Sunday, August 29, 2010

Iklan kejap..

Di hari Ahad yang hening di ketika ada sesetengah orang sibuk diulit mimpi2 indah di bawah duvet atau selimut di waktu cuaca yang mula menampakkan tanda2 bertukar musim,  atau di ketika ada yang berjalan2 di bandar pada ketika jualan murah penghabisan musim yang akan berakhir beberapa hari saja lagi...atau kebiasaanya di hari ahad saya menghabiskan masa lepaking di rumah..menonton dvd atau tv...atau membaca majalah atau buku cerita yang al banyak al menimbuni...tapi minggu ini saya di sini, di sekolah menyiapkan pembetulan kertas kerja yang tidak dinafikan menyumbang kepada demam yang melanda akibat stress yang tidak dapat dilelakkan..dan ini telah bermula dari hari semalam..hari ini dan rasa2 sangat pasti akan berterusan ke hari esok ...walau cadangannya nak ke factory outlet mana tau ada apa2 yang boleh dibawa balik kampung...jadi macam tau2 je bank holiday ini..ada kerja yang menanti!huhu..

Banyak juga pembetulan yang perlu dilakukan di saat2 akhir kertas kerja ini perlu dihantar...draf pertama okay...bila bos semak semula..ada lagi BANYAK pembetulan dan penambahan yang perlu dilakukan..takpelah.bos kata...ini untuk kebaikan...untuk latihan..dan yang penting..jangan rushing..sebab rushing la ni..banyak nak kena tambah dan betulkan lagi..huhuh..okay ..okay..

Jadi..mata ku agak berpinar dan mula berpusing2..ku alihkan tumpuan sebentar pada 'facebook' yang menjadi peneman sehari2 ku..sempat jugak mencoretkan beberapa perenggan..buat iklan barang sebentar..

'Dah namanya PhD'

"Okay...ramai orang kata...perjalanan PhD ni tak mudah..yang dah dapat PhD pun kata...memang tak mudah...DAN SEMESTINYA MEMANG TAK MUDAH...

Perjalanan ini penuh berliku...macam perjalanan dari Kuala Terengganu nak ke Johor Bahru yang memakan masa 9 jam tu.....ikut la nak ikut jalan mana..lepas tu..pandu sorang ke?bergilir ke?atau ada yang teman borak untuk tak ngantuk ke...sepanjang perjalanan tu pulak..berapa kali berhenti...berehat, solat, makan dan minum.jumpa pulak buah tangan best2 untuk dibawa balik..itu blum kira kalau first time, 2nd time memandu..salah jalan ke..tersesat ke..salah ikut sign board ke..kalau dah lama2..baru familiar...yang pasti...80% pertama kena lalu jalan kampung, jalan lama yang panjang, kadang2 kalau memandu tengah malam, takda lampu, lopak sana lopak sini, mana nak nampak..kadang2 lembu, kucing melintas ke..pokok/ranting besar tumbang ke..dan kena lebih berhati2 dengan had laju......dan 20% lagi baru dapat lalu hi-way..itu pun kalau nak ikut jalan kota tinggi..ke mersing ek?atau..sekurang2nya 20% tu dah tak risau sangat....sebab dah nak sampai destinasi yang dituju...

Sama la macam ni..coretan ni nak mengingatkan diri sendiri...sekarang ni dah masuk tahun 2...secara tepat...dah hampir setahun setengah melayari bahtera PhD ni..menyusuri laluan arus gelombang yang tak menentu...semua ikut keadaan..kalau naik bahtera yang besar, walaupun sukar, boleh lagi bertahan..kerana kebiasaannya bahtera pasti ada pengemudi kapal, penentu arah kompas, nakhoda2 kapal lain yang bersama2 berganding bahu untuk sampai ke arah yang dituju.ala2 movie Master and Commander Russel Crowe yang best menjadi salah satu movie feveretku itu...tapi bayangkan ..bayangkan..kalau terpaksa merempuh dan menghadapi gelombang besar dengan sampan atau bot yang kecil..atau pun..terhampar sorang2 kat mana2 ke..dah macam Tom Hanks my all time fav actor yang hanya bertemankan 'Wilson' dalam movie Cast Away tu..tu okay le jugak..ada nak borak2 walaupun sorang2..or something to hold on to..tapi kalau berseorangan...tanpa bantuan orang lain...guane tu?

Berjuang dalam peperangan...peperangan melawan rasa buntu, .peperangan menentang rasa tidak yakin..berjuang mencari jalan penyelesaian...dan rasa malas yang datang acap kali juga akibat kebuntuan, ketidakyakinan ..peperangan melawan rasa malas...dan perjuangan disulami dengan semangat, keyakinan, sokongan dari segenap aspek...peperangan ini pasti akan dapat kita tawan!

Tapi macamana sukar pun..betapa tak pasti, betapa tak tahu pun...bersulamkan minat mendalam..fasa ini akan dapat diatasi...selalu orang cakap pasal novelty...PhD pasal dapatan baru..tentang sumbangan kita pada perkembangan dan peningkatan sesuatu bidang yang sedang kita selidiki..itu sudah pasti.atau setidak2nya..kita mencuba untuk menyumbangkan sesuatu...tapi bagi saya ianya lebih...jauh lebih berfungsi untuk melatih diri...menyelami dan mempelajari kaedah menjalankan penyelidikan secara berdikari...malah bukan aspek akademik itu saja sendiri..aspek2 kehidupan lain yang mencabar diri...perlu diatasi....itu juga yang ditekankan oleh kedua2 bos sedari awal lagi..

Jadi..kena fikirkan setakat ini perjalanan ini dah sampai ke mana..sambil tu..kenalah berehat (relaks!walau rasa dah ketinggalan...or lambat sangat ..or terasa macam kura2..jangan rush!takut tertinggal benda2 yang penting..sebab kura2 pun akhirnya sampai ke garisan penamat!)..solat (solat jangan tinggal, doa dan amalan kena berterusan)..makan dan minum (kena ada tenaga..jangan paksa..takde tenaga kang..sakit..tak boleh jugak buat keja)....berenti kejap jumpa apa2 buah tangan (kalau belaja je..tension..kena ada entertainment sket2...shopping sket, hiburkan hati..kurangkan stress.)..Rasa2 lah.. kalau diukur perjalanan dari KT-Jb tu..mungkin baru sampai Muadzam..nak kena speed dah ni...speed tapi relaks..(ade ke macam ni??)...jauh lagi nak sampai rumah ni!

Dah namanya PhD..memanglah macam ni.."

End. 

3 comments:

  1. Salam kak izan....you can do it bebeh...my turn macamana pula nnt ye? akan ku jadikan posting ini sbg inspiration...!

    ReplyDelete
  2. PhD... it's not just a PhD scroll.. but involves LIFE :)

    ReplyDelete
  3. PhD... penat!!!!.. ok dah penat menelaah keje.. dan saje jenguk Izan punye blog...baca lak pasal PhD.. alahai... ok jom balik!

    ReplyDelete