Thursday, April 8, 2010

Hari terakhir di kampung halaman

Hampir 5 minggu percutian di kampung halaman...terasa cepat masa berlalu..tak sedar hari ini hari terakhir berada di kampung halaman...esok akan ke rumah mak saudara , berkunjung kerana seminggu selepas berlepas semula ke UK, majlis perkahwinan sepupu..jadi oleh kerana tidak dapat sama2 hadir ke majlis bersejarah itu, maka saya berkunjung 'advance'..

Hari ini akan menguruskan beberapa perkara terakhir sebelum mengemas beg buat kali terakhir...memang kepulangan ini walau 5 minggu sebenarnya dek kerana pelbagai urusan yang dilakukan, tidak terasa lama...

Melihat ayah dan mak, terasa berat kaki ini hendak melangkah...namun, inilah pengorbanan yang harus dilakukan....tapi pada masa yang sama, keinsafan ini semakin bertambah..saya merasakan saya perlu bekerja keras lagi untuk melunaskan pengajian saya dengan seberapa segera dengan cemerlang., ...menjaga kesihatan agar saya dapat menjaga keluarga dan orang tua sebaik2nya..

Memang benar orang kata, semakin banyak dugaan yang akan dihadapi dalam proses pembelajaran ini...seperti yang selalu dikatakan pada diri sendiri, semakin kita mensyukuri segala yang Allah hendak kita pelajari, kita menjadi semakin matang, belajar dari pengalaman..

Ya Allah ..berikan kesihatan terbaik, kesejahteraan, kebahagiaan buat kedua orang tuaku, adik beradikku, keluargaku, saudara maraku, rakan2ku.

.Amin Ya Rabbal Alamin

End.

5 comments:

  1. yup....i will always be by your side if u need anything...pls keep that in mind...cpt2 bis PhD...tp doakan kat saya gak ekkk (huhuhu....risau !!!)

    ReplyDelete
  2. kak izan...saya pun doakan kak izan dikuatkan hati sentiasa, dipermudahkan urusan segala. selamat jalan!!

    ReplyDelete
  3. good luck kak izan..sama2 kita doa..may u will be blessed always...

    ReplyDelete
  4. good luck k.izan.. banyak pengalaman perlu untuk kematangan diri. k.izan, wish u all the best!

    ReplyDelete