Wednesday, October 27, 2010

Lagi cerita tentang TSH..

Update : Jumaat lepas, pegi hospital untuk regular check up...dr bincang pasal result darah untuk TSH (apa TSH?Telah diceritakan dalam salah satu post yang lepas2) result darah bulan Julai..untuk hypothyroidism yang saya alami....2 bulan kebelakangan okay..tapi dia kata walau macamanapun, interpretation result dari General Practise (GP) klinik yang saya dapatkan ubat dan yang buat blood test tu tak sama dengan apa yang dr di hospital. interprete.jadi dia kata sebenarnya kalau ikutkan...tak banyak sangat improve..walau secara generalnya okay...Jadi..sebelum balik , darah saya diambil untuk ujian lagi sekali..yang keputusannya ..dapat hari ini..

Seperti biasa, sejurus selepas keluar keputusan darah, secretary dr tu, Jane akan call dan bagitau result.Dapat miscalled dari Jane masa saya tengah lunch tadi..dan bila saya call dia semula..hmm...terus dia kata ...dr kata based on result darah..saya tak makan ubat betul2..ada tak saya mis makan ubat..saya pasti..saya sangat displin tentang pengambilan ubat ni, cara makan dsbnya..sebab based on beberapa bulan lepas punye keadaan dan kesan emosi yang dialami..saya tak nak menghadapi semua tu lagi..Jane kata lagi 'it's okay for you to say no..'..alamak..mesti dia kata aku nak sedapkan ati die n dr..takut kena marah ke hapa..tapi saya memang pasti..saya telah cukup displin skrg..jadi cadangannya..Jane kata dr kalau boleh tak nak tambah dose ubat..,nanti kesan lain..kalau betul2 dos skrg dah okay..mungkin kena lebih displin, makan ikut cara yang betul biar ubat tu betul2 diserap dalam badan..dos yang ada skrg dah mencukupi..Jane tanya kalau skrg atau minggu lepas2 saya ada rasa penat2..memang..memang penat emosi, fizikal..tapi takde sampai lupa nak makan ubat tu..sebab result darah tu indicate keadaan macam tu sume..

Jadi skrg ni..apa yang saya perlu buat, ialah merekod bila saya makan hormon dan calcium setiap hari..dan check darah lagi..itu cadangannya..atau apa2 nanti dr akan call lagi..takpe lah..jadikan ini rutin...alah bisa tegal biasa..!

End.

Saturday, October 23, 2010

Ini sebahagian dari 'dipermudahkan'..

Lately banyak sangat petanda...banyak sangat hikmah yang dapat..seolah2 bagi jawapan pada semua-semua..

Apa yang pasti..kalau dulu rasa nak nangis.sket2 nak merintih..sekarang tak jadi..malahan senyuman yang diukir di bibir..senyuman di hati..senyuman di jantung, senyuman di kalbu..moga2 ini berterusan..

Kalau dulu sket2 nak stress, sket2 nak sedih..skrg ni cepat2 muhasabah diri...cepat2 ingatkan diri..bahawa semua yang berlaku adalah apa yang dipanggil 'DIPERMUDAHKAN'...moga2 ini berterusan..

InsyaAllah..ini semua dalam proses 'dipermudahkan hingga ke akhirnya'...ungkapan doa yang saban kali dilafazkan pada Allah setiap kali sujud dan mohon padaNya..

Dan yang paling penting..ada sahaja kawan2 dan kaum keluarga yang memberi peransang, peringatan, kesedaran,  sumber inspirasi dan motivasi bagi menjalani hidup ni..meneruskan semua ini..

Dan moga2 di saat menghadapi semua ini...diri ini sentiasa mengingati bahawa segala pancaroba yang datang adalah kasih sayang dariNya jua..bersyukurlah..bersyukurlah..bersyukurlah diri..

Ingatlah diri...keikhlasan dan keredhaan dalam melakukan dan menghadapi setiap perkara akan menjadi tunggak ketenangan dan peningkatan kesabaran yang amat diperlukan!!

Ya Allah..ku mohon..beri aku lebih kekuatan..beri aku kemudahan menghadapi segalanya..hingga ke akhirnya..Jadikan aku hamba tidak alpa dan selalu bersyukur!!

Impian anak jalanan - M. Nasir

Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah

Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan

Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama

Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman

Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman


Amin..








Monday, October 18, 2010

Dugaan tukar musim

Setiap kali nak tukar musim ni..ada saja masalah kesihatan yang akan timbul..masalah kesihatan biasa..masa musim bunga (spring) dan panas (summer)..kena hay fever...demam selsema berhari2..mata gatal, berair.bersin..berlarutan berhari2..boleh katakan setiap bulan mesti kena..setiap minggu satu 2 hari tak sah tak kena..

Sekarang ni penukaran musim dari musim panas ke musim luruh (autumn) yang mula sejuk...cold..sama jugak simptomnya.bersin,selsema, tapi rasa hidung lagi terkesan..sampai berdarah..mungkin sebab teruk sangat bersin..dan teruk sangat selsema air..argh..selsema yang kuar air ni lagi perit idung!Biasanya kalau tengah sakit2 macam ni..saya cuba mengelak dari nak buat eksperimen yang mana kalau masa sihat pun..kalau tak berhenti bermain dengan sampel .yang ada pakej kandungan logam2 berat itu..huhu.pasti ada kesan kesihatan sikit2..tapi kalau dah berlarutan...nak buat macamana..mahu tak mahu.kenalah redah saja.

Dan hari ni..selsema lagi..bersin lagi.minggu lepas ada sehari tak datang skul sehari sebab bersin yang amat dahsyatnya..sebab sebelum2nya tengah2 selsema n bersin sket2 tunjuk terer datang jugak..tapi rasa2nya macanapun...takkan nak biar macam tu...cuba lah pakai apa2 alat yang patut nak tutup idung ni nanti..hari ini..ingat nak buat rancangan eksperimen lagi..tak tau bertahan berapa lama...Bukan apa..bila tak datang..rasa tak sedap..macam tak buat keja..macam tak konsisten..kita tak tau apa yang member dalam team tu kata kan..walaupun depa tau masalah kesihatan kita..suruh kita jaga diri..suruh kita balik rehat.tapi kang diorang kata kita manjakan diri sangat pulak..so mau tak mau...kenalah gagahkan diri jugak..semoga diri ini ikhlas setiap kali melangkah ke skul dan menjalani hari2 di sana..Tapi agak2..kalau datang jugak hari ni..bersin teruk macam selalu..rasa2 orang opis suh balik tido macam selalu..hmmm...diorang pun takut jugak germs ni terjangkit kat diorang n pada orang lain.jadi.badan tolonglah kuat...

Dugaan kesihatan salah satu dugaan dalam PhD ni...SV pun dalam report first year siap tulis masalah tiroid yang saya hadapi sebagai salah satu isu dalam pengajian saya ini..sebab itu.beliau selalu tekankan jangan paksa diri...selalu bertanya tentang kesihatan saya..syukur sv yang memahami dan mengambil berat...sebab itu saya seboleh2nya tidak mahu masalah2 kesihatan lain turut membelenggu perjalanan pengajian saya ini...

Hari ni..cuba la pegi skul..kalau teruk...kena la balik huhu!baca buku kat ghumah dalam fleece blanket!