Wednesday, February 10, 2010

Perbincangan hangat..

Ni baru balik dari mesyuarat 'Projek Sisa' (Waste Project  Meeting) di 'site'....hari ni mesyuarat berjalan lancar..Julian dan Toby membentangkan beberapa data dari analisa2 yang diperolehi..seperti biasa..Julian membentangkan hasil analisa sampel dengan penuh yakin..begitu juga Toby..

Dan mesyuarat kali ini disertai dengan Tony..bila ada Tony dan Keith, agak rancak mesyuarat berlangsung...almaklumlah kedua2 professor yang berpengalaman...jadi orang2 di site memang tak boleh nak 'goreng'..

Dan hari ini berlaku perbincangan agak hangat antara Tony dan jurutera senior tentang beberapa pertanyaan yang diutarakan oleh Tony...Tony mengeluarkan bbrp fakta dan membuat congakan tentang bbrp perkara yang sepatutnya pihak di 'site' ambil maklum..tapi ada unsur2 tidak puas ati di kalangan pihak site...ada unsur 'defensive' di situ...haa..namun pandai sv saya ni..dan juga Andrew..mengeluarkan bbrp cadangan yang agak menenangkan kembali suasana...dan Tony memberitahu bbrp cadangan dan langkah yang sepatutnya dilakukan pada masa akan datang..haa..baru tenang..

Mesyuarat pada kali ini agak 'hangat' berbanding biasa..Sehinggakan dalam kereta sekembali dari site pulang semula ke 'school'...kami masing2 (bersama Julian, Toby, Martyn dan Syrish) saling membincangkan tentang kehangatan yang berlaku dalam mesyuarat sebentar tadi..,membuatkan saya perlu  tersedar dan bersedia untuk menerima sekiranya ada persoalan2 hangat yang akan diutarakan apabila saya membentangkan data2 saya kelak...bersedia untuk ditanya beberapa perkara yang menjadi asas setiap eksperimen atau proses yang saya jalankan...bagaimana kalau saya tidak cukup bekalan ilmu pada apa yang akan saya lakukan..bagaimana jika saya terlepas pandang fakta2 yang penting???

Namun..hehehe..mesyuarat 'besar' di mana saya sepatutnya membentangkan perkembangan kajian saya (progress presentation) ..di hadapan orang2 'atas' di site setiap 3 bulan sekali. pada tahun ini...tidak perlu saya lakukan..kerana saya berada di Malaysia pada masa itu...hooray!Namun, cabaran saya sekarang adalah untuk melakukan sekurang2nya satu 'trial' eksperimen sebelum pulang bercuti...Saya perlu yakin dengan apa yang telah saya temukan sejak mesyuarat dengan Tony dan Keith pada awal tahun baru yang lalu...Yang mencabar adalah 'countdown' untuk pulang ke kampung halaman membantutkan sedikit semangat membuat kerja di saat2 akhir ini!!!!!!Aduhai...

End.

1 comment:

  1. Chaiyok kak izan. zila yakin anda pasti boleh :)

    ReplyDelete