Wednesday, December 31, 2008

Akhirnya...pengesahan jawatan alhamdulillah

Setelah sekian lama tidak mem'posting', saya rasa perlu menulis sesuatu buat recap beberapa hal yang berlaku dalam kurang 2 minggu ini....

Sebelum ke tajuk besar post ini, alhamdulillah cuti krismas yang lalu saya menerima kunjungan ayah dan mak sedara sebelah baba (ayahanda saya) Ayah Nasir dan Mak Mala ke rumah kerana tujuan anak bongsunya Amira mendaftar di UiTM Kuala Terengganu pada hari berikutnya. Alhamdulillah, mereka sampai lewat petang dan saya sempat menyiapkan hidangan makan malam buat mereka dan Ayah Shahrom sekeluarga...3 kereta juga yang datang..,Alhamdulillah rasa seronok dapat menjamu sedara mara...Keesokan hari ikut mendaftar Mira, 'melawat' ke Pasar Payang, MyDin dan bandar, dan kemudian meninggalkan Amira di UiTM. Ayah Sir dan Mak Mala pulang ke Kuala Lumpur pada pagi hari Sabtu, 27 hb...

Pada hari semalam, tanggal 30 Disember 2008 AKHIRNYA saya menerima surat pengesahan jawatan yang agak berkurun lama saya tunggu...Alhamdulillah...segala badai, cabaran yang ditempuh, dapat jua ku surat pengesahan jawatan tersebut..kini secara rasminya saya telah sah menjawat jawatan pensyarah di UMT!!

Sekarang??? Menunggu surat dari KPT mengenai kelulusan cuti belajar!!!!Ya Allah mudahkanlah segala urusanku......

End.

Wednesday, December 17, 2008

Email, meeting, raptai dan mesyuarat KPT!

Hari ini, pagi2 lagi saya check email kalau-kalau mendapat balasan dari Tony. Semalam saya dah email pada Tony apa persediaan yang perlu saya buat dalam masa 3 bulan ini dan mungkin ada apa-apa nasihat yang dia boleh bagi...alhamdulillah...saya agak senang ati bercampur berdebar-debar mendapat email beliau.. begini emailnya :

"Hi. Izan. You can start by reviewing what processes are used to recover Zinc from iron richwastes and what uses can zinc oxide be used for. You can also review the range of experimental analyses used to recove metals from these wastes. That will get you off to a good start. Being away from your family will be difficult especially within the first 9 months. We will try to make this as pleasant as possible. We look froward to working with you.kind regards, tony"

Ayat yang ber'bold' dan 'italic' itu paling saya suka..mudah2an saya mendapat supervisor2 yang baik...ya Allah mudahkanlah perjalanan PhD ku..

Tengahari saya dapat tahu saya kena pegi meeting untuk bincangkan perisian pembentangan KPI fakulti yang akan dibentangkan oleh dekan masa bengkel pembentangan KPI UMT pada 18 - 20 Dec di MS Garden Resort, Kuantan, Pahang. Dr. Zam minta saya ganti ke bengkel tu sebab dia ke Sabah pada waktu yang sama. Takpe la...takde weekend di rumah pun takpe la...boleh berlepaks di hotel yang hampir benar dengan Parkson Grand menurut kata Kak Yam yang akan turut serta..hih..hih..yahoo!!!!!ade kawan boleh ber.......window shopping....

Dan pada waktu petang saya ke sesi raptai Anugerah Malim Ilmu 2008 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man. Tak sangka dapat imbuhan dan penghargaan untuk award gangsa masa MTE (Malaysian Technology Expo) 2007 ...dengan group researcher yang sangatlah strong!!!Ir, Dr Nora, Prof Dr Norhayati Tahir (Pengarah Research Management Centre (RMC) UMT yang juga pensyarah di Jabatan Sains Kimia), dan Dr M (Dr Marzuki - pensyarah sejabatan). Mereka semuanya ikan paus...dan saya ikan bilis!!......namun pengalaman bekerja dengan semua mereka ini sangatlah memberi motivasi...

Dan masa raptai jumpa dengan Kak Zu...Kak Zu bagitau mesyuarat kpt tengah berjalan sekarang..adus...sakit perut tiba-tiba..datang simptoms nervous keterlaluanku...doa banyak2...raptai abis dalam pkl 5 petang...

Sekarang di opis, tertinggal beg 'komestik' dan nak kemas laptop...sambil check email dan buang masa...har3..

okay nak balik dah..salam selamat semua...

Tuesday, December 16, 2008

Email dari Cardiff

Alhamdulillah, semasa saya membuka email pagi ini, saya mendapat respon email dari bakal supervisor di Cardiff U (Prof. Anthony Griffiths (Tony) dan pihak pendaftar fakulti, Miss Julie Cleaver (Julie). Tony mencadangkan agar saya mendaftar pada bulan April tahun hadapan, sepertimana yang dicadangkan oleh fakulti dan juga dari rakan-rakan di UMT ini - Kak Yam, Kak Erin..

Semalam dan hari ini juga saya dapat berYM dengan Rauhun (Wan Mohd Rauhun, felo akademik FASM yang sekarang sedang berPhD di Uni of St. Andrews, UK. Banyak info yang Rauhun dah bagi...mudah2an dengan segala informasi ini, urusan saya nanti akan berjalan lancar...dengan harapan...mesyuarat kpt nanti akan mengesahkan segalanya!Amin!!

Sunday, December 14, 2008

JKLB oh JKLB!!

Masa tengah dengar salah satu pembentangan ICEEMAT, saya mendapat panggilan dari Azmina (Tengku Azmina, rakan pensyarah sejabatan) pada hari kedua konferens (11/12) yang "tau tengah konferens, tapi nak jugak telefon" (ini ayat dier..heh..heh - well i know her well..such a sweet lady) bagitau pasal keputusan yang sangat 'seram' untuk saya tahu dan dengar...tapi kerana berita yang didapati adalah berita gembira, maka Azmina tetap nak telefon dan memaklumkan bahawa permohonan cuti belajar saya ke University of Cardiff, Wales, UK telah lulus di peringkat UMT!! Alhamdulillah..Mesyuarat JKLB (Jawatankuasa Latihan dan Cuti Belajar) telah berlangsung pada hari Khamis petang 4/12 masa saya tengah kalut-kalut bersiap-siap pulang ke Johor Bahru..Kebetulan Azmina dan Kak Yam (Dr Mariam, pensyarah Jab Sains Biologi - ketua jabatan yang sangatlah baik!! ) ke pejabat pendaftar, Kak Yam yang bertanyakan terus ke pegawai pendaftar, En. Zaidi. Pada hari yang sama juga saya menerima panggilan dari Kak Yam untuk memberitahu hal yang sama.

Sebenarnya masa hari pertama konferens lagi saya dah mintak jasa baik Kak Erin tanyakan pada Kak Zu (Puan Zuhaini Ali, Unit Cuti Belajar, Pej Pendaftar UMT) status dan keputusan mesyuarat tu, tapi oleh sebab takda jawapan di pej pendaftar dan dapat tahu rumah Kak Zu banjir so die cuti, (kesian Kak Zu, rumah die banjir teruk sampai paras pinggang), jadi saya bagitau Kak Erin takpe tak perlu telefon sementelah saya pun 'kurang' bersedia untuk sebarang kemungkinan...

Memikirkan semula penantian untuk mendapat kelulusan JKLB adalah sesuatu yang mengharukan. Sejak bulan Julai saya telah menghantar permohonan (kerana sepatutnya kemasukan ke Cardiff U adalah pada Januari 2009) , malangnya mendapat berita kuota permohonan ke luar negara terutamanya ke UK telah tiada...Namun begitu, sehingga akhir tahun, rakan-rakan lain yang membuat permohonan ke luar negara selain UK telah diluluskan alhamdulillah untuk mereka...saya telah dinasihatkan untuk mendapatkan tempat lain selain daripada UK...(amat faham dan maklum sebenarnya...sama seperti yang berlaku di universiti-universiti lain)..namun bukan mudah sebenarnya untuk mendapat tawaran melanjutkan pengajian dengan topik penyelidikan yang benar2 kita ingin dilakukan...tapi tak mengapa...insyaAllah ada rezeki untuk saya..dan saya tidak berputus asa, bersabar dan mendapat semangat dari ketua jabatan, Dr. Zamri dan rakan-rakan lain agar saya bersabar, tidak berputus asa, sentiasa berdoa semoga ada rezeki untuk saya nanti...berbekalkan semangat dan motivasi itu, saya menunggu sehingga terbuka peluang dan kuota yang baru untuk 2009.

Jadi alhamdulillah di peringkat UMT dah lulus, sekarang menunggu mesyuarat di Kementerian Pengajian Tinggi, baru saya betul2 boleh menarik nafas lega..alhamdulillah...terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan..mudah2an perjalanan saya melayari bahtera PhD ini dipermudahkan dan berjalan lancar....

Friday, December 12, 2008

ICEEMAT 2008 (International Conference & Expo on Environmental Management and Technologies)

Pada hari raya korban ke-2, 9/12 pada waktu tengahari, saya bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri konferensi seperti tajuk entri ini di PWTC...anjuran UTM..kertas pembentangan adalah daripada penyelidikan adsorption yang dibiayai oleh MOSTI itu!!!!Sungguh menyeramkan....Mama sempat menyiapkan rendang paru (owh my favourite!!!!!!), dan lauk pauk untuk bekalan setibanya di KL...Moms.....boleh ke kita sebagai anak membalas jasa dan kasih sayang emak?huhu...

Saya tiba di KL pada jam 6.30 petang dan menaiki LRT terus ke Vistana Hotel sebagai tempat menginap...(beratnya mengangkut bag naik turun tangga di stesen2 LRT! ..waktu2 bagini pastinya sangatlah 'tidak jam' di KL..jadi pemilihan LRT adalah yang terbaik!!)..Turut mengikuti konferensi ini adalah 4 yang lain dari UMT. Wan Nur Amira (Master Student), Norhidayah (Student Master cum Research Assistant untuk projek penyelidikan saya ini), PM Ir Ahmad Jusoh dan PM Dr Nora'aini Ali...bila pergi konferensi secara pukal ini (har3!!!!! boleh ke guna perkataan ni??)..rasa seronok sebab rasa ada kawan...memang la kan???kan?kan?

Konferensi ini berlangsung selama 3 hari setengah 10/12 - 13/12...apa yang menarik..untuk 2 hari sahaja...main stream presentation di mana tiada parallel session...(semua peserta boleh mendengar semua pembentangan tanpa dilema memilih pembentangan yang disukai!)...tajuk2 kertas yang dibentangkan rata2 amat menarik..yang menarik perhatian selari dengan isu tanah runtuh...2 hari tersebut berkisar mengenai 'Sustainable Development'..yang amat menekankan langkah2 pencegahan dan tebatan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semasa sesuatu pembangunan itu dijalankan...

Namun begitu, walaupun skop dan tema konferensi agak luas, namun sebahagian besar kertas kerja yang dibentangkan adalah berkisar kepada kualiti air dan air sisa terutamanya semasa pembentangan selari (parallel session) pada hari ke 3 yang hanya berlangsung separuh hari...Kertas kerja saya telah selamat dibentangkan pada jam 11.30 pagi...

Seronok di konferensi ini oleh kerana anjuran UTM, saya dapat berjumpa penyelia projek Master (Prof Dr. Mohd Razman Salim), Juhaizah (RO di IPASA, UTM - rakan semasa mengikuti master di UTM), kak Salmiati (dahulu RA yang sangat2 membantu semasa projek Master, sekarang telah mendapat PhD) dan lain2 lagi wajah2 yang saya kenal..memories refresh...dapat bertukar2 pandangan..dan menambah lagi motivasi untuk terus bekerja keras!!!!

Seminar ICEEMAT 2008 ini tamat pada 13/12 pada jam 12.45 tengahari..dengan upacara penutup..tanpa makan tengahari...jadi saya, Amira dan Dayah makan di The Mall sebelum balik ke hotel!!!!!

Satu yang ingin saya kongsikan pengalaman setiap kali saya menghadiri konferensi...(pandangan peribadi) ..ialah bertambahnya semangat dan motivasi untuk lebih banyak menimba ilmu, bekerja lebih keras untuk menjadi ahli akademik yang luhur!!!!Kita akan berjumpa dengan lebih ramai cerdik pandai, bagaimana pembawaan diri mereka...bagaimana memberi pembentangan yang menarik..dan yang paling penting..bagaimana untuk menjawab soalan2 semasa selesai pembentangan yang kita tidak duga!!!!!!har3!!

Oleh itu....semakin banyak menghadiri seminar, semakin banyaklah yang kita dapat belajar, mendengar, melihat, menilai...dsbnya...

Sekarang jam telah menunjukkan 11.48 malam..dan saya sudah sangat penat kerana berjalan ke KLCC...(dah lama tak pergi)...dan dapat menolong Amira membeli barangan2 yang diperlukan dan buku cerita untuk Kak Erin ! (Dr Marinah, pensyarah Kimia yang best!!!)...

Okay...saya nak pergi beradu dan bermimpi yang indah2!!

Salam sume...

Hari Raya AildilAdha

Hampir seminggu blog ini tidak saya update...memang benar kata orang...bila bersemangat macam2 boleh buat..bila dah sibuk, penat, etc dan sewaktu dengannya...takde kudrat nak menulis

Kalau di Kuala Terengganu, cuti Hari Raya Aidiladha selama 2 hari tetapi tidak di Johor Bahru...namun raya korban kali ini seronok kerana semua adik beradik pulang ke JB. Angah (Kakak) yang pada sangkaan beraya di Kota Bharu, Kelantan (kampung abg ipar) balik merayakan Hari Raya Korban bersama-sama..seronok dapat bermain dengan Jay, Joe n Batrisyia!!!!Alhamdulillah, daging korban pada tahun ini kami jadikan stik untuk hidangan makan malam kerana pada waktu siang seperti biasa hidangan ketupat, lodeh, rendang daging dan kuah kacang sotong Mama yang sangat sedap!!!!!

Pada malam raya, Ayah Lee sefamili datang beraya...seronok beramai2 di rumah!

End.

Saturday, December 6, 2008

Science and Technology in the Muslim world

Hari ini, saya telah membina 2 lagi blog khas untuk saya memuatkan koleksi kata-kata hikmah (quotes) yang selama ini saya kumpul dan juga koleksi berita-berita mengenai alam sekitar (sejak tahun 2004). Ketika saya membuka semula fail2 lama berita-berita tersebut untuk dimuatkan dalam blog tersebut, saya menjumpai satu artikel yang tidak khusus berkisar kepada alam sekitar, tetapi sains dan teknologi secara umum. Oleh itu, saya merasakan eloklah kiranya saya menitipkan rencana itu di laman ini. Moga2 mendapat suntikan inovasi kepada kita semua.

Tarikh : 111204
Sumber : Malaysia Today
Tajuk : Science and Technology in the Muslim world

To progress, we must make science come alive in our community. Instead of degrading it, we must embrace a culture of learning that will provide us with the wherewithal to innovate rather than imitate, to invent rather than copy. The science we must seek to embrace must not be the totalitarian version, which has no place for faith, but a humanistic version which encompasses our reinvigorated traditions and adheres to our religious precepts.

Not for us the science that has no scruples in building the atomic bomb; instead let us adapt the science that cured the world of polio, which provides food for our hungry and shelter for our homeless, which elevates rather than denigrates the dignity of man.In order for science and technology to advance we must allocate enough material resources towards it, and invest in our human resources. Expenditure on education and research must be expanded. The goal is to create a scientific culture, where not only in schools, but throughout the community, there is awareness about the importance of science and technology. Research institutions should be set up and there should be greater collaboration among existing Muslim institutions in all Muslim countries.The cultural environment must be suitable.

Sure, one can cite examples of great strides made in science and technology even under totalitarian regimes but these are exceptions to the rule. By and large, a political environment dominated by dictatorial tendencies stifles intellectual growth in general and progress in science and technology in particular.There is the need for governments to prioritize expenditure for education, training and research. But priorities must not be founded on extravagance or ostentation.

Therefore, investments in areas which contribute directly towards uplifting the overall standard of living of the people must take precedence over those merely for pride and prestige. There is no justification in allowing governments to splurge precious sums of money only to indulge in delusions of grandeur. At the same time, in our endeavour to reenergize and to focus on the scientific culture, we must not lose sight of the humanistic and moral dimension of man. Although some degree of specialization is necessary, we must not allow, in the words of Ortega y Gasset, the barbarism of specialization to dehumanize the human personality. Our education system must not lead to the training of specialists in narrow fields such that they have no knowledge or understanding of matters outside their disciplines.

Nevertheless, science must not be all about utility and technology. Some of the greatest developments in science started from mere curiosity, born out of inquiring minds in an environment where intellectual pursuits were encouraged and facilitated. Our societies must be imbued with the pleasure of knowledge the ladhdhzat al-ma rifah. This is the underlying principle of the Islamic approach to knowledge which is to look at the universe and its various phenomena as the ayatullah - the signs of God. This will inspire a love for nature and bring about harmony between man and his environment. Such an approach demands a holistic view of science and technology as well as the development of human resources.

The ummah must be provided with the opportunity to actualize their full potential in the learning of the sciences. This will require large investments in constructing the facilities and providing the amenities for them as they pursue the quest for knowledge which will enrich them as individuals even as it enriches the societies in which they live, study and work.Such investment in human resources demands that governments formulate long-term strategies rather than be concerned solely with short-term returns. It requires complementarity rather than competition among Muslim countries as they help each other in funding and setting up research and training institutions that require large sums to operate. This is particularly relevant in the Information Age, where progress is often exponential.

Failure to master the tools of information technology will mean continual serfdom to the innovation and advances of the successful economies of the West. In this regard, chauvinistic and inward-looking policies must be replaced by a spirit of cooperation and trust. Reviving the glory of Islamic civi]ization demands sacrifice from all if the ummah are once agam to occupy centre stage in global affairs instead of being consigned to the periphery.

More than a hundred years ago, Jamaluddin al- Afghani wrote: Those who forbid science and knowledge in the belief that they are safeguarding the Islamic religion are really the enemies of that religion. The Islamic religion is the closest of religions to science and knowledge a and there is no incompatibility between science and religion and the foundation of the Islamic faith.Let us not delude ourselves, however, into thinking that the advancement of a scientific culture can be achieved without ensuring a stable political environment, a robust economy and a vision of leadership characterized by strategic thinking and action-oriented policies.

Particularly in our desire to infuse Islamic values in the community, we must not be blinked in our outlook, consumed by jingoistic tendencies, and overlook the fact that Islam enjoins tolerance for the adherents of other religions who live among us. Furthermore, a strategic alliance should be forged between Muslim and non-Muslim nations, between the East and the West in the pursuit of knowledge, for indeed this is the essence of the divine light that issues forth from the olive tree that is neither of the East nor of the West.

Friday, December 5, 2008

The late Foo Hee Boon...cancer patient


Dalam 2 hari ini, saya sedang membaca buku 'Gifts of Life - Facing Cancer' oleh mendiang Foo Hee Boon yang telah dihadiahkan oleh salah seorang kawan baik, Jarina Jani (pensyarah INOS, UMT ; sedang melanjutkan pengajian PhD di Edinburgh, Scotland dan sedang menjalankan pensampelan di Malaysia). Thanks very much Ja...so far..the book indeed very inspirational and giving me so much motivation and strength!!Mendiang Foo Hee Boon adalah merupakan seorang 'environmentalist' yang bertarung nyawa tidak sampai 2 tahun setelah mendapat tahu beliau menghidap penyakit kanser tulang pada aras 4 (aras tertinggi). Penerbitan buku tersebut adalah sebahagian besarnya adalah hasil daripada blog yang ditulis oleh beliau (http://fhbadventure.blogspot.com/) dan atas permintaan beliau blog tersebut telah dipersembahkan dalam penerbitan buku...

Pagi tadi, sementara menunggu ayahanda mengambilku pulang, saya sudah sampai ke mukasurat 36 dan satu perenggan yang sangat bermakna dan ingin saya kongsi bersama :

"Never wait for such moments to show your affection. Have you told your loved ones, your friends how much they mean to you? If you are not the "talking' type (like me), show him or her how much they mean to you..today..now"

Terasa sangat benar kata-kata di atas...macam madah pujangga Melayu..bila bersama , kita tidak menghargai..bila tiada..barulah kita benar-benar terasa kehilangan..

Terasa jiwang seketika diri ini...

Trial? Very first trial

Alhamdulillah....selama ini hasrat untuk menulis...blog sendiri menjadi kenyataan...kredit ditujukan tidak terhingga kepada adinda Lukman (harus perlu diperincikan siapakah Lukman dalam post2 yang akan datang), yang telah dengan sabar mengajar bagaimana nak memulakan blog ini...buat seorang yang 'sangat tidak tahu' menggunakan teknologi alaf baru yang serba canggih ini..perlukan masa untuk men'decorate'kan blog mengikut citarasa sendiri...

Blog ini baru didaftarkan semalam...lewat tengahari sesudah menyiapkan 'claim' dan surat keluar tugas rasmi untuk ke seminar di PWTC pada 10 hingga 13 Disember ni. Masa beritahu Lukman nak buat blog ni, Lukman tanya "kenapa kak izan tetiba rasa nak buat blog ni?"entahlah Lukman..tak tau sebenar-benarnya 'exact reason'....Rasanya bagus ada blog ini, baca blog kawan-kawan lain, rasa seronok, dan dalam pada itu, kita dapat mengingati apa yang berlaku dalam hidup, sehari-hari (kalau menulis hari-hari) .'furthermore...never had a diary before!! ' adalah dulu...masa matrikulasi...tugasan subjek English..kena tulis diari in English dan perlu disemak setiap minggu...dan lagi...saya sendiri sedang membaca 2 buah buku motivasi..yang asalnya adalah dari blog yang ditulis!! (bukan niat untuk sampai ke tahap untuk buku diterbitkan...memenangi hadiah penulisan..so on and so forth...har3!) tapi rasa-rasanya blog boleh dijadikan medium untuk meluahkan rasa, berkongsi cerita dan pengalaman..dan yang paling penting...dapat menilai, mengingati kembali apa yang berlaku, yang didapati sehari-hari..dapat dijadikan pedoman, panduan dan motivasi dalam hidup!!

Tapi berkira-kira 1) bahasa apakah yang akan digunakan untuk menulis blog ini? Bahasa Melayukah? 2) Bahasa Inggeriskah? 3) atau bahasa rojakkah? Menglish?...Hmm...rasa-rasanya takde markah yang spesifik untuk dinilai..jadi tulis mengikut hati...

Persoalan kedua...adakah tatabahasa perlu mengikut nahu bahasa yang sepatutnya? atau mengikut percakapan dan perbualan sehari?2..ya...rasanya ikut naluri, luahan perasaan...jadi itu lebih selesa...

Kesimpulannya, penulisan di dalam blog ini adalah mengikut 'suka hati'ku..

Saat ini, saya baru sampai ke kampung halaman...atau bandar halaman (betul-betul kampung di Parit Raja, Batu Pahat Johor (kampung Baba (ayah) dan di Sg Kluang, Rengit, Batu Pahat (kampung Mama (emak), Johor)..jadi di Johor Bahru, Johor ini walaupun bukanlah rupanya kampung, tapi bolehlah dikira kampung kerana definisi kampung yang biasanya adalah di mana di situlah menetapnya ayah dan bonda, dan adik beradik yang tinggal bersama...

Semalam rancangan asal nak ke rumah Ayah Shahrom (adik ayah) dan Mak Ani pada waktu tengahari...tapi dek kerana banyak benda dan kerja-kerja lain tak 'settle', hanya dapat sampai pada pukul 5.45...setelah selesai urusan di bank, mencari bahan-bahan lain untuk dimakan bersama Laksa Johor yang telah siap kuahnya untuk makan bersama-sama mereka sekeluarga...sebenarnya nak datang ke rumah diorang pada hari2 sebelum lagi..itupun Mama yang bagitau rumah diorang banjir..kali pertama cuma paras bawah lutut..tapi kali ni, 2 hari lepas, sampai paras pinggang...alhamdulillah takda sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku...

Jadi selesai menikmati makan malam Laksa Johor dan sup tulang...saya menaiki bas Ekpress Adik Beradik untuk pulang ke Johor Bahru..tepat jam 9.30 malam dihantar oleh Pipi (sepupu - nama sebenar Ahmad Afifi) yang sangatlah gentleman (setiap kali hantar saya ke Terminal bas, dia pasti akan menunggu sehingga bas bergerak!)..Namun demikian , baru saya sedari saya tertinggal handphone bersama charger yang sedang dicharging di bilik di rumah Ayah Shahrom!!!Argh!!Izan!!!!Tak sah kalau tak tertinggal barang!!

Sepanjang perjalanan menaiki bas malam tadi, mungkin terlalu letih..saya tidur terus...tidak sedar langsung bila masa bas berhenti rehat...mungkin sedih handphone tertinggal...hmm...dan tiba di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru pada jam 6.15 pagi...terus mencari public phone menelefon Baba memberitahu ketibaanku...hasrat nak naik bas je ke rumah (first time)...tapi Baba tak bagi...insist nak amik..jadi sambil menunggu Baba sampai (agak jauh perjalanan dari kawasan Skudai ke Larkin- sekurang-kurangnya 30 minit), agak lapar...makanlah sekeping Roti Canai Telur dan Teh Tarik..(nak ngumpat sket...roti canai ni spesel...mula2 nak mintak roti kosong...'waiter' dia kata 'tadak'..lepas tu saya mintak roti tampal...(mungkin ada yang tak tau...roti tampal tu ialah roti kosong dan diatasnya telur pecah tanpa memecahkan kuning telur di atasnya) ...juga 'tadak'...tapi roti telur...ade...rupa-rupanya depa dah buat roti telur siap2...hai takpe la...yang penting dapat mengisi kekosongan perutku yang telah memberikan 'signal' untuk diisi...

So Baba sampai dalam lebih kurang 7.40 pagi..dengan Mama...hmmm..mesti nak pergi pasar skali (Pasar awam Larkin betul-betul bersebelahan Terminal Bas Larkin)..ramalanku benar belaka..memang Mama nak pegi pasar..so temankan Mama...beli daun ketupat skali...n barang mentah untuk dimasak tengahari..fuh..bestnya dapat makan masakan emak!!!!n ayah Shahrom call Baba....nak pos handphone...tumpang bas!!!!yahoo!!!!!!!

Sekian buat kali ini.....

Thursday, December 4, 2008

First entry

Trial.......setelah mendaftar bloggers...mengapa header "Tough times don't last, Tough people do!" dipilih? Kebetulan ianya adalah salah satu kata-kata fridge magnet di opis dan Ya!!...saya amat memerlukan semangat itu di sepanjang rencah kehidupan saya ini...terlalu banyak dugaan dan cabaran mendatang yang tidak saya duga...kata-kata penguat dan pembakar semangat!!