Tuesday, March 9, 2021

Lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Kenapa Tuhan menggerakkan untuk menzahirkan 'Nota Menghadapi Manusia'? @'Nota Menghadapi Manusia' - dari Nota menghadapi 2016. Benarlah, Allah mengetahui atas setiap sesuatu kerana untuk mempersiapkan diri atas apa yang berlaku. MasyaAllah, Subhanallah, Allahuakbar , Alhamdulillah ya Rabb, Alhamdulillah. 

Tidaklah diuji seseorang itu melainkan Allah ingin menaikkan darjatnya kerana kesabarannya. Allah maha mengetahui atas setiap sesuatu.

Cerita di belakang tabir, segala keringat dan pengorbanan, ketahanan mental, emosi, fizikal ada masa tergadai dan dipertaruhkan. Semuanya ditelan dan diharungi.

Yang melihat hanya menyaksikan dari luaran, dalaman hanya Allah yang mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. 

Seperkara lagi ya , anak-anak saya dari 
Act of Kindness & Gerobok Rezeki UMT
 dan ada yang dari 
UMT Crew
 , juga dari 
Green Ranger UMT
 memang all rounder, kenapa all rounder? Orang yang hanya melihat dari luar memang senang nak menelah, tapi hakikat sebenar mereka langsung tidak mahu bertanya atau ambil peduli, tetapi membuat telahan salah. Baik-baik ya, hukum memfitnah itu berat. 

Ini harga yang perlu saya bayar, tetapi bukan cuma ini episod yang perlu dilalui, tetapi pernah dilalui, dan tidak gentar untuk melaluinya lagi. 

Kalau tidak faham makna kebajikan, lebih baik berdiam dari berkata-kata. Turun padang, saksikan dengan mata kepala sendiri, pasti akan mengerti. 

Ada yang pernah bertanya kepada saya, sudah lama saya tidak menulis panjang di ruangan ini. Sebabnya terlalu banyak yang boleh dan hendak diluahkan tetapi terlalu sedikit masa dan tenaga yang ada. Kalau hendak menceritakan, terlalu banyak sehingga tidak boleh memilih episod mana yang harus diungkapkan. 

Saya memang memperjuangkan hal kesantunan, kebajikan dan sahsiah pelajar. Tidak termasuk lagi bicara soal adab dan budi pekerti yang semakin meruncing. Tidak perlu sehingga saya perlu senaraikan di sini apa yang telah saya usahakan dengan sokongan ramai pihak yang memahami. Nah, ayat ini pun nanti akan mengundang telahan lagi, oh nak menyebut apa yang telah dilakukan? Menunjuk-nunjuk katanya lagi.

Memaafkan dan melupakan? Saya cuba. 

Pegang teguh kepada Ehsan dan Ikhlas.

Anak-anakku yang terpalit dalam rencah ini, percayalah ini menguatkan jiwa dan semangat kita, kerana kita mampu, kita diuji begini. 

Alhamdulillah ya benarlah doa saya sedang dimakbulkan, doa untuk diberi kekuatan, kesabaran dan ketenangan, walau kadang2 tewas dan dihadapi dalam keuzuran dan tangis yang tak terlihat

Friday, January 4, 2019


For a wonderful and glorious year ahead. 


InshaAllah all is well 

Happy New Year 2019!

Saturday, May 14, 2016

Tentang rasa


Semua rasa ada..bercampur baur; paling heran kenapa rasa down (bukan down kat diri sendiri.. tapi rasa down memikirkan realiti di sekeliling hanya dengan tulisan yang disampaikan; tulisan yang kita lihat, tulisan yang kita dengar) lepas baca few of the stories? how can u let yourself helplessly drowned into that emotion? banyak tauladan sebenarnya ..yang kita x pernah perasan, endah dan fikir.. few times i just paused .. and his thought, language, what he poured in this .. were put perfectly into place.. fuh terernya Sir Saharil Hasrin Sanin ni! 

Get yourself a copy of Saharil's Cerpen-Cerpen Underground!
*jiwa rasa dekat dengan 'Baru' dan 'Lama', familiar stories from previous publication but in those two you just made me missing UK and Cardiff particularly more, Sir! 
Thanks Anggerik Rimba yang telah 'memperkenalkan' kita :)





Monday, January 4, 2016

Nota Menghadapi 2016


Kalau rasa tak tenang, daripada bertambah gusar, gundah gulana berbicara dan meluahkan dengan manusia, berbicaralah dengan Tuhan. Jangan sesekali lupakan Dia dalam hilai tawa dan esak tangis.
Kita beri ehsan dan ikhlas. Ehsan dan ikhlas orang lain kalau boleh dirasai, alhamdulillah. Kalau ehsan dan ikhlas yang dicari tapi rasa gusar dan sedih yang dapat; biarlah.
Selagi kita telah cuba semampunya untuk memudahkan dan menggembirakan orang lain, itu membuat kita bahagia. Tapi kalau itupun tidak cukup bagi mereka, biarlah.
Pandangan orang macam-macam. Dalam sekelip saat benda yang baik jadi buruk, benda yang buruk jadi baik. Alangkan fitnah boleh berlaku di mana-mana, inikan pula telahan salah.
Kalau sudah bertubi-tubi hati dan jiwa diasak tekanan kerana terlalu banyak persoalan, kali ini ingin dibiarkan saja. Telah cuba sedaya upaya menjalin hubungan baik sesama insan, kalau masih ada luka yang belum sembuh dan parut yang masih belum hilang, biar waktu dan keadaan menentukan. Buang saja jauh-jauh kalau perlu agar semua bisa dan perit tenggelam jauh di lubuk dasar dan tidak diketemukan lagi.
Tapi kenangan yang pernah hadir walau manis atau pahit ianya pengajaran paling berguna. Memaafkan itu mampu, melupakan itu sukar. Kunci redha maksima adalah memaafkan dan melupakan. Ini yang paling sukar nak dicapai. Tapi akan cuba semampunya.
Bila semuanya sudah dilakukan, inshaAllah yang mendatang lepas ini akan diterima dengan hati terbuka dan baik-baik saja. Walau kelihatan negatif pun, pasti pengakhiran yang baik - sekurang-kurangnya pengajaran dan pengalaman dapat mematangkan.

Sunday, January 3, 2016

STUNNED!

STUNNED!

KAWASAN penyimpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan, Pahang dan perkampungan Sungai Pengorak disyaki pu

KAWASAN penyimpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan, Pahang dan perkampungan Sungai Pengorak disyaki punca air laut menjadi merah di sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai Batu Hitam selepas hujan lebat Ahad lalu. – MINGGUAN/MAHATHIR ALI - 
(Source : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bauksit-punca-8216-laut-merah-8217-1.175688)

Inikah sepatutnya pemandangan 'penyimpanan'??? I am no EIA and bauxite expert, but with the very little knowledge I have, and CORRECT ME IF I'M WRONG ..I don't even have a chance to read the EIA report yet (which now I really think I will)..logically...mana perimeter bund? mana excess carry over/overflow containment? x nampak dari gambar ni...any reason for open air / area macam ni??? x boleh buat macam warehouse ke untuk hasil lombong ni? lengkap dengan cyclone or bag house/filter utk dust extractor? any reason? then takde land intrusion ke kalau biar macam ni? I hope ada base layer (sepatutnya)..apatah lagi carry over that red thingy to nearby water lagi2 bila (bukan kalau) hujan lebat?
That aluminium is inorganic, hazard and heavy metal!!
From other source from Minister of Transport :
"“Sebab itulah kita kaji bukan sahaja dari segi perlombongan tetapi pengangkutan juga sebab bauksit halus ini ringan dan terbang menyebabkan seluruh kawasan menjadi merah" - see??? then boleh pulak biar open macam ni? what happen to small particulate pollution to human ingestion and inhalation? We need ACTUAL and ONGOING environmental health studies! 

"Maknanya (lori membawa bauksit) bukan sahaja kena tutup tetapi pengangkutan laut pun kena kaji kerana kapal-kapal yang membawa bauksit itu kalau tidak menggunakan cara betul boleh mencemar malah apabila terumbang-ambing di laut, ia akan terbalik,” katanya" - OMG memanglah! maknanya selama ni lori2 ni takde cover ke??? nak pengsan dengar

I hope ini bukan jugak lagi sorang yang melepaskan batuk di tangga punya alasan..dah terhantuk baru nak tergadah..



Wednesday, December 23, 2015

Pemungut sampah/Scavengers : We can contribute!

Ini cerita di Kuala Terengganu. Pemungutan sampah dari rumah ke rumah masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. Kebanyakan taman perumahan masih bergantung kepada sistem tong sampah berpusat.

Kebiasaannya akan ada pemungut barangan (kitar semula) dilihat di kebanyakan semua tong sampah berpusat di kawasan kita. Sekiranya tidak terlalu membebankan, mari kita sediakan satu plastik khas untuk barangan kitar semula yang kita asingkan daripada sampah lain di rumah kita. Tiba masa untuk menghantar ke tong berpusat tersebut, kita buang bersama, tidak mengapa setidak-tidaknya kita melakukan perubahan dan menghulurkan bantuan. Ada antara kita yang ternyahmotivasi kerana walaupun sampah di asingkan, namun akhirnya ianya dicampur bersama sampah lain kerana tiada tong kitar semula khusus/pusat stesen pemindahan/pengasingan sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa. Kesemuanya menemui nasib dikuburkan di tapak pelupusan. Sebahagian besar dari kita tidak mengasingkan sampah kepada sisa kitar semula dan sisa tidak boleh dikitar semula; apatahlagi untuk menghantarnya ke pusat kitar semula kerana ianya tidak praktikal (jumlah sedikit) dan /atau tidak berbaloi (peratusan terbesar alasan rakyat Malaysia tidak mengitar semula adalah kerana kemudahan pusat kitar semula oleh kontraktor bebas adalah  jauh).

Setakat ini, selain lesen di tapak pelupusan yang ada dikeluarkan, tiada perundangan khusus yang melarang pemungut sampah ini daripada menyelongkar tong sampah berpusat. Kita tidak dapat menduga betapa pemungut barangan kitar semula ini bergantung kepada hasil pencarian mereka untuk menampung perbelanjaan seharian. Ini sebahagian dari jariah. Tolak ketepi sebentar aspek kesihatan dan keselamatan (dua aspek ini selalu diperdebatkan selain nilai estetik pada mata yang tidak dapat menahan daripada melihat aktiviti ini). Ada masanya kita kena jadi buta dan tuli bagi mereka yang tidak berdaya. Atau sebenarnya memang kita boleh melakukan sesuatu untuk membantu golongan ini, dalam memastikan kedua-dua aspek itu bukan lagi isu. Tidak semua orang memiliki pekerjaan yang boleh dikategorikan sebagai pekerjaan yang "baik". Saya juga merasakan mereka ini adalah kumpulan orang yang menggerakkan konsep 'sisa kepada kekayaan'...atau setidak-tidaknya "sisa kepada sumber rezeki".

Kita lambat laun menghampiri kewajipan mengasingkan sampah yang akan dilaksanakan di seluruh negara. Alah bisa tegal biasa. Memang tak mudah tapi lama-lama jadi habit. Sambil menyelam minum air; ini - pengasingan sisa dan memudahkan pemungut sisa. Dalam skop lebih meluas, jumlah sisa yang terpaksa dihantar ke tapak pelupusan dapat dikurangkan. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama. Kita boleh lakukan perubahan.

-----

This is a story in Kuala Terengganu. House to house waste collection still cannot be done fully. Most of the residential areas still depends on communal bins system.

Normally there are always scavengers seen in almost all communal municipal waste bin centered in our residential areas. If it's not too much to ask, please spare a bag for recyclables which we separate from other waste we generate in our home. When it's time we send our waste to these bins, we dispose them together, it's okay at least we improve our way and help.  Some of us are demotivated as even though they do separate their waste, the waste will end up mix with other waste as there is no specific recycle bins/ transfer station/separation facilities provided by authority. Everything fated to be buried in landfill. Most of us didn't separate our waste, moreover send them to recycling center due to the reason that it is impractical (little amount) and/or unworthy of sending (highest percentage of reason why people don't recycle is the fact that recycling facility is too far from where they live).

To date, other than license to scavenge in landfill that are issued, there is no specific law in our country that hinder these scavengers from exploring  communal bin. We have no idea how much these people depends on their recyclable items collected to afford their day to day basis expenses. This is apart of deeds. Put aside for a while the aspects of safety and health (these are two aspects always been debated besides aesthetic value for those who cannot withstand the sight of this act). Sometimes we need to be blind and deaf for the helpless. Or something can be actually be done to help this people; in terms to assist them in assuring those two aspects no longer an issue. Not everyone is fortunate enough to have a "decent" job. I also think that this group of people that drive the concept "waste to wealth" or at least "waste to source of fortune".

We are approaching compulsory waste separation that will be implemented in the whole nation anyway. Practise makes perfect. It's not easy but eventually becomes a habit. Killing two birds with one stone; these -  waste separation and appease the scavengers. In a bigger picture, amount of waste needs to be sent to landfill can be lessened. A journey of a thousand miles begin with a single step. We can make a difference.

Gambar hiasan diambil daripada / Image taken from:

http://patch.com/california/northhollywood/bp--the-blue-bin-scavengers-recycling-and-las-lost-treasure


Sunday, November 29, 2015

Wednesday, January 14, 2015

Oh my..such a viral..

Being too judgemental is a risk...we ourselves didn't know our end..try, try to always think positive...it's no harm ...give rooms for the FAULTIES to mend their mistakes..great lessons learnt for them ..and for us!.I believe it's the immaturity, exuberance, spontaneous eccentric effects led them to that very SIN they've committed..They're so many similar conducts happening, clearly exposing that didn't subjected to that equal treatment..they're obvious!Obvious in real life in front of our very eye everyday...They're obvious in most of our local media stream! Our LOCAL media channel! We can't deny these facts!!! And this is also HIKMAH, for me, for you and everyone out there if we can learn from this. To strengthen our deen, to care and select of what we chose to watch. We might fall onto those situation if we're not care, due to our negligence, we're so loose to debate towards what we've been served everyday. We didn't realize that we permit them but we can choose. We must care. Those conducts are not about culture, they're about the religious taught, religious guidelines, Islam as a way of life. Those limits are with reasons. If others didn't understand, we must make them understand, and yet we can still unite with each other, peacefully, without prejudice.
When words were utterly bring pain, hurting.. most importantly who are u to blaim the way they're being raised? Do you know the parents? The family upbringing? Background? Do you know maybe how hard the parents try to nurture best seeds for their daughters? They are so many reasons!! Please stop being too judgemental. Who are we to predict what will become of them. We have so far try our best to be the best analyst...all for negative output. How sad. Maybe it's just the matter of time. .do not underestimate the power of du'a..we must pray..pray for them, pray for youngsters and pray for ourselves..all walks of life..regardless age. Pray that all of us will always aware of our own conduct..show good example; the lessons learnt will significantly gives positive effects beyond words..!
In the name of justice, I don't agree with the PUNISHMENT. I'm sure they're repenting. They're so many other diplomatic way to handle this. Yes this are lessons learnt for others. I too agree this is such a wake up call for us on how we should look at this similar matter with second, third, forth, endless thought on how openness in wrong terms lead to mislead. But still, it is unfair. I don't concur.

Being too judgemental is a risk

Being too judgemental is a risk...we ourselves didn't know our end..try, try to always think positive...it's no harm ...give rooms for the FAULTIES to mend their mistakes..great lessons learnt for them ..and for us!.I believe it's the immaturity, exuberance, spontaneous eccentric effects led them to that very SIN they've committed..They're so many similar conducts happening, clearly exposing that didn't subjected to that equal treatment..they're obvious!Obvious in real life in front of our very eye everyday...They're obvious in most of our local media stream! Our LOCAL media channel! We can't deny these facts!!! And this is also HIKMAH, for me, for you and everyone out there if we can learn from this. To strengthen our deen, to care and select of what we chose to watch. We might fall onto those situation if we're not care, due to our negligence, we're so loose to debate towards what we've been served everyday. We didn't realize that we permit them but we can choose. We must care. Those conducts are not about culture, they're about the religious taught, religious guidelines, Islam as a way of life. Those limits are with reasons. If others didn't understand, we must make them understand, and yet we can still unite with each other, peacefully, without prejudice.
When words were utterly bring pain, hurting.. most importantly who are u to blaim the way they're being raised? Do you know the parents? The family upbringing? Background? Do you know maybe how hard the parents try to nurture best seeds for their daughters? They are so many reasons!! Please stop being too judgemental. Who are we to predict what will become of them. We have so far try our best to be the best analyst...all for negative output. How sad. Maybe it's just the matter of time. .do not underestimate the power of du'a..we must pray..pray for them, pray for youngsters and pray for ourselves..all walks of life..regardless age. Pray that all of us will always aware of our own conduct..show good example; the lessons learnt will significantly gives positive effects beyond words..!
In the name of justice, I don't agree with the PUNISHMENT. I'm sure they're repenting. They're so many other diplomatic way to handle this. Yes this are lessons learnt for others. I too agree this is such a wake up call for us on how we should look at this similar matter with second, third, forth, endless thought on how openness in wrong terms lead to mislead. But still, it is unfair. I don't concur.