Ini cerita di Kuala Terengganu. Pemungutan sampah dari rumah ke rumah masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. Kebanyakan taman perumahan masih bergantung kepada sistem tong sampah berpusat.
Kebiasaannya akan ada pemungut barangan (kitar semula) dilihat di kebanyakan semua tong sampah berpusat di kawasan kita. Sekiranya tidak terlalu membebankan, mari kita sediakan satu plastik khas untuk barangan kitar semula yang kita asingkan daripada sampah lain di rumah kita. Tiba masa untuk menghantar ke tong berpusat tersebut, kita buang bersama, tidak mengapa setidak-tidaknya kita melakukan perubahan dan menghulurkan bantuan. Ada antara kita yang ternyahmotivasi kerana walaupun sampah di asingkan, namun akhirnya ianya dicampur bersama sampah lain kerana tiada tong kitar semula khusus/pusat stesen pemindahan/pengasingan sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa. Kesemuanya menemui nasib dikuburkan di tapak pelupusan. Sebahagian besar dari kita tidak mengasingkan sampah kepada sisa kitar semula dan sisa tidak boleh dikitar semula; apatahlagi untuk menghantarnya ke pusat kitar semula kerana ianya tidak praktikal (jumlah sedikit) dan /atau tidak berbaloi (peratusan terbesar alasan rakyat Malaysia tidak mengitar semula adalah kerana kemudahan pusat kitar semula oleh kontraktor bebas adalah jauh).
Setakat ini, selain lesen di tapak pelupusan yang ada dikeluarkan, tiada perundangan khusus yang melarang pemungut sampah ini daripada menyelongkar tong sampah berpusat. Kita tidak dapat menduga betapa pemungut barangan kitar semula ini bergantung kepada hasil pencarian mereka untuk menampung perbelanjaan seharian. Ini sebahagian dari jariah. Tolak ketepi sebentar aspek kesihatan dan keselamatan (dua aspek ini selalu diperdebatkan selain nilai estetik pada mata yang tidak dapat menahan daripada melihat aktiviti ini). Ada masanya kita kena jadi buta dan tuli bagi mereka yang tidak berdaya. Atau sebenarnya memang kita boleh melakukan sesuatu untuk membantu golongan ini, dalam memastikan kedua-dua aspek itu bukan lagi isu. Tidak semua orang memiliki pekerjaan yang boleh dikategorikan sebagai pekerjaan yang "baik". Saya juga merasakan mereka ini adalah kumpulan orang yang menggerakkan konsep 'sisa kepada kekayaan'...atau setidak-tidaknya "sisa kepada sumber rezeki".
Kita lambat laun menghampiri kewajipan mengasingkan sampah yang akan dilaksanakan di seluruh negara. Alah bisa tegal biasa. Memang tak mudah tapi lama-lama jadi habit. Sambil menyelam minum air; ini - pengasingan sisa dan memudahkan pemungut sisa. Dalam skop lebih meluas, jumlah sisa yang terpaksa dihantar ke tapak pelupusan dapat dikurangkan. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama. Kita boleh lakukan perubahan.
-----
This is a story in Kuala Terengganu. House to house waste collection still cannot be done fully. Most of the residential areas still depends on communal bins system.
Normally there are always scavengers seen in almost all communal municipal waste bin centered in our residential areas. If it's not too much to ask, please spare a bag for recyclables which we separate from other waste we generate in our home. When it's time we send our waste to these bins, we dispose them together, it's okay at least we improve our way and help. Some of us are demotivated as even though they do separate their waste, the waste will end up mix with other waste as there is no specific recycle bins/ transfer station/separation facilities provided by authority. Everything fated to be buried in landfill. Most of us didn't separate our waste, moreover send them to recycling center due to the reason that it is impractical (little amount) and/or unworthy of sending (highest percentage of reason why people don't recycle is the fact that recycling facility is too far from where they live).
To date, other than license to scavenge in landfill that are issued, there is no specific law in our country that hinder these scavengers from exploring communal bin. We have no idea how much these people depends on their recyclable items collected to afford their day to day basis expenses. This is apart of deeds. Put aside for a while the aspects of safety and health (these are two aspects always been debated besides aesthetic value for those who cannot withstand the sight of this act). Sometimes we need to be blind and deaf for the helpless. Or something can be actually be done to help this people; in terms to assist them in assuring those two aspects no longer an issue. Not everyone is fortunate enough to have a "decent" job. I also think that this group of people that drive the concept "waste to wealth" or at least "waste to source of fortune".
We are approaching compulsory waste separation that will be implemented in the whole nation anyway. Practise makes perfect. It's not easy but eventually becomes a habit. Killing two birds with one stone; these - waste separation and appease the scavengers. In a bigger picture, amount of waste needs to be sent to landfill can be lessened. A journey of a thousand miles begin with a single step. We can make a difference.
Gambar hiasan diambil daripada / Image taken from:
http://patch.com/california/northhollywood/bp--the-blue-bin-scavengers-recycling-and-las-lost-treasure