Tuesday, February 8, 2011

Ini realiti..

Sekarang pkl 3.45 ptg. Perhatian dialihkan sebentar pada halaman ini...mata seakan2 memberi isyarat berhenti...sejak dari semalam mengundang air di sisi kelopak mata..sesekali terpaksa menggosok  dan menutup mata kerana tidak tahan dengan panas dan rengsaan yang mengganggu..memberi isyarat berhenti dari terus menatap helaian demi helaian pdf jurnal2 ilmiah yang pastinya mengundang kepenatan kepala untuk berfikir..

Pagi tadi baru sahaja ke General Practise untuk ujian darah buat entah kali ke berapa...dan sempat mendapatkan eye wash untuk mata yang semakin lama semakin mengalami rengsaan yang menyakitkan..dan sekarang sedang mendapat idea untuk mewarnakan dan mengisi ruang2 kosong blog ini yang kadangkala hanya dipenuhi kata2 tanpa kesan...

Sejak beberapa tahun kebelakangan, saya cukup menjaga makan..demi kesihatan yang melanda...beberapa tahun tidak langsung merasa air sejuk...air bikarbonat..dan beberapa makanan yang langsung tidak disentuh..dek 'pantang' kerana kesihatan diri..dan saya mendapati..dan saya baru menyedari...saya sudah tidak berapa mengendahkan pantang tersebut...Saya kembali kepada air bikarbonat, air sejuk dan segala makanan2 yang memang mempunyai bukti tidak meningkatkan taraf kesihatan seseorang...dan saya berfikir..adakah kerana kesihatan saya yang agak okay kebelakangan ini, membuatkan saya leka, take for granted pada segala yang sangat2 dijaga satu ketika dahulu?

Jadi..ini penambahan yang saya rasakan mampu meransang saya untuk kembali menjaga kesihatan diri..

Halaman ini nanti akan diselitkan dengan ringkasan pemakanan dan aktiviti fizikal seharian yang saya kira dapat memberi motivasi untuk saya beringat tentang keadaan diri sekarang...beberapa bulan lalu saya aktif pergi ke gim uni untuk menambah stamina diri...namun aktiviti tersebut terhenti setakat itu..saya kira saya perlu bermula semula..

Mungkin juga..konsep halaman ini nanti boleh sedikit sebanyak mengikut buku 'Bridget Jones Diary ' yang sangat saya minati itu..pernah baca??atau pernah belek??'cool' cara penulisannya..mungkin saya boleh mula mencatatkan perkara2 yang dahulunya menjadi sesuatu yang sangat peribadi...namun dunia sudah berubah..semua orang pentingkan kesihatan..seperti saya di sini...tidak segan lagi untuk berkongsi dan bertanyakan tentang kesihatan diri kepada rakan2 seuni...malahan saya berasa lebih 'insaf' kerana mereka yang semuanya lelaki sangat menjaga aspek pemakanan dan aktiviti riadah untuk kesihatan dan menjaga penampilan diri..Jadi...bagi tujuan motivasi...saya mulakan dengan catatan begini : 

Umur : 32 tahun Berat terkini : 71 kg  (Wah..berani letak berat beb!!..lah...ini realiti...biarlah..takpelah..sabarlah...!) Tinggi : 53 cm ..Berat giler kan..sepatutnya berat ideal dengan ketinggian cume 53 kg je!!Tahap BMI : Kalau nak tipu pun...orang bley kira kan...dah tahap Obes dah seperti kebanyakan peratusan rakyat Malaysia dan juga UK!!Ini macamana nak buang 20kg??)..Kadang2 turun, kadang2 naik..pernah jugak cecah 65 aritu..skrg ni macam tak gerak2 je turun atau naik..)

Tido malam tadi : 11 malam...Bangun keesokan pagi : 6.45 pagi (Jumlah tido : 7 jam 45 minit : Cukup atau terlebih??Ramai jugak yang kata 8 jam tu ideal sgt..kalau ikutkan 6 jam sudah cukup!!)
6.45 pagi  : Solat subuh
7 pagi : 2 biji pil hormon Thyroxin (memang perlu makan ketika perut kosong)
7 - 8.15 pagi (1 jam 15 minit termasuk curi2 makan sarapan) : Mula memasak sarapan dan lauk tengahari 

Sarapan : Cucur udang ikan bilis adabi (dapat banyakkkk sangat ada kot lebih 10 bgks sekali dengan barang2 makanan lain mama pos surprise birthday parcel aritu) +  susu anlene
Tengahari : Nasi putih, ayam kari thai, sayur campur

8.15 - 8.45 : Mandi dan bersiap ke uni (30 minit)
8.45 pagi : Berjalan ke uni
09.00 pagi : Tiba uni (masa berjalan : 15 minit; kalau ikut google cume 11 minit je)
*** Jarak rumah ke uni : 0.6 batu/ 0.96 km
Minum pagi di uni : Sebotol Air suam + vitamin C blackcurrant flavour soluble
09.45 - 10.00 : Berjalan ke GP (Jarak 0.6 batu) 15 mins
10.10-10.25 : Tiba ke uni semula (15 mins)
12 - 12.45 pm : Lunch (45 minit)
1 p.m. : Solat zohor berjemaah (Bagus kat skul ni, ada quiet room khas untuk muslim, setiap waktu solat memang ada jemaah)
Minum petang:
1) Semug Cappucino (Gula 2 sudu kecil) - Masih tak gheti nak minum tak letak gula..pahit!!
2) Sebotol (500ml) air paip (tap water for drinking water) - tak cukup kalau ikutkan

2.50 ptg : 
1) Sebiji chewable Calcium ( yang perlu diambil 2 biji sehari)
2) Sebiji Vit 6 10 mg (untuk tingkatkan metabolisme-saya memang ada masalah metabolisme sangat rendah sebab takde organ tiroid)
3)Sebiji pil Evening Primrose Oil 520mg (untuk keseimbangan hormon dan bantu masalah senggugut)
4)Sebiji Omega Oils 3.6.9 supplement untuk kuatkan otot2 kaki dan sendi (sebab kurang kalsium dan memang dalam famili mak abah ada sejarah atok2 sakit lemah lutut)

4 ptg : Solat asar

4.50 p.m. : Balik rumah...on the way balik sempat beli ayam n barang2 lain untuk dinner malam ni!

Dinner : Ayam bakar style Jamie Oliver - thyme lime black peper roasted chicken with black pepper gravy, roasted potato n roasted corn; Drinks : Special summer raspberry-strawberry twinning tea with mint leaves (nak cuba buat macam minum kat cape town...boleh la...dekat sama rasa air dia.cume kurang kick!)

Jumlah aktiviti fizikal :

1) Jalan kaki : 2.4 batu/3.8km, Jumlah masa : 60 minit

11.41 p.m. : Zzzz..
Okay..rasa2nya okay jugak tulis macam ni...section khas dalam catatan harian..dengan ini boleh menilai apa yang dimakan, apa yang telah di'lakukan' terhadap diri sendiri..dan secara tak langsung saya boleh menilai sejauh mana saya menggunakan masa seharian ...dan dari semasa ke semasa..kalau rajin timbang berat badan..boleh la dicatat sekali..Tak perlu malu menyatakan keadaan fizikal diri..ini realiti..kena terbuka kalau nak berubah kan...dan dah memang macam ni..yang penting beringat..insyaAllah...belum terlambat..

Apa2 yang ditulis..bila bangun, bila solat, bila makan, brp lama makan, bla..bla..takde niat lain..niatnya untuk peringatan diri sendiri..memang ada perkara2 seharian yang kita wajib lakukan, kan???Jadi...kalau ini caranya untuk ingatan diri sendiri sehari2..takpe la kan..kan..kan..

Owh jumlah masa isi entry ni : campur tolak 30 minit!

End.

No comments:

Post a Comment