Tidaklah diuji seseorang itu melainkan Allah ingin menaikkan darjatnya kerana kesabarannya. Allah maha mengetahui atas setiap sesuatu.
Cerita di belakang tabir, segala keringat dan pengorbanan, ketahanan mental, emosi, fizikal ada masa tergadai dan dipertaruhkan. Semuanya ditelan dan diharungi.
Yang melihat hanya menyaksikan dari luaran, dalaman hanya Allah yang mengetahui atas tiap-tiap sesuatu.
Seperkara lagi ya , anak-anak saya dari
Act of Kindness & Gerobok Rezeki UMT
dan ada yang dari UMT Crew
, juga dari Green Ranger UMT
memang all rounder, kenapa all rounder? Orang yang hanya melihat dari luar memang senang nak menelah, tapi hakikat sebenar mereka langsung tidak mahu bertanya atau ambil peduli, tetapi membuat telahan salah. Baik-baik ya, hukum memfitnah itu berat. Ini harga yang perlu saya bayar, tetapi bukan cuma ini episod yang perlu dilalui, tetapi pernah dilalui, dan tidak gentar untuk melaluinya lagi.
Kalau tidak faham makna kebajikan, lebih baik berdiam dari berkata-kata. Turun padang, saksikan dengan mata kepala sendiri, pasti akan mengerti.
Ada yang pernah bertanya kepada saya, sudah lama saya tidak menulis panjang di ruangan ini. Sebabnya terlalu banyak yang boleh dan hendak diluahkan tetapi terlalu sedikit masa dan tenaga yang ada. Kalau hendak menceritakan, terlalu banyak sehingga tidak boleh memilih episod mana yang harus diungkapkan.
Saya memang memperjuangkan hal kesantunan, kebajikan dan sahsiah pelajar. Tidak termasuk lagi bicara soal adab dan budi pekerti yang semakin meruncing. Tidak perlu sehingga saya perlu senaraikan di sini apa yang telah saya usahakan dengan sokongan ramai pihak yang memahami. Nah, ayat ini pun nanti akan mengundang telahan lagi, oh nak menyebut apa yang telah dilakukan? Menunjuk-nunjuk katanya lagi.
Memaafkan dan melupakan? Saya cuba.
Pegang teguh kepada Ehsan dan Ikhlas.
Anak-anakku yang terpalit dalam rencah ini, percayalah ini menguatkan jiwa dan semangat kita, kerana kita mampu, kita diuji begini.
Alhamdulillah ya benarlah doa saya sedang dimakbulkan, doa untuk diberi kekuatan, kesabaran dan ketenangan, walau kadang2 tewas dan dihadapi dalam keuzuran dan tangis yang tak terlihat
Dr Izan 🥰
ReplyDeleteDr Izan! 🥰
ReplyDelete