Hari ini, sekembali dari menikmati makan malam bagi sama2 meraikan hari kelahiran Haini, jiran sama-sama rakyat Malaysia, dikhabarkan berita mengenai kembalinya ke rahmatullah ninda yang tercinta, Allahyarhamah Hajjah Fatmah (Atok Mama) kira-kira jam 7.30 pagi waktu Malaysia, pada tanggal 29 Januari 2010.
Berita sedih ini disampaikan secara terus oleh sepupu, Adib dalam halaman facebook sejurus selepas memuat turun gambar2 semasa makan malam tersebut. Lantas, terus menelefon Mama yang sedang dalam urusan memberi perkhabaran kepada saudara mara yang lain dan bersiap-siap untuk ke Kuala Lumpur. Atok Mama menghembuskan nafasnya yang terakhir di Kuala Lumpur semasa di bawah jagaan Mak Long dan berulang untuk pemeriksaan di Hospital UKM.
Arwah Atok Mama memang sudah lama menghidap sakit tua, kaki yang tidak mampu lagi untuk berjalan, hanya mampu baring dan duduk sekali sekala. Sejak sebelum saya ke sini lagi , segala urusan diri memang tidak dapat lagi dilakukan sendiri, mandi, sembahyang, makan pakai semuanya diuruskan oleh Ayatan yang banyak berkorban, kami, ibu2 saudara dan para sepupu bergilir2. Petang sebelum saya berlepas ke sini, memang saya melawat arwah yang kebetulan berada di rumah Mak Long di Kuala Lumpur. Pada ketika itu, arwah Atok Mama masih boleh berbual dan bertanya serta berpesan kepada saya.. " Ko nak pegi mana? Belaja jauhnya? Belajar betul2 ya.."..sayu..sebak...bila diingat saat itu..
Kami sememangnya seluruh ahli keluarga redha di atas ketentuan ini. Sebenarnya kira2 seminggu lepas, keadaan arwah atok mama kritikal, pernafasan yang tidak stabil di hospital dan seluruh ahli keluarga telah dipanggil untuk melawat. Keadaan arwah kembali stabil kira2 2 hari selepas itu..
Hari ini, setelah hampir seminggu, arwah Atok Mama menghembuskan nafasnya yang terakhir, meninggalkan kami, pergi tak kembali buat selama-lamanya..tanggal 29 Januari 2010. Pulang ke pangkuan yang Maha Esa. Mudah2an roh arwah akan ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman..
Saya akan pulang bercuti pada bulan Mac, kerana berserta majlis perkahwinan abang dan adik yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mac ini. Sehingga dijadualkan untuk pulang , mudah2an saya diberi kekuatan dan kesabaran berpanjangan dan saya akan berdoa dari jauh agar roh arwah diberi ketenangan, kesejahteraan. Airmata ini seakan tidak mahu berhenti mengalir...saya mengenangkan kembali ketika arwah atok Abah meninggal dahulu, saya tidak dapat pulang segera ke kampung halaman kerana ketika itu menuntut di Universiti Malaysia Sabah dan kurang3 minggu dijadualkan untuk pulang kerana majlis perkahwinan kakak kurang daripada sebulan akan berlangsung..dejavu..kini, lebih kurang sebulan dijadualkan pulang bercuti ke tanahair, juga kerana majlis perkahwinan abang dan adik yang dijadualkan berlangsung kurang 7 minggu, saya juga tidak dapat pulang segera...takdir dan ketentuan Ilahi ini seakan berulang ketetapannya buat kedua2 arwah Atok Abah dan Atok Mama yang sangat2 saya rapat..namun dugaan dan peristiwa seumpama ini pasti akan berlaku, kehendakNya yang tidak mampu kita lawan, kerana sudah tiba masa...kita mesti redha di atas ketentuan ini..dan terus berdoa ke atasnya..mendoakan arwah..
Ini adalah sebahagian dugaan hidup..semoga saya dan seluruh ahli keluarga diberi kesabaran dan kekuatan menghadapi fasa kehilangan insan yang amat2 kami kasihi ini..
Joy sangat sayang Atok Mama...hanya doa berpanjangan dapat dikirimkan....Ya Allah...tempatkanlah arwah orang2 yang kukasihi di kalangan para hambaMu yang solihin...Amin Ya Rabbal Alamin...
Daripada Dia kita datang, KepadaNya jua kita kembali...Innalillahi wainnaillaihi rojiun...