Tuesday, January 26, 2010

Surat dari Malaysia...tentang eksperimen di makmal, tentang jurnal...

Semalam dapat balasan surat dari Malaysia..dari salah seorang best friend, yang kawan2 rapat panggil Beng...sejak dari matrik, ke UMS...sampai lah sekarang..kita memang best friend...suka duka semua cerita jatuh bangun, pahit maung, cerita hati, soal perasaan, kerja, hidup semuanya dikongsi bersama..

Terasa sangat sentimental bila dapat surat yang dipos...memang dengan teknologi yang ada sekarang, email lagi cepat, tak perlu bersusah payah membeli setem dan ke pejabat pos untuk mengirim surat, namun ketika menerima surat berkenaan, ditambah lagi kerana tulisan tangan yang empunya diri yang mengirim, perasaan terasa lebih dekat, lebih rapat, lebih bahagia dan gembira ketika membaca setiap baris2 ayat yang ditulis di atas helaian demi helaian isi cerita surat yang dikirim..Apatah lagi bila berkirim surat dengan bonda, rasa yang dirasa.. gembira bercampur sebak!!.sepanjang 10 bulan di sini.. tidak kurang 4 keping surat yang dikirim bonda sekali bersama bekalan yang dipos!hehehe..anyway My Beng, wait for my reply soon!!!!

Minggu ini, sambung dengan laporan experimental design yang dah bertangguh seminggu...sepatutnya dari minggu lepas hajat untuk menyiapkan laporan cadangan eksperimen untuk dibawa berbincang semula dengan penyelia, juruteknik dan pembantu makmal, tapi dek kerana kesihatan tak mengizinkan (demam 3 hari berturut2...)...memang langsung tiada kudrat untuk melaksanakan tugasan penting ini...

Dalam proses menyiapkan laporan ini dan juga sebelum meeting dengan kedua2 penyelia 3 minggu yang lalu, saya sebenar2nya merasakan belum benar2 cukup bekalan semasa membentangkan potential method untuk diaplikasi dalam kajian ini...tapi selesai meeting berkenaan, mendapat idea lebih jelas apa yang perlu dilakukan selepas ini..bertanya diri sendiri dan mencari jawapan sendiri kepada setiap aspek eksperimen yang bakal dilakukan...sepertimana kata Tony dan Keith semasa pertemuan kami kali pertama dan diulang sekali lagi selesai meeting yang tersebut, "PhD ini semua tentang bagaimana nak melakukan penyelidikan dengan kaedah yang betul, bagaimana melakukan penyelidikan secara berdikari, sentiasa kena menyoal diri sendiri kenapa sesuatu perkara itu perlu dilakukan, mencari jawapan kepada setiap persoalan...setiap langkah ada sebabnya...berupaya untuk memberi penerangan kepada orang lain yang bertanya terhadap apa yang kita lakukan..kerana kita sendiri sebenarnya sedang dan perlu mencari jawapan!!!Dan akhirnya...setelah kita melalui semua itu, kita akan menjadi pakar..bukan sekadar dalam bidang yang kita akan terokai..tapi dari segenap aspek!"

Tentang jurnal...selain buku teks yang perlu dibaca..jurnal adalah salah satu medium untuk mendapat maklumat terkini mengenai sesuatu kajian yang kita perlu lakukan..Buku teks rujukan bagi mendapat maklumat asas ...manakala jurnal pula adalah mencari kaedah terkini atau mencari kaedah yang perlu diteroka...Bercakap tentang jurnal...saya memang menghadapi masalah terhadap jurnal2 yang terlalu teknikal yang perlu saya baca..kenapa??Kerana tidak mempunyai asas yang kukuh terhadap kaedah penyelidikan yang saya akan jalankan...saya tidak memahami tentang terma2, konsep2 ...istilah...bercakap tentang kejuruteraan mekanikal, kimia fizikal...hanya sebahagian sahaja bidang yang akan saya terokai ini berkait dengan teknologi kawalan alam sekitar..sebahagian lagi..sebahagian yang penting adalah tentang bidang yang saya langsung tiada asas! Walaupun mempunyai sedikit asas kimia...memang benar2 asas....dan mempunyai minat mendalam terhadap subjek ini..tetapi saya merasakan ini memang cabaran yang membuatkan saya membaca suatu2 jurnal yang sama berulang2 kali, walaupun telah cuba mencari maksud, pengertian setiap terma, istilah dan konsep yang dinyatakan, tetap tidak menemui pemahaman!!

Hal dan kerisauan ini saya nyatakan kepada penyelia utama saya, (Tony) dan mendapat suntikan semangat dan motivasi...selain menyatakan beberapa topik dalam bidang2 yang berkenaan yang boleh saya fokus, beliau turut menyatakan bahawa "PhD bukan untuk seseorang mendapat anugerah...bukan untuk menjadi pakar dalam semua bidang...Phd adalah untuk melatih tentang menjalankan sesuatu penyelidikan, tentang bagaimana mencari maklumat, bagaimana untuk berfikir, bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian, bagaimana untuk meningkatkan tahap keyakinan..dan bagaimana seseorang itu berhubung dengan orang lain!". Tony nyatakan kepada saya tidak ada apa yang perlu dirisaukan , selagi saya tahu tujuan saya berada di sini, teruskan azam dan minat kepada apa yang saya lakukan. Katanya lagi, semasa dan setelah melakukan eksperimen, saya akan mendapat ilmu serta tahu aspek apa yang perlu diketahui secara semulajadi..ianya adalah proses yang normal...dan dengan adanya tunjuk ajar dan panduan dari beliau dan Keith, saya akan berada dalam garisan yang selamat..mudah2an..

Tentang jurnal...memang benar seperti beberapa senior nyatakan...jurnal2 yang kita dapati agak sukar untuk difahami pada mulanya..bacalah sekali lalu...berpindah kepada jurnal yang lain..sekiranya kita cuba untuk memahami satu2 jurnal seluruhnya pada masa yang sama..memang akan mengundang stress!!!!!!ya...saya sangat bersetuju dengan itu..kerana stress yang melanda mungkin antara penyebab kepada masalah kesihatan yang on off seminggu dua ini...

Dan minggu ini, bermula semalam, saya membaca sekali lagi jurnal2 yang saya tinggalkan kerana masalah no clue at all itu..dan alhamdulillah!!!!saya mendapat idea2 yang tidak saya dapat kali pertama...dan dapat ditambah ke dalam laporan yang sedang disiapkan..dan baru kini baru saya faham...semua perkara perlu dilakukan sedikit demi sedikit..dalam suasana tenang, damai, aman tenteram, bersemangat dan dengan mood yang betul bagi mendapat penghasilan yang memuaskan!!!!!!

Mudah2an minggu ini saya dapat menghasilkan laporan kaedah eksperimen yang kritikal .Bagi saya sendiri, saya perlu mempunyai keyakinan dan maklumat serta ilmu yang benar2 cukup sebelum saya melakukan eksperimen di makmal ini...ianya nanti akan menjadi nadi penyelidikan saya..dan bagi memastikan untuk mencapai sasaran kurang 3 tahun (boleh ke???memang kes sangat jarang terutama penyelidkan bidang kejuruteraan ini!!) untuk melaksanakan amanah ini, saya perlu betul2 memastikan setiap inci kerja yang saya lakukan, saya faham seluruhnya...agar perjalanan dipermudahkan...dan bila dipermudahkan, akan lancar segala urusan dan seterusnya...cepat tesis dapat disiapkan!!!!!Amin!

End.

4 comments:

  1. bersemangat qila baca entry akak kali ini. qila pun lebih kurang sama je ngan situasi akak sekarang.. insyaAllah semoga lepas ni kite akan lebih terus produktif dan bersemangat nak siapkan phd..:)

    ReplyDelete
  2. mencari jalan penyelesaian.. what a good statement. ;) buat saya rasa bsemangat juga

    ReplyDelete
  3. Qila,

    Yup..alhamdulillah dua2 penyelia yang very fatherly, jadi nak cakap pun macam nak jumpa bincang dengan abah je..ada je kata2 semangat..memang roller coaster perjalanan kita ni..

    ReplyDelete
  4. Zila,

    Yup, that statement should be the root kan!!!!!

    ReplyDelete