Alhamdulillah...telah selamat sampai di kampung halaman di Johor Bahru pada Selasa, 8 Mac 2009. Tiba di Malaysia pada hari Sabtu, 6 Mac lebih kurang pkl 6.45 petang 'jejak' di KLIA. Ketibaan disambut oleh Along dan Angah...lepas tu terus dinner yang best!!
Hari Ahad keesokan harinya (konon2 nak pegi pagi2)..cadang nak ziarah kubur arwah Atok Mama yang meninggal tanggal 29 Januari yang lalu..tapi oleh kerana saya 'pengsan'..maka kami semua gerak tidak la pagi sangat..dalam pkl 10..setelah ke kubur, singgah ke rumah Mak Long..dan seterusnya ke KL..'survey' bunga telur untuk bunga pahar..survey..dan terus tempah...seminggu siap!!Dan kemudian Isnin malam 8 hb bersama Asyraf (anak sedara no 2) menaiki Air Asia pulang ke Johor Bahru..memang pakat dengan Ijat n Isham untuk tidak memberitahu Mama dan Baba..,.konon2 naik bas sampai subuh Selasa...sebab skali membawa Asyraf..jadi surprise!!!!!tiba di Jb lebih kurang pkl 10 malam..
Alhamdulillah...sampai juga di pangkuan Baba n Mama yang tercinta..
Perjalanan sebelum menaiki pesawat pulang bercuti ke tanahair setelah 11 bulan berada di bumi asing membawa pengertian yang tersendiri.....saya telah bermalam satu hari di Malaysia Hall, London...konon2 untuk 'last minute' shopping..ingin membeli cenderahati2 London untuk dibawa pulang...pada asalnya bersama Niza ke sini...dan berjumpa Jarina..tiba di saat2 akhir, oleh kerana perkara2 yang tidak dapat dilelakkan, maka saya seorang bermalam di Kota London sebelum penerbangan pulang pada keesokan harinya...Niat untuk bermalam di Malaysia Hall juga adalah kerana tidak pernah merasai suasana di bilik penginapan di Malaysia Hall..hanya pernah makan di kantinnya sahaja..jadi..memang bercadang bermalam di Malaysia Hall sahaja sementalah untuk 'shopping'
Apa yang boleh saya katakan, saat menjejakkan kaki di London untuk proses perjalanan pulang ke tanahair, saya mendapat beberapa semangat dan inspirasi..
Begini ceritanya...
Dari Cardiff saya menaiki bas ke London. Tiba di stesen bas, saya terus menyimpan beg besar di stesen bas...(susah nak ke sana ke mari membawa beg besar yang had muatan 30 kg itu!!)...ke sana ke mari..apatah lagi...menaiki tube yang sesetengahnya tiada 'eskalator'..hanya tangga biasa...mau boleh patah pinggang!!Setelah selesai urusan menyimpan beg pada kadar 5.50 pound semalam...saya terus bergerak menuju ke stesen tube untuk ke Malaysia Hall... di salah satu 'traffic light' untuk melintas, saya ditegur dan ditanya oleh seorang 'pakcik' yang agak berumur...rupa macam mat saleh...tapi loghatnya tidak...beliau tanyakan bagaimana hendak ke stesen keretapi.beliau mahu berjumpa kawan beliau di sana....jadi saya nyatakan padanya saya pun hendak menuju ke sana (bangunan stesen tube dan stesen keretapi adalah dalam satu bangunan)..jadi terus beliau nyatakan..."thank you...you seems a clever lady!"..hmmm...saya senyum saja lah..amin..
Jadi kami pun beriringan menuju ke stesen tersebut yang hanya mengambil masa kurang dari 15minit dari stesen bas...kami ada juga berbual sedikit2..tentang tujuan kami ke mari, asal masing2...dan setelah masing2 bercerita..baru saya tahu yang 'pakcik' .ini asalnya Mesir, Muhammad namanya...seorang muslim,.pesara pensyarah dalam bidang geologi tetapi telah lama mengajar di salah sebuah universiti di England...saya lupa nama universiti yang beliau maksudkan..separuh berjalan, beliau meminta untuk berhenti sebentar..kerana perlu menyedut ubat asma yang beliau bawa...tidak boleh terlalu lama berjalan katanya..perlu berehat sedikit2...jadi saya pun tunggu sebentar bersama beliau...dalam menunggu itu, beliau sempat juga tanyakan kepada saya..."Why you're still not married?..lalu saya tanyakan pada beliau "How do you know I'm not married yet?lis it obvious?..jadi beliau nyatakan.." I know.....so you still haven't found the right one?"..wow ..,packcik ni boleh tahan..lalu saya nyatakan padanya...bukan senang nak jumpa yang benar2 sesuai dengan kita.,yang faham kita ..jadi takpe lah lambat..asalkan dapat yang terbaik...dan beliau pun bersetuju..dan berkata "Allah knows the best for you..you will find someone , whos's the best for you..the right one...at the right time,..looking at you..and after spoken to you...you'll definitely find a nice man..."..Mudah2an Dr Muhammad...kata2 ini sangat mengharukan....seterusnya kami terus rancak berbual...dari mula di trafiic light di mana kami berjumpa sehingga ke stesen, kami sempat berbual macam2...dalam masa sesingkat itu, Dr Muhammad ini sempat memberi komen tentang orang2 di Kota London...,tidak sama dengan orang2 di bandar2 kecil...bagaimana muslim perlu bersatu..apatah lagi dengan masalah perkauman dan keagaaman yang berlaku skrg..
Setelah tiba di stesen, beliau nyatakan bagaimana saya mahu ke Malaysia Hall..okay ke dan sebagainya..dan bersungguh2 mengajak saya untuk makan tengahari bersamanya..kerana beliau terhutang budi katanya kerana saya telah menunjukkan jalan...ayatnya "It's my responsibility to treat u lunch..you had helps me a lot!"..namun saya tolak ajakannya dengan baik.,.berkali2 saya pelrlu benar2 menolak ajakannya..ketika itu jam telah menunjukkan 2.10 ptg..saya perlu segera ke Malaysia Hall...untuk check in..perut saya pun sememangnya berkeroncong minta diisi...maka lagi 'best' menikmati lunch di Malaysia Hall..hehehe...jadi apabila saya nyatakan saya perlu segera ke Malaysia Hall...Dr Muhammad tadi nyatakan "Okay then...'m glad to meet you...we're muslim, we help each other...only Allah can reward you...so I wish and pray for you...every happiness.."..Wow..saya terpempan..kata2.."I wish you every happiness"..benar2 membuat saya rasa sedih tiba2...doa2 sebegini yang saya harapkan dalam perjalanan hidup saya...ucapan tulus ikhlas dari orang asing yang mendoakan...
Saya terus ke Malaysia Hall...setelah tiba di stesen tube 'Bayswater'...saya sempat 'survey' kedai2 cendaramata yang memang BANYAK.... di kawasan Bayswater...memang benar kawan2 di Cardiff cadangkan...,beli sahaja cenderamata di Bayswater...murah2..jadi saya sempat masuk ke beberapa kedai dalam perjalanan menuju ke Malaysia Hall...jadi saya tiba di Malaysia Hall dalam jam 3.15 ptg...selesai check in..terus ke kantin...dan mengisi perut!!!!!!
Saya berehat lebih kurang 2 jam...dan keluar semula ke kedai2 cenderamata tadi untuk membeli beberapa cenderamata untuk dibawa pulang..pada ketikan turun di lobi, saya ternampak di papan kenyataan tentang majlis agama yang akan diadakan selepas maghrib di dewan...jadi saya kira memang sempat untuk majlis agama tersebut sekembalinya dari 'membeli belah'...
Program agama yang diadakan adalah program mingguan..bacaan yasin dan tahlil beramai2 dan solat isya' berjemaah...selesai tahlil...diadakan tazkirah untuk santapan rohani...saya terdetik..kalau di Cardiff dengan kapasiti muslim yang ramai..bagus juga kalau dapat diadakan program seumpama ini...pengisian tazkirah juga seolah2 memberi makna yang tersendiri....Ustaz Erfino, memberi tafsiran tentang surah An-Nur ...mengenai hubungan sesama manusia...bagaimana berurusan yang sepatutnya dalam Islam...dan beberapa bacaan untuk menyenangkan jiwa...saya berasakan seolah2 selari dengan salah satu tujuan yang saya harapkan apabila kembali ke tahanair nanti...
Selesai majlis tersebur, kami dijamu dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh warga2 keluarga dan pelajar2 Malaysia di London...banyak juga 'pot luck' dengan kuih muih tradisional melayu..memang langkah kanan...saya dapatlah juga beramah mesra dengan mereka yang masing2 bertanyakan saya kerana tidak pernah nampak saya sebelum ini..hehehe..inilah hikmah namanya..mendapat kata2 semangat di siang hari....dan santapan rohani di malam hari...dan berkenalan dengan warga Malaysia di London yang ramah2 belaka... saya berasa terharu dengan program seumpama ini, merapatkan ukhuwah rakyat2 Malaysia di samping dapat memperingatkan serta menguatkan iman kepada Yang Maha Esa...
Selesai majlis tersebur, kami dijamu dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh warga2 keluarga dan pelajar2 Malaysia di London...banyak juga 'pot luck' dengan kuih muih tradisional melayu..memang langkah kanan...saya dapatlah juga beramah mesra dengan mereka yang masing2 bertanyakan saya kerana tidak pernah nampak saya sebelum ini..hehehe..inilah hikmah namanya..mendapat kata2 semangat di siang hari....dan santapan rohani di malam hari...dan berkenalan dengan warga Malaysia di London yang ramah2 belaka... saya berasa terharu dengan program seumpama ini, merapatkan ukhuwah rakyat2 Malaysia di samping dapat memperingatkan serta menguatkan iman kepada Yang Maha Esa...
Keesokan harinya saya setelah 'check out' dalam pkl 11 pagi..saya bergerak berjalan2 ke Kota London..sempat membelikan botol susu di Mothercare yang dipesan sepupu..(ada sale...katanya)..dan juga untuk anak saudara sendiri..Kemudian ke gedung membeli belah terkenal Harrods...memang sangat dahsyat prestij gedung membeli belah tersebut..boleh dibayangkan....seolah kompleks membeli belah dalam hotel lima bintang!sapaan setiap jurujual dan pengawal pintu memang tip top...memang patut dengan prestij.nya..saya hanya 'cuci mata' di setiap aras..dan ke 'gift shop' membeli beberapa cenderamata yang 'mampu' dibeli..sebenarnya..nak dapatkan 'shopping beg' harrods tu je...jadi 3 item yang dibeli...saya minta dan dapat 3 beg plastik!!IBeg plastik itu sahaja dah boleh buat 'souvenir!'...
hehehe..Susunan masa ke stesen bas menuju ke airport dapat dicapai dengan 'cantik' sekali..selesai mengambil semula beg yang disimpan, saya ada lebih kurang setengah jam sebelum masa bas ke airport Heathrow...semuanya cantik tersusun urusan transit saya di London sebelum pulang ke tanahair...,maka saya dapat merasai sendiri ke terminal 4 airport heathtow.....penerbangan juga lancar..tidak dilewatkan...dan sepanjang perjalanan...walaupun mengalami 3 kali 'turbulence' yang boleh tahan 'seram;..alhamdulillah..perjalanan selama 12 jam lancar...
Alhamdulillah...memang saya rasakan takdirnya saya berniat untuk bermalam di London sebelum pulang bercuti membawa hikmah yang tersendiri..mungkin memang niat saya pulang untuk membantu orang tua dengan urusan perkahwinan..dan paling penting..,untuk menjaga Baba yang tidak sihat..mengalami 'mild stroke' sejak diserang dengan darah tinggi yang teruk beberapa bulan lepas..dan Mama yang juga tidak berapa sihat...tidak boleh terlalu penat dek kerana diabetes yang dihidapi..dan juga tujuan saya untuk menenangkan hati, fikiran, jiwa dan mencari ruang untuk melepaskan segala masalah yang berlaku sejak 2,3 bulan yang lalu...insyaAllah dikurniakan Allah..sebagai permulaan...saya diberi suntikan semangat dan pembersihan jiwa...
Saya berharap saya dapat memaksimakan waktu yang ada bersama keluarga..dan mendapat berlipat kali ganda semangat dan motivasi untuk melunaskan tanggungjawab mendapatkan ijazah PhD secepat mungkin..Amin Ya Rabbal Alamin..
End.
alhamdulillah, selamat sampai ... hope u can spend your quality time with your family ... may Allah bless you
ReplyDeleteAlhamdulillah, sampai akhirnya kak izan ke pangkuan keluarga.. enjoy every moment k? semoga baik2 sahaja semua di sana.. :)
ReplyDeleteCik Izanggg !
ReplyDeleteMintak contact no la...
Keyoll
nice blog... http://dslrjourney.blogspot.com
ReplyDeletekak izan..seronot baca citer kak izan! semoga bergumbira di mesia!!
ReplyDeletejoy...
ReplyDeletekalau la dpt amik contact no "uncle" gentle man tu bestnya!!! bole pass kat k.huda yer..hahahahah..