Saturday, May 14, 2016

Tentang rasa


Semua rasa ada..bercampur baur; paling heran kenapa rasa down (bukan down kat diri sendiri.. tapi rasa down memikirkan realiti di sekeliling hanya dengan tulisan yang disampaikan; tulisan yang kita lihat, tulisan yang kita dengar) lepas baca few of the stories? how can u let yourself helplessly drowned into that emotion? banyak tauladan sebenarnya ..yang kita x pernah perasan, endah dan fikir.. few times i just paused .. and his thought, language, what he poured in this .. were put perfectly into place.. fuh terernya Sir Saharil Hasrin Sanin ni! 

Get yourself a copy of Saharil's Cerpen-Cerpen Underground!
*jiwa rasa dekat dengan 'Baru' dan 'Lama', familiar stories from previous publication but in those two you just made me missing UK and Cardiff particularly more, Sir! 
Thanks Anggerik Rimba yang telah 'memperkenalkan' kita :)





Monday, January 4, 2016

Nota Menghadapi 2016


Kalau rasa tak tenang, daripada bertambah gusar, gundah gulana berbicara dan meluahkan dengan manusia, berbicaralah dengan Tuhan. Jangan sesekali lupakan Dia dalam hilai tawa dan esak tangis.
Kita beri ehsan dan ikhlas. Ehsan dan ikhlas orang lain kalau boleh dirasai, alhamdulillah. Kalau ehsan dan ikhlas yang dicari tapi rasa gusar dan sedih yang dapat; biarlah.
Selagi kita telah cuba semampunya untuk memudahkan dan menggembirakan orang lain, itu membuat kita bahagia. Tapi kalau itupun tidak cukup bagi mereka, biarlah.
Pandangan orang macam-macam. Dalam sekelip saat benda yang baik jadi buruk, benda yang buruk jadi baik. Alangkan fitnah boleh berlaku di mana-mana, inikan pula telahan salah.
Kalau sudah bertubi-tubi hati dan jiwa diasak tekanan kerana terlalu banyak persoalan, kali ini ingin dibiarkan saja. Telah cuba sedaya upaya menjalin hubungan baik sesama insan, kalau masih ada luka yang belum sembuh dan parut yang masih belum hilang, biar waktu dan keadaan menentukan. Buang saja jauh-jauh kalau perlu agar semua bisa dan perit tenggelam jauh di lubuk dasar dan tidak diketemukan lagi.
Tapi kenangan yang pernah hadir walau manis atau pahit ianya pengajaran paling berguna. Memaafkan itu mampu, melupakan itu sukar. Kunci redha maksima adalah memaafkan dan melupakan. Ini yang paling sukar nak dicapai. Tapi akan cuba semampunya.
Bila semuanya sudah dilakukan, inshaAllah yang mendatang lepas ini akan diterima dengan hati terbuka dan baik-baik saja. Walau kelihatan negatif pun, pasti pengakhiran yang baik - sekurang-kurangnya pengajaran dan pengalaman dapat mematangkan.

Sunday, January 3, 2016

STUNNED!

STUNNED!

KAWASAN penyimpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan, Pahang dan perkampungan Sungai Pengorak disyaki pu

KAWASAN penyimpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan, Pahang dan perkampungan Sungai Pengorak disyaki punca air laut menjadi merah di sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai Batu Hitam selepas hujan lebat Ahad lalu. – MINGGUAN/MAHATHIR ALI - 
(Source : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bauksit-punca-8216-laut-merah-8217-1.175688)

Inikah sepatutnya pemandangan 'penyimpanan'??? I am no EIA and bauxite expert, but with the very little knowledge I have, and CORRECT ME IF I'M WRONG ..I don't even have a chance to read the EIA report yet (which now I really think I will)..logically...mana perimeter bund? mana excess carry over/overflow containment? x nampak dari gambar ni...any reason for open air / area macam ni??? x boleh buat macam warehouse ke untuk hasil lombong ni? lengkap dengan cyclone or bag house/filter utk dust extractor? any reason? then takde land intrusion ke kalau biar macam ni? I hope ada base layer (sepatutnya)..apatah lagi carry over that red thingy to nearby water lagi2 bila (bukan kalau) hujan lebat?
That aluminium is inorganic, hazard and heavy metal!!
From other source from Minister of Transport :
"“Sebab itulah kita kaji bukan sahaja dari segi perlombongan tetapi pengangkutan juga sebab bauksit halus ini ringan dan terbang menyebabkan seluruh kawasan menjadi merah" - see??? then boleh pulak biar open macam ni? what happen to small particulate pollution to human ingestion and inhalation? We need ACTUAL and ONGOING environmental health studies! 

"Maknanya (lori membawa bauksit) bukan sahaja kena tutup tetapi pengangkutan laut pun kena kaji kerana kapal-kapal yang membawa bauksit itu kalau tidak menggunakan cara betul boleh mencemar malah apabila terumbang-ambing di laut, ia akan terbalik,” katanya" - OMG memanglah! maknanya selama ni lori2 ni takde cover ke??? nak pengsan dengar

I hope ini bukan jugak lagi sorang yang melepaskan batuk di tangga punya alasan..dah terhantuk baru nak tergadah..