Agak panjang ni...minggu pertama sampai...

11 April 2009 (Sabtu)


Dari Johor Bahru sepatutnya rancang nak gerak dalam pukul 1o pagi..kemas punye kemas..tak siap juga...dalam pukul 11 baru siap semua...tapi dah nak keluar tu, Auntie Aizan n husband dia datang rumah..sebab dia agak je saya nak berlepas ke malam ni..very thoughtful sebenarnya...tapi nampaknya lambat la nak gerak ke KL..so dalam pkl 12 lebih baru gerak ke KL..terus menuju ke rumah Mak Long..nampaknya Mak Long dah siap masak2 nak buat la makan2 kumpul ramai2 sebelum pegi ke Airport...

Dengan Atok Mama yang sangat dikasihi

Jadi sampai rumah Mak Long memang agak meriah..Mak Ha n anak2 : Nahdia, Dilla...Mak Ude...n sebab memang Atok ade kat sana..sebab tu la tujuan utamanya nak singgah rumah Mak Long dulu...so macam2 la makanan tersedia..yang Mama dah masak dari Jb pun bawak skali..n tambah dengan Mak Long masak lag..huhu..saya makan kesemua menu yang disediakan....nanti teringat2...walaupun hati sebenarnya dah mula sebak ...


Selang tak lama Angah pulak datang bawak kek farewell..brownies....ade la kenangan nanti..so dalam pkl 8 kami semua gerak ke KLIA takut mana tau check in lama...



Farewell Cake (Joy adalah nama saya di kalangan kaum keluarga)..

My two nephews : Jay n Syaf

My two brothers and niece : Isham, B n Ijat


Suasana makan-makan

Jadi tiba KLIA check in..nah!!!!25.5 kg..selamat tak kena apa2...sampai di KLIA..lagi ramai sedara mara menyusul....so di KLIA...Mak Zam dengan Azie sampai..Ayah Sir n Mak Mala, Mak Inah n Ayah Raop, yang tak sangka : Ayah Har n Mak Ani...then Mak Long, Mak Ude, Mak Ha, Nahdia, Siti, Nadilla, Acan, Arip, Angah Lin n Kak Ainul...definitely Baba, Mama, Angah n Abg Pija, Ijat, Isham, ketiga-tiga anak sedara yang teramat dikasihi : Jay, Asyaf n B!!!Along tak dapat datang bersama-sama kerana terikat dengan urusan yang benar2 tidak dapat dielakkan!!

Terharu ramai yang datang...masa dalam perjalanan nak ke KLIA pun ramai kawan2 yang menelefon..terima kasih semua...


Dari kiri atas : Ayah Sir, Boy, Mak Ha, Dayah, Ayah Har, Isham, Ijat, Nahdia, Siti, Nadilla, Azie n Abg Pija
Dari kiri bawah : Mak Mala, Mak Ude, Mak Long, Mak Ani, Mak Inah, Kak Huda, Jue, Mama, Jay, Baba, Ayah Raop n Syaf
Bawah : Angah n B


Dengan sepupu : Angah Lin, Kak Ainul n Qisha...diorang ni dua2 dulu belaja kat UK..jadi memang banyak la tips2 yang diorang ni bagi...


Lovely sisters : Jue, Nahdia, Angah, Dayah, saya, Nadilla n Siti


Saat paling terharu dan sebak : Bila semua hantar ke ruang berlepas...bersalam-salaman sebelum turun menuju ke ruang berlepas....sedih sangat!!!!!!!!!!The time has come!!!!

Walau macanepun, inilah masa yang ditunggu-tunggu sekian lama...beberapa hari sebelum saat hari ini, memang ramai kawan2 yang bersms memberi nasihat, menyuntik kata-kata semangat..memang sedih bercampur terharu, gembira, yang akhirnya mengundang kepada tiada perasaan...walau macanapun saya kena kuat!!!!!!Jadi saat permulaan perjalanan saya telah bermula!!!!

12 April 2009 (Ahad) :
Perjalanan dari KLIA - Amsterdam tidak mengalami sebarang masalah. Sampai di Airport Shipol, Amsterdam tepat pada waktu yang sepatutnya..dalam pukul 6.30 pagi waktu tempatan...sampai2 kena pegi kaunter 'transfer' untuk dapatkan boarding pass...sistem di airport sangat mudah..scan je passport dah tau penerbangan mana yang sepatutnya kita naik..senang...Jadi transit 3 jam sebelum penerbangan seterusnya pukul 10.20..jalan2 di airport..bukak laptop...pusing2 dengan apa2 dokumen yang boleh dibaca..nak guna internet leceh pulak...sebelum pegi boarding hall...sempat tukar duit sekejap..beli fridge magnet holland buat kenangan...masa di boarding hall jumpa dengan 2 lagi malaysian..yang juga baru hendak mendaftar di Cardiff U...PhD student...Syukri dengan family (Abg Syukri..Kak Julia dan anak tunggal mereka Afifah kalau tak silap...)..mendaftar juga di School of Engineering...dan juga Reezal..juga PhD tapi di Medical School...Reezal ni pun berkeluarga, tapi isteri dengan anak dia datang kemudian....kami semua sempat bertukar2 no contact...yelah..dah jumpa sama-sama Malaysian...penerbangan dari amsterdam ke cardiff hanya mengambil masa 1 jam menaiki penerbangan dutch KLM..flight macam foker je..



Tiba di Airport Cardiff dalam pukul 11.20 waktu tempatan..sampai di Airport Kak Zuha (Cik Zuha Rosufila, juga lecturer UMT yang dah hampir setahun setengah di sini, PhD di School of Business) amik di airport...beberapa bulan setelah mendapat tahu lulus cuti belajar di Cardiff, dengan Kak Zuha ni la yang selalu saya berhubung..jadi kami terus ke tempat tinggal, Victoria Hall..tak jauh..menaiki teksi dalam 20 minit...sampai2 terus mendapat kunci dari caretaker, Ray yang sangat kelakar..buat lawak je...oleh kerana hari Ahad, pejabat tutup..dan kami terus dibawa ke flat saya...BLOK D, selang 2 blok dari flat Kak Zuha...alhamdulillah bilik semua okay...




Lepas letak barang semua, Kak Zuha bawak pergi rumah dia, dah siapkan nasi goreng untuk lunch..jumpa dengan 2 lagi Malaysian, flatmate Kak Zuha, Didi - attach dengan USIM dan Bee attach dengan salah satu universiti swasta - tak ingat nama u apa ntah..baik2 belaka...jadi lepas makan terus keluar cari barang yang paling penting..cadar n bantal...dalam keadaan ngantuk dan ditambah dengan selsema..ku gagahi jua..

Tapi oleh kerana 12 hb tu cuti easter ni di sini...kebanyakan kedai di sini tutup...TESCO Xtra yang memang besar tu pun tutup...akhirnya kami hanya ke Tesco kecik - Tesco Express membeli toiletries..maka malam tu saya beralaskan cadar yang dipinjam oleh Didi dan bantal yang dipinjamkan oleh Kak Zuha...malam tu makan nasi goreng yang kak Zuha buatkan..dah siap pack untuk makan malam skali...rasa terharu pulak.....sampai di flat...jumpa dengan salah sorang flatmate dari Pakistan...Neha..nice...siap kata kalau nak cari daging or ayam halal...bley pegi dengan dia..daripada Neha dapat tau lagi 3 flatmate...Kris dari Singapore, Serena dari China n Zoe dari Greece..so malam tu tido dengan perasaan bercampur...hmmm..End.

13 April 1009 (Isnin) :
Hari ni lepas Easter Holiday..depa ada pulak cuti bank holiday..tak faham apa yang diorang cutikan untuk bank ni??Har3...jadi hari ni kak zuha bawak pegi bandar...dalam 25 minit berjalan kaki..beli barang2 keperluan asas sebelum singgah ke Tesco..on the way terserempak dengan Reezal..jadi pergila kami bersama-sama ke bandar..pegi la ke Primark yang sering diperkatakan..dapatla beli kasut sarung dalam rumah, sandal dan selipar tandas...rasa memang reasonable price..rambang mata jugak shopping dalam ni...kemudian singgah di kedai kasut..apa nama ntah kedai barang2 sukan ni..beli sepasang kasut sukan Nike dengan harga 20 pound...yang paling rumah kat kedai tu..heh..heh..n barang2 dapur yang lain...Lunch di salah satu fast food halal di sini ..Chicken Cottage..macam KFC n McD la...




Lepas lunch kami balik ke flat, letak barang2..sembahyang dan terus ke Tesco Xtra ...jalan kaki dalam 15 minit. Sebenarnya sejak sampai tak pernah lagi menaiki bas atau pengangkutan awam yang lain..bas sangat mudah sebenarnya...hanya di depan hall.tapi ntah..rutin dan kebiasaan Kak Zuha dan kawan2 memang jalan kaki ke mana-mana...fuh..memang saya terasa kepenatan...sebab memang tak biasa...

Jadi di Tesco Xtra dapat la saya membeli sarung cadar dan duvel yang sangat penting (duvel - selimut tebal macam comforter)...sauce pan untuk masak2..chewah...toiletries n barang2 keperluan memasak yang lain...balik flat...fuh lenguh kaki beta...End.

14 April 2009 (Selasa)
Hari ni Julie Cleaver (Research Office - School of Engineering, Cardiff..memang efisien dia ni..selama ni memang urusan nak apply PhD ni dengan dia..beremail2 dengan dia dari Malaysia)..suh datang untuk register..so dalam pkl 9.30 Kak Zuha dgn Bee anta pi school..memang tengah2 bandar...dalam 25 minit jalan kaki dari kediaman..memang kena biasakan la...so Kak Zuha anta je ke school..selebihnya..ha..pandai2 beta la..so nak masuk bangunan kena ada access .guna kad student untuk scan..sebab saya blum ada kad student..jadi kena tunggu ada orang lain nak masuk or kalau ada orang yang keluar..so bila dah dapat masuk tu..cari2 research office...n akhirnya jumpa dengan Julie Cleaver yang memang cun!!Har3..so terus dia bagitau apa nak buat..siap bagi peta macane nak pegi Finance Office dulu, then buat student card kat security building..Cardiff U ni bukannya satu tempat semua School..berselerak dalam satu bandar ni..satu utara, satu selatan, satu tenggara, timur laut, barat daya...n distance antara satu sama lain memang jarak2 la..jadi Julie try contact Andrew (supervisor saya - Prof. Athony Griffiths dah suh dia ni handle masa saya sampai sebab dia memang dah email bagitau dia takde masa saya sampai)...so Andrew pun takde..jadi saya kena uruskan kat Finance Office n student card...

Jadi nak ke Finance Office cume seberang bangunan...jumpa la jugak...terjumpa lagi pulak dengan sorang lagi Malaysian..Kak Zubaidah - Kak Zu,pun dari School of Engineering...dia yang tegur dulu bagi salam dari tepi..saya memang tak perasan ...so sama2 dia tunjuk arah nak ke Security Building yang nampak 'senang' je nak pergi kalai ikut peta...so sempat amik no Kak Zu...yelah..dah satu school, ape2 nanti senang...cume nak ke Security Building memang sah beta sesat la..dah tengok peta pun boleh sesat jugak..terpaksa call Kak Zuha tanya..masa shopping kat bandar semalam Kak Zuha ada tunjuk bangunan security tu, tapi yelah.mana nak ingat...so bila Kak Zuha dah bagi direction pun bley lost lagi..terpaksa tanya POLIS CARDIFF!!!Har3..memang real macam pelancong sesat...so akhirnya jumpa la bangunan tu..dalam keadaan kaki yang lenguh, penat, rasa nak tercabut je kaki...orang security tu pulak..snap gambar tetiba..nah.gambar pun 'lawa' la..takpe la..tak boleh pk apa dah ni..nak balik rumah cepat je...

So tiba rumah dalam petang...setelah berjalan2 kerana sesat..balik je rasa badan semua sakit2..n terus demam malam tu....Kak Zuha telefon tanya apa cita...so bagitau dia badan rasa demam, malam tu...Kak Zuha anta bubur n Didi pun bagi mee goreng yang dia buat...huh...ada jugak yang ambil berat..terharu..

15/04/09 (Rabu)

Hari ni telefon Andrew...dia takde kat sini..so dia dah arrange suh jumpa dengan salah sorang Research Associate..Julian Steer..Julian...so saya dah contact Julian...n kita dah buat appointment untuk jumpa hari Jumaat tengahari...untuk dia tunjuk Office, library..ect...n hari ni pun janji dengan Kak Zuha nak bukak akaun bank Julie kata surat reference bukak bank dah ready, bila2 masa bley amik..so gitu gini dalam pkl 4 sampai school nak amik reference/guarantee..sekali research office tutup da...ada meeting rupanya..so menapak la ke amik finance office seberang jalan..mintak surat reference yang sama..dah nak dekat pukul 4.15 dah...bank tutup pkl 4.30...so bila dah dapat surat tu..pegi la bank Netwast (local bank kat sini)...yang besar kat area bandar..skali dia kata untuk student pegi dekat bank Netwast yang cawangan lain (yang lebih dekat dengan flat)..so takpe la...jadi apa lagi..ronda2 la kami kat bandar...survey hp..balik tu Kak Zuha bawak pi satu jalan panjang yang banyak restoran n kedai ayam n daging halal..dapat la beli ayam halal pertama bahagian drumstick sebanyak 4 ketul...

16/04/09 (Khamis)

So hari ni saya arrange sendiri urusan bank n register General/Medical practise. So hari ni pegi lagi research office jumpa Julie amik surat reference untuk bank (Netwast nak surat yang specifically tulis nama diorang..finance office semalam bagi yang general)...so gitu gini kena pegi jugak school amik surat tu...so pegi pagi tu dalam pkl 10...then arrange la sendiri bukak buku akaun tu...Kak Zuha dah tunjuk mana bank, so kena indepent la...Kak Zuha pun sibuk nak prepare nak meeting progress dengan sv dia next week...

So pegi Netwast yang cawangan untuk student tu, very convenient...dah la takde orang sangat..pastu officer dia pun ramah tamah n baik..everything goes smooth...less than 45 mins, got my account!Cume kena la tunggu dalam seminggu nak dapat kad bank n dokumen semua..

So bank settle...according to Julie, dia suh tanya Victoria Hall mintak suggest which MP/GP - Medical Practise / General Practise yang convenient dengan tempat tinggal..so singgah la office victoria n after dia dah bagi direction, menapak la lagi saya menuju ke MP yang dimaksudkan...so dah jumpa (15 minutes walk...)...senang jugak..register....

On the way balik , sempat lagi singgah Tesco kecik yang lokasinya benar2 berhadapan dengan MP tersebut..beli lagi barangan keperluan..

Sampai flat jumpa lagi sorang flatmate..Serena dari China...okay la...


17/04/09 (Jumaat)

So hari ni pkl 2.30 jumpa dengan Julian...according to Julie, Julian ni sangat baik...so sebelum datang sempat tengok kat website orang ni macana rupa dia..so bila call tu...dia kata datang je research office..n he will collect me..!!har3...perkataan 'collect' tu macam pelik je dengar..so dah sampai call die..n dia pun datang!!!!!okay la....memang nampak baik..ramah..tanya itu ini...dalam perjalanan nak ke ofis..sempat dia tunjuk mana bilik 1st supervisor, (Prof. Tony Griffiths)...dan 2nd supervisor (Prof. Keith Williams)..semua tengah cuti Easter lagi..sebelah2 je bilik depa ni..(hmm...tak bley lari mana2 la..har3!)..Then Julian bawak pi office...kenal dengan bbrp researcher n bbrp student PhD lain..skrg ni diorang pun ramai yang masih cuti Easter..so ramai yang takde tapi yang dalam satu team research semua ada, tambah Martin (Research Associate..dia ni local..Welsh..macam Julian).. n Tobi (PhD student...dia ni dari German).....so bilik office tu besar..ada la 12 orang satu ofis..tapi sangat selesa...


So lepas berkenal2an tu duduk kejap, cerita2 apa yang Tony proposed project...memang exactly apa yang diorang tgh buat skrg..so okay la..diorang bagitau projek ni memang geran dari salah satu industri berat kat Cardiff ni ...Julian n Martin pun ada cita ade Malaysian jugak pernah keja dekat research office tu dulu...lelaki malaysian..muslim...so depa buat lawak kata "haa..we know some of malay language!"..hmmm...(konon tak bley la nak ngumpat ke apa2 pasal diorang..har3!!tapi kalau saya nak cakap melayu pun, nak cakap dengan sapa??Dalam office takde orang Malaysia lain pun!!)..tapi at least depa tau la dulu tu yang malaysian tu punye keja..nak sbhyg sume...n depa kata la cara kerja diorang selalu datang 8.30 balik pkl 4.30..waktu makan 12 - 1, or 1 - 2...memang waktu office balik la...tapi flexible..tak la rigid sangat..asalkan sume keja jalan......then Julian bawak ronda2 pegi makmal2 n workshop..memang impressive...siap ada bilik khas untuk furnace saja, bilik khas untuk grind n sieve..n workshop dia pun..ye lah dah establish..n even ada lab khas yang company project ni invest khas untuk buat kerja2 analisis..So masa tu dah pkl 4.30...kami pun balik ke rumah masing2..

18/4/09 (Sabtu)

Hmm...hari ni cuti..excited nak beli lagi barang2 keperluan..so mengatur langkah seorang diri dalam pkl 11 pagi menuju ke Tesco Xtra yang jaraknya lebih kurang 20 mins berjalan kaki...tak kacau Kak Zuha..yelah setiap orang ada agenda masing2...tambahan Kak Zuha memang nak pulun progress report die untuk meeting dengan sv dia Isnin depan...Sampai kat Tesco memang la ramai..so saya round punyer round tengok apa2 barang yang ade...diam tak diam tak sedar dah 3 jam dalam tesco tu aje...tapi puas ati la...heh.heh..so beli semua barang2 seperti yang disenaraikan dalam check list...yang penting dapat beli logbook!!!!!untuk start sesi pencariman maklumat untuk PhD saya!!!cume yang tak dapat payung n gayung (yang sebenarnya bekas penyukat!!). Balik dari Tesco saya keluarkan ayam dari peti sejuk..dan malam tu macam masak kat M'sia ..ayam goreng n sayur goreng...kalau la ada kicap manis Cap Kipas Udang!!!!



19/4/09 (Ahad)

Hari ni lepak di rumah saje...pagi sarapan sebiji pisang...tengahari..makan roti je....malam tak makan sebab petang dah terlelap!!!!!

End...


Thursday, April 23, 2009

Nantikan update..

Dah lama tak update blog ni..hampir 2 minggu..tapi entry ni bukan nak ceritakan update tu, tapi nak bagitau update akan menyusul...tengokla sehari 2 lagi...

Dah dapat 1st assignment...15 minutes presentation on "everything we need to know about Izan Jaafar"..fuh...kena banyak accessories la kena letak dalam slide tu...

Tunggu kemunculan update aka diary sepanjang 2 minggu lepas..

End.

Tuesday, April 14, 2009

Sampai Cardiff dengan selamat

A quick one...Alhamdulillah selamat sampai ke bumi Cardiff melalui laluan KL - Amsterdam - Cardiff tanpa sebarang masalah...tiba di Cardiff pukul 12 tengahari waktu tempatan..lebih kurang pukul 7 petang waktu M'sia kot...ye ke?

Okay nanti update lagi...this is really a quick one...

End.

Wednesday, April 8, 2009

Time to pack

Alhamdulillah selesai semua urusan penting..passport dah amik..urusan2 admin yang lain dah settle...kalau takde bantuan kawan2...tak siap juga..

Dan sekarang ni baru mula nak mengemas berpandukan checklist yang telah siap...itu juga sumbangan panduan rakan2...terima kasih semuanya

Semoga saya kuat menghadapi gelodak perasaan sebak yang on off ini....

End

Wednesday, April 1, 2009

Dear Allah

Dear Allah,
I thank you for me being able to see and to hear this day. I'm blessed because You are forgiving and understanding. You have done so much for me and You keep on blessing me. Forgive me this day of everything I have done, said or thought, that were not pleasing to You...

Allah the Almighty,
I know that when I can't pray, You listen to my heart. Continue to use me to do Your will. Continue to bless me that I may be a blessing to others. Keep me strong that I can help the weak. Keep me unlifted so I may have the words of encouragement for others. I pray for those that are lost and can't find their way. I pray for those that are misjudged and misunderstood. I pray for those who don't know you intimately. I pray for those who don't believe.

Allah the Most Gracious,
I am now ask for your forgiveness. Please keep me safe from all danger and harm. Help me to start this day with a new attitude and plenty of gratitude. let me make the best of each and everyday to clear my mind so that I can hear from You. Please broaden my mind so that I can accept all things. Let me not whine and whimper over things I have no control over.

Allah the Most Merciful,
I pray for my parents, siblings, families, friends and people that are dear to me. I pray for us to have peace, love and joy in our homes and that we are out of debt and all our needs are met. I pray that everybody close to me, everybody who lives in this challenging world knows there is no problems, circumstances or situation greater than You..For every battle is in Your hands. I pray that these words be received into the heart that sees it..

Ya Allah,
I love you, I need you, I surrender to you..
Amin Ya Rabbal Alamin....

Monday, March 30, 2009

Baru balik dari terengganu dan kolumpo

Huh....sekian lama tidak mengupdate blog ini..macam2 perkara yang berlaku sejak balik bercuti hujung minggu, proses nak buat visa, balik terengganu dan kembali semula, memang pelbagai dugaan datang bersilih ganti...

Antara dugaan yang terjadi sejak 2 menjak ni.. :

1) Tak dapat buat VISA sebab pakai inai 3 hari sebelum buat visa...sebab masa sangat suntuk..( ada macam2 hal sebelum proses application online..sangat banyak n sangat sedih untuk diceritakan)...tak terbaca arahan di surat temujanji visa, jadi terpaksa tangguh buat visa sehingga inai hilang!!!!!2 minggu baru inai hilang!!dan 2 minggu jugalah saya terpaksa menangguhkan kepergian ke Cardiff!!

2) Kereta WIRA yang tercinta rosak!!!Macam tau2 je nak tinggalkan dia...dari timing belt, radiator, tayar ....banyak betul yang perlu dibaiki!!!!AKhirnya membawa Proton Savvy pulang ke Terengganu

Dan macam2 lagi tentang hati, tentang rasa, tentang diri, tentang keluarga, tentang sekeliling...dan lain2..

Jadi oleh itu, saya menangguhkan urusan pendaftaran di 'school' pada 13 hb April..yang pada asalnya pada 1 hb April...mudah2an berjalan lancar..saya baru sahaja menguruskan VISA pada hari Rabu yang lalu...skrg ini tempoh proses VISA adalah mesti minimum 5 hari dan 15 hari untuk lulus!!!!!Makan masa seminggu campur dengan cuti hujung minggu!!!!SIPI!!!!!!Mudah2an semua akan ok!!

Namun apa yang berlaku ada hikmahnya!!Saat ini saya berasa amat bersyukur dan hikmah ditangguhkan kepergian??Saya dapat menikmat saat2 bersama keluarga dengan lebih lagi!!!!Ku bahagia!!!

Dah....

Tuesday, March 10, 2009

Air Terjun Sekayu

Selama 2 tahun 7 bulan bertugas di bumi Terengganu ini, saya sememangnya tidak pernah menjejakkan kaki ke Air Terjun Sekayu seperti yang selalu diperkatakan orang...selalu teringin nak ke sana..dan sebab memang dah lama sangat tak pergi ke tempat-tempat rekreasi macam tu..kalau dulu di Johor..selalu juga pegi ke Air Terjun Kota Tinggi...

Pada mulanya hasrat tersebut saya suarakan pada Zaf, Betty n Uji, dan rancangannya nak ajak bersama Along (Along : Nama sebenar Hafizah, pen. pegawai sains Netlof di FASM, UMT), Abby (Felo Jabatan Sains Kimia) n lain-lain kesana..namun rancangan tersebut tak kesampaian kerana saya terpaksa ke Kuala Lumpur atas urusan KPT..n etc..

Jadi, kebetulan rancangan untuk bersama mentee , bersama buat terakhirnya sebelum saya berlepas adalah untuk mengadakan 'picnic'..rancangannya hanya di Pantai Teluk Ketapang..(picnic jugak kan???Pantai ..)..jadi setelah mengetahui saya tidak pernah ke Sekayu dan teringin sekali hendak ke sana, maka mentee saya, Epul (Wan Mohd Saiful, mentee tahun 4) pun membuat rancangan bersama tahun 4 untuk ke Air Terjun Sekayu...tapi timbul rasa risau kalau ramai-ramai pergi ke sana...bagaimana dengan pengangkutan, cuaca yang tak menentu..namun kerisauan tersebut hilang mengetahui ramai jugak yang nak pegi...n masalah pengangkutan dapt diselesaikan...


Maka hari jumaat pagi, tanggal 7hb 3 tahun 2009 saya dan 'anak-anak' lain, Epul, Mama, Aini n A'a (memang diorang ni yang selalu teman belanja)...pagi-pagi lagi pukul 9.30 pagi kami bergerak menuju ke Mydin n Giant..membeli barangan keperluan basah dan kering...sehinggalah tengahari...sebelum balik ke rumah ambil Mira (cousin di UiTm Kuala Terengganu)..ambil ayam yang ditempah (di kedai depan Taman Maidam)..dan makan tengahari di Tok Jembal Food Court...

Okay..seterusnya..bermulalah sesi rewang di rumah saya..bahan-bahan untuk perap ayam, masak bihun goreng, tuna sandwich n mashed potato!!sampai ke la ke malam...dan ada sebahagianya yang tidur di rumah..berjaga sehingga pukul hampir 2 pagi..dan pagi2 lagi pukul 6 pagi semuanya bangun untuk menyiapkan sandwich.


Kemudian semua yang mengikuti picnic ini..kesemuanya berjumlah 38 orang, termasuklah Mira, Uji, Zaf n Betty..berkumpul dan bergerak dari rumah saya konvoi serentak tepat jam 9 pagi dan sampai di Air Terjun Sekayu lebih kurang pada jam 10.30 pagi!!!


Dalam perjalanan sempat membeli buah mata kucing n tembikai sebagai dessert n ais untuk minum air teh lemon!


Setibanya di Air Terjun Sekayu, alhamdulillah, cuaca sangat elok..student2 ni pandai semuanya..terus masing2 tahu apa yang patut dilakukan..yang lelaki terus bakar arang untuk dibuat bara barbeku..yang perempuan terus potong buah, susun-susun makanan n buat minuman apa yang patut...



Menu : Bihun goreng, ayam barbeku, sandwich tuna, mashed potato dengan chicken gravy, tembikai, mata kucing, air ais lemon tea dan snacks!

Kemudian masing2 bergilir-gilir mandi, bakar ayam, makan, mandi semula, n semua gelak tawa keriangan terpancar di wajah masing-masing..buat saya sendiri...satu kepuasan dan kegembiraan n kebahagiaan yang tak dapat saya gambarkan..sekurang-kurangnya 'escape' saya ini dapat mengurangkan serba sedikit tekanan kerja yang saya ada...

Lebih kurang pukul 2 petang..cuaca mula bertukar gelap ...dan kami pun bersiap2 untuk bergerak pulang..bimbang hujan dan bertambah buruk..sambil mengemas..n semua siap menyalin pakaian masing..nah..siren berbunyi menandakan amaran meninggalkan kawasan air terjun..

Maka sambil menunggu hujan teduh..kami berkumpul beramai2..saya pun memberi sedikit amanat, kata-kata nasihat dan mungkin ucapan terakhir para para pelajar ini...segala macam perasaan timbul..sedih, terharu, gembira..mengenangkan segala yang telah dilalui selama ini dan mengenangkan pengalaman bersama para pelajar ini sepanjang bersama mereka sejak mereka dari tahun 2 lagi!Selesai memberi kata-kata terakhir, kami nyanyi bersama-sama..huh...huh...so sweet dan kami beramai-ramai pulang ke Kuala Terengganu pada jam 3 petang...dan berhenti singgah solat Zuhor di masjid yang berdekatan beramai-ramai..


Walau apa pun, pengalaman di Air Terjun Sekayu ini akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan..saya sangat menghargainya..dan berharap ianya akan menjadi salah satu penguat semangat kepada saya nanti...

Mudah2an..perjalanan saya menempuh segala ranjau kehidupan ini akan selamanya dipermudahkan dan diberkati..Amin.

End.

Monday, March 2, 2009

MC - Terakhir kali

Saban semester sejak Anugerah Dekan diperkenalkan di FST ini, saya dipertanggungjawabkan menjadi Master of Ceremony (MC) aka Pengerusi Majlis acara tersebut..dan acara-acara FST yang lain..selagi saya available, selagi itu khidmat ini diperlukan...

Dan hari ini...mungkin...(ye la kot..kurang sebulan meninggalkan sini....mungkinkah akan ada lagi tugasan baru??)..pada hemat saya, kali terakhir saya menyumbang untuk menjadi pengerusi majlis majlis Anugerah Dekan FST Sessi Julai 2008/2009...saya memilih untuk mengendalikan sesi petang di mana para pelajar saya menerima penganugerahan tersebut pada sesi itu..pada sesi pagi dikendalikan oleh Imran (Che Mohd Imran, pensyarah Matematik) dan tak lain tak bukan paling terror..Kak Farid..

Alhamdulillah majlis tadi selesai dalam serba ringkas dan lancar..dalam keadaan saya yang selsema...nasib baik tak bersin macam semasa dalam kelas tengahari tadi!

Inilah noktah terakhir khidmat saya di FST hendaknya sebelum saya melayari masa-masa mencabar persediaan sambung belajar..mudah2an semua akan berjalan lancar...Amin Ya Rabbal Alamin..

End.

Wednesday, February 25, 2009

ICT

ICT ...bukan pasal teknologi maklumat ...tetapi satu keistimewaan yang hanya terdapat di Bumi Terengganu - Ikan Celup Tepung..(err...betul ke fakta ni??)

Sekian lama saya tak singgah makan Ikan Celup Tepung..yang bukan hanya ada Ikan, malah udang, sotong n ketam! juga cucur dan keropok lekor yang memang menjadi trademark di sini!

Akhirnya pada hari kelmarin (err...bukan semalam sepertimana maksud orang di Terengganu)..2 hari lepas...saya bersama Sally (Wan Salida Wan Mansor, rakan sejabatan) dan Lukman telah berjaya memenuhi keinginan sekian lama terpendam untuk makan celup2 tepung di Pantai Teluk Ketapang..lebih setahun rasanya tidak kesana..sejak penutupan kawasan tersebut untuk 'extension' lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu..

Yang paling best tu dapat makan Ikan pari celup tepung n ketam yang sangatlah fresh!!!!meleleh air liur...harus merasa n makan semuanya sebelum berangkat pergi!!!UWaaaaaaaaaaaaaa..

End.

Sunday, February 22, 2009

Medical check-up dan kaki bengkak

Sekarang masih di opis..dah waktu macam ni..kemungkinan besar akan stay di opis lagi la nampaknya..sebelum meneruskan kerja2 yang lain...pengorbanan ini harus diteruskan...hanya di monitor ini dapat ku mengadu...

Pagi tadi ke hospital Sultanah Nur Zahirah.. untuk medical check up untuk KPT ...namun diberitahu ujian untuk hepatitis hanya boleh diketahui dalam tempoh sebulan..alamak..nampaknya kena berulang ke KT..ke klinik swasta..yang katanya keputusan lebih cepat dan bayaran lebih murah..

Cerita kaki...mungkin kaki ini tak cukup mendapat rehat dan pulih sepenuhnya..kaki saya yang terseliuh seminggu lepas...yang saya sangkakan lebam telah tiada..belum benar2 pulih...masih bengkak..saya boleh berjalan seperti biasa cume bila sentuh di bahagian yang lebam itu, agak sakit juga..perlu berurut lagi ke Tok di belakang UMT ini nampaknya...

End.

Saturday, February 21, 2009

Akhirnya......

Akhirnya selesai sudah program Educare 2009 selama 3 hari..seperti biasa..ada juga pengalaman lepas yang berulang kekurangannya..semua itu dijadikan pengajaran...namun lebih banyak yang lebih baik pada tahun ini... Alhamdulillah.

Esok...ada gerak ceria..namun saya akan bergerak ceria di hospital la nampaknya!!Hanya untuk medical check-up..

End.

Thursday, February 19, 2009

Educare 2009

Hari ini bermulalah Expo Pendidikan, Latihan dan Kerjaya (Educare 2009) di Universiti Malaysia Terengganu yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 19 Februari 2009 sehinggalah 21 Februari 2009.

Selaku setiausaha, j/k urusetia dan publisiti serta j/k ceramah....saya harus katakan yang saya sememangnya amat penat...

Sabar..

End.

Do you really mean what u said???

Sometimes in life, we don't actually do or say things we don't really mean..or feel..

Now, at this very moment...that line..'Do you really mean what u said"??keep haunting me!!!Why??????Do I really mean what I've just said..or I had said?? ( or what u said??Whoever he or she might be??)

No questions..let the secrets remain......(it's sometimes ok to just express...not necessarily need a solution)

Tuesday, February 17, 2009

Kenapa........

Saya disini hendak menyiapkan kerja yang terbelangkai..

Namun hati tidak dapat tidak telah disentuh, diusik, disakiti dengan perkara yang 'satu' itu yang akhir-akhir ini kerap berulang..kenapa...kenapa semua pihak yang secara sengaja atau tidak cuba memahami apa yang berlaku??????

Tuhan berikan daku lebih kesabaran dan kematangan dalam memahami ujian dan ketentuanMu ini!

Takde perasaan....

Saya dah takde perasaan dengan keja yang terlalu banyak untuk disiapkan/diuruskan/dibuat/disudahkan dalam masa yang sama...just go with the flow...sometimes things can never be changed..tapi sampai bile??????even if I've tried my best to get rid of those........Semoga saya diberi lebih kekuatan dan kesabaran menghadapi semua ini!!!!

Friday, February 13, 2009

Impian anak jalanan

Tak sempat nak mengarang apa2 cerita walau banyak benar yang pending nak diceritakan..hanya sekadar nak berkongsi sebuah lagu dari kumpulan sekitar 80an..KEMBARA (yang pernah dianggotai oleh M. Nasir , A.Ali & S.Sahlan..(details lain sila layari di internet..heh..heh..).. lagu ini sangat memberi motivasi dari dulu, kini dan selamanya.

Rauhan n Hanis, all the best...

"Kembara - Impian Anak Jalanan

Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman"

Sunday, February 8, 2009

Dah dapat surat KPT

Penantian itu suatu penyiksaan...

Alhamdulillah..saya telah menerima surat KPT mengenai tawaran SLAB dan selari dengan tawaran cuti belajar dari UMT..

Syukur....

Friday, February 6, 2009

30th turns 30..

Tahun ini, tanggal 30 Januari 2009, Genaplah umur saya yang ke-30...30th Jan turns 30!!Susah saya nak gambarkan apa yang saya rasa..memang ada beberapa perkara yang saya rasa kosong dan sedih mengenangkan pada umur ini, ada beberapa perkara yang saya tidak jangka masih tidak dapat saya capai, masih tidak dapat saya miliki dan masih tidak dapat saya rasai..Namun demikian, ada juga perkara-perkara indah yang terjadi dalam keadaan yang tidak pernah saya bayangkan...Memikirkan semula mungkin 5 , 7 atau 10 tahun lalu, ada antara rentetan jalan hidup yang saya lalui ini, tidak saya jangka inilah sebenar takdir dan jalan yang saya akan tempoh. Segala cerita suka dan duka..Biarlah ianya menjadi catatan dan pendam dalam diri..ada rezeki dan masa yang sesuai, saya yakin saya dapat mengatasi segala halangan, mencapai segala impian.....cuma masa dan keadaan yang menentukan...selagi kita berdoa, segala yang terbaik akan jadi milik kita...pasti...

Mengenang semula segala perkara yang berlaku sebelum ini, selagi kita bersabar dengan ujianNya, apa yang kita harapkan akan menjadi kenyataan..ada sebab segala yang kita impikan tidak datang dengan cepat..tidak pada waktu yang kita sangat-sangat dambakan...saya bersyukur..sangat bersyukur kerana telah memahami apa yang Allah s.w.t. aturkan pada saya selama ini...setiap yang berlaku pada masa yang sepatutnya...sebab di sebalik setiap yang berlaku??Memang ada hikmah yang sangat besar...Saya sedar... Saya insaf...

Ada kawan2 yang menyatakan...angka 30 angka yang sangat baik untuk memulakan tekad dan azam baru!!A brand new me!!Mudah2an...memang kalau ikutkan pada tahun ini saya bakal memulakan fasa pembelajaran yang sangat menyeramkan, menggerunkan, merisaukan dan segala perasaan dan igauan yang sewaktu dengannya!!PhD - or most people call it 'Permanent Head Damage??"'heh..heh..depends how people interpret it..Oh pada saya...NO!NO!NO!Kalau ianya benar-benar "permanent' damage..bahaya...ramai yang dah survive..jadi excellente...antara nama-nama yang pernah disebutkan dalam blog ini, (Dr) Kak Yam, (Dr) Kak Erin, (Dr) Julian, (Dr) Kerol..antara contoh mereka2 yang dianugerahkan PhD dengan jayanya!!Saya perlu set dalam diri...menjalani PhD dengan penuh keazaman..!!(Mudah2an Allah mudahkan segala urusan...)

Sambil-sambil meringankan kepala membaca artikel-artikel dari internet...saya terjumpa dengan satu blog...yang saya just randomly typed "Life begins at 30"..very inspirational story...perjuangan pesakit bernama Juan Magdaraog yang menghidap Pompe's Disease dan bagaimana pandangan dan harapan beliau terhadap harijadinya yang ke-30...http://www.fightpompe.com/article/176/life-begins-at-30.... Antara ayat2 yang agak mensayukan :

"I consider the coming years to be bonus. Icing on the cake so to speak. I’m happy to be alive and to be enjoying God’s greatness. I thank my family for my life and for whatever I am now. I thank my friends for making life a bit more interesting. For being there to support me through thick and thin. My birthday wish is that my family continue to be healthy and happy. May they live long and be blessed abundantly by God. I also ask that God grant me better health so I can do whatever he needs me to do here."


I'm also, Juan, I wish God will grant me with great health.....so that I can think free, without doubt, without worries what the days ahead will brings for me...

End.

Thursday, February 5, 2009

Sambutan hari jadi berterusan......

Alhamdulillah..sebenarnya banyak benda yang diceritakan tentang sambutan harijadi saya tahun ini yang pada saya sambutan ter'best' ever!Walau dah belated, masih tak putus mereka2, kawan2 yang menghargai diri ini..huhu..

Banyak benda jugak yang saya nak ceritakan..tapi mungkin dalam lembaran ini..belum lagi..not just yet...nanti...

Cume hari ini...sekembali dari hospital Sultanah Nur Zahirah untuk appointment biasa, Kak Erin telah memberi sesuatu dari Secret Recipe!Yahoo!Bestnya!!Hadiah Belated Birthday Dari Kak Erin n her daughter Anis yang sangat sweet..mug, cookies n kek ...Anis baru saja menyambut harijadi yang Ke-11 pada hari semalam...Stay sweet Anis everdearie!!Thanks to everyone!!N juga pada Kak Yam yang juga telah memberi ole2 dari Indonesia semasa lawatan beliau ke sana tempoh hari!!!

My life is beautiful!!Alhamdulillah...Semoga ianya akan kekal walau betapa badai melanda...Saya bercadang mengabadikan semua kenangan hadiah2 pemberian kawan2 di sini..cuma waktu belum mengizinkan...

End.

Wednesday, February 4, 2009

RM573

Semuanya RM573!!Uwaa........

Itulah harga yang perlu dibayar untuk tayar baru 2 bijik, drive shaft baru (drive shaft tu bila kalau keta belok bunyi gedek..gedek...gedek tu maknya drive shaft dah rosak la...dah lama bunyi memang pun)..service keta n allignment skali...fuh....

Tuesday, February 3, 2009

Tayar pancit abis!

Okay membuka semula lembaran cacatan harianku dengan cerita sedey yang berlaku malam

Tayar pancit yang teramat pancit sampai terkeluar dari rim!


Zaf, Uji n Betty

Malam tadi pegi ofis...mencari saki baki soalan final sem lepas yang telah divet untuk dimasukkan dalam folio pengajaran untukkkkkkkkkk...apa lagi..ISO yang sangatlah tak cerewet tu...Betty (Nur Baiti Hanid, pelajar Master dibawah Dr Nora'aini Ali - dulu ex student saya) kata nak datang...nak bagi something dengan Zaf (Nur Zafirah Sufian, juga pelajar Master dibawah Dr Marzuki Ismail - ex student saya sama batch dengan Betty)...n Uji (Roziah Zailan - juga pelajar Master dibawah Dr Zamri - ex student saya ) n tup2!!yahoo!!!!Kek Coklat Seksi (heh..heh...saya yang bagi nama Kek Coklat Seksi sebab memang menggiurkan dengan kek coklat yang basah dengan lelehan topping coklet yang memang lazat) bersama dengan Black Pepper Chicken..dari Mama Chop Papa Grill so..kami menikmati makan malam di bilik dengan ber'dessert' kan kek coklat yang sangatlah sedap!Betty khas buat Kek Coklat Seksi tu sebagai hadiah hari jadi saya..terharu yang amat..



'Kek Coklat Seksi ' Betty


Jadi lepas makan2, borak2, sambil Betty tolong saya kemas bilik ofis yang 'sangat kemas'...dalam pkl 12 kami pun balik ke rumah...kuasa Allah...semasa perjalanan pulang...baru sampai area Rumah Tamu ...nasib baik saya di hadapan kereta Zaf, saya dengar bunyi kuat yang memang agaknya tayar pancit..saya pun keluar untuk meninjau..ntah kenapa kali pertama saya tak pandang pun tayar belakang sebelah kanan..jadi ku sangkakan semuanya kan ok....(macam lagu KRU dulu2..)...jadi Zaf dan Betty yang lalu di blkg pun tanye la..kenapa cik izan? so...depa suh saya jalan dulu sambil diorang tengok dari belakang..jadi meneruskan perjalanan, depa hon!!!!!!confirm..tayar pancit..dah nak pecah..flat abis..takde angin langsung...sampai terkeluar dari rim..igauanku menjadi kenyataan!!!!!

So..dalam keadaan kelam kabut tu dan bingung..berkira2 hendak meninggalkan keta, esok mintak w'shop tow..nak parking dalam sket...tak teringat nak cuba ganti tayar dulu ke..(almaklumlah tak pernah tukar tayar sendiri!)..so dah try tolak dengan tenaga 3 ladies tak berdaya...saya teringat kat student master Azmi Ismun (panggil Mi je..jiran di Taman Maidam..baik daknye.)..so call dier je terus dia datang..kebetulan Uji pun lalu...so dia pun stay la dengan saya dan Zaf, Betty..so Azmi dengan ala heronya..telah berjaya menukarkan tayarku dengan bantuan hydraulic jek ku dan jeknya, tidak dilupakan sorang lagi student master yang lalu ..Nako...ntah tu la yang budak2 ni panggil..contribute gak dalam proses penukaran tayar tu..hai..kalau takde diorang tak tau la...so alhamdulillah...semoga Tuhan membalas jasa budak2 ni..habis Master dengan cepat..dirahmati Allah selalu..Saya berfikir jugak, saya selalu sangat stay di ofis sampai lewat malam..bila berlaku hal2 macam ni..kalau la tiada sapa yang dapat membantu...

Jadi hari ni memang tak sempat nak ke kedai tayar...dan pagi ni selsema n bersin yang teruk!Tak pasti sebab berembun malam tadi ke atau sebab apa...tapi ku gagahi jua memberi kuliah dua jam dalam keadaan sok sek sok sek..selsema...n sampai tahap ni rasa nak demam pulak...takpe la..setiap hari kita akan mempelajari sesuatu....sentiasa bersedia...jaga kesihatan...jangan over dengan kerja sampai tak ingat kebajikan diri sendiri...so terima kasih Betty, Zaf, Uji, Azmi dan Nako!



Thursday, January 29, 2009

Argh!Dah 19 hari tak update!!!!!

Dah masuk hari ke -19 tidak ku update blog ku ini..nanti la esok ke ...lusa ke..tulat ke..update la..buat syarat je tulih ni..at least ada la post baru..kui2!

Friday, January 9, 2009

Baba n Jay yang sakit...

Lebih kurang seminggu tidak 'update' blog ini...

Alasan? Seperti biasa...bila tiada cerita atau sibuk..atau malas...(lebih kepada alasan malas mungkin!!)..tidak dapat mempost...perlu waktu benar2 senggang untuk mendapat inspirasi untuk mempost sesuatu!!

Sekarang saya di Shah Alam, Selangor. Hati tidak tahan...akan saya ceritakan kenapa saya berada di sini walau dalam tempoh 2 minggu lagi saya telah membeli tiket ke Shah Alam juga...

Pada hari Ahad yang lalu (4/01) saya dikejutkan dengan berita anak sedara yang sulung (Nik Jay Sharafuddean) dimasukkan ke hospital kerana masalah apendiks dan perlu dibedah...Ya Allah !Hati mana yang tidak sedih...baru 5 tahun, dah ada masalah apendiks...ingat2 balik..patut la selama ni Jay selalu ngadu sakit perut ...rupa2nya...Angah (Kakak - nama sebenar Jihan)...bagitau tak perlulah saya datang...minor operation katanya...memang..kurang dari 2 hari..Jay dah keluar hospital...alhamdulillah...

Namun..........tiba dugaan yang kedua....pada hari yang sama Jay keluar hospital (Selasa) ...ayahanda pula kena warded sebab darah tinggi yang sangat tinggi !!!!!!209/120!!!!Pada ketika menerima sms dari Angah, saya sedang menunggu pesanan makanan di NR Cafe (restoran di Tok Jembal yang menpunyai interior natural dekor yang sangat menarik!!Menjadi port favourite terutamanya pelajar)...bersama-sama Ja (Jarina - felo/lecturer INOS UMT yang sekarang sedang berPhD di Edinburg U, Scotland, Kerol (Dr. Wan Mohd Khairul - lecturer Jab. Kimia) dan Julie (Dr. Chong Julian - lecturer Jab Biologi)....untuk meraikan Ja yang last day di Terengganu sebelum kembali ke Scotland...

Maka, apa lagi, saat saya menelefon Mama, dengar suara Baba, air mataku jatuh bercucuran tidak berhenti...sedih mengingatkan dua-dua orang insan yang sangat disayangi ini sakit!!berturutan....saya rasakan kali ini, saya perlu ke Shah Alam (rumah kakak) untuk menyedapkan hati saya sendiri...maka kami menikmati makan malam dengan Ja, Kerol n Julie yang cuba untuk menceriakan suasana sambil menasihat agar saya bersabar dan bertenang...ketawa juga saya dengan keceriaan dan lawak jenaka mereka sambil air mata bercucuran!

Maka hari berikutnya saya terus menempah tiket flight FireFly (Sangat convenient - mendarat di Subang)...walaupun Mama dan Angah berpesan agar tidak perlu balik..kerana Baba mungkin akan dibenarkan keluar...saya tak kira!!!!Saya perlu balik!!!!Can't stand kept thinking about them!!!!!!Jadi saya ke Shah Alam pada hari Khamis malam (rasionalnya - mengupdate beberapa kerja termasuklah nota kuliah pada hari Isnin minggu berikutnya - biasa saya menggunakan hujung minggu relaks2 buat nota)..

Jadi ketika saya sampai di Shah Alam...Baba telah keluar wad pada petangnya...cadangannya saya terus ke hospital sejurus sampai...tapi alhamdulillah..Baba dah keluar wad...jadi rawatan susulan di Johor Bahru...

Alhamdulillah..Along, Angah n Jay menunggu di Airport ...sangat happy dapat jumpa dan peluk Jay...sambil Jay terus cakap .. "I love you Makde!!"...menitis air mata ini... (Makde = Mak Ude; panggilan Jay pada saya)..

Tiba di rumah Angah...Baba n Mama tengah tidur dengan nyenyak...Alhamdulillah!!!!!!!Hati saya akan kembali tenang!!!

Bila berlaku peristiwa2 mengejutkan macam ni..kadang2 terdetik juga di hati saya..jarak yang jauh..kesibukan saya...saya menilai semula kadang2 Mama complain juga saya tak balik kampung...terasa insaf dan sedar diri ini...Selagi kita ada waktu dan kesempatan...gunakan waktu tersebut untuk hargai, jumpa....bahagiakan orang tua kita...orang yang kita sayang...takdir Allah tiada siapa yang dapat menduga!!!!!Mudah2an Allah memberi kebahagiaan yang berpanjangan, umur yang panjang, kesihatan yang baik kepada orang tua kita!!!!!!!

End.