Wednesday, May 19, 2010

Hari Ibu...lepas tu Hari Guru

Bila belajar kat UK ni..baru tau rupa2nya Hari Ibu tu tarikh dia lain2 kat dunia ni..ikut tempat...kat UK..perayaan Hari Ibu disambut  pada 22 Mac lepas ..itu untuk negara Ireland, Nigeria, United Kingdom...masa tu..memang meriah la promosi..kedai2 kad..restoran2...sume pasal perayaan Hari Ibu ni..masa tu pelik jugak..kat M'sia macam takde apa..then baru realize...yang tarikh kat Malaysia pulak lain..iaitu pada 9 May setiap tahun..sama macam sebahagian besar negara2 lain di seantero dunia ni ..sama macam kat Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe..Ha..tarikh2 lain tu.kat tempat2 lain..takpe lah..tak signifikan rasanya..

Jadi dah call Mama on the very day la..masa Hari Ibu tu...saban tahun...adik2 Ijat n Isham, sekali dengan Baba..(masa Baba sihat sket...la ni tak tau la apa diorang buat pulak ek??)..ada la beli kek..satay ke..makanan best sket la..bawak balik rumah..Mama memang jarang nak makan2 kat luar ni..suka masak..kek2 yang krim2 sangat tu  pun tak berapa..kalau saya ada..boleh la masak spesial..kan.dah kat rumah tu siapa lagi chef kalau bukan Mama..,dah hari Ibu..takkan Mama yang kena masak pulak kan??
Sebagai anak, saya hanya mendoakan selalu, setiap detik, selamanya..agar Mama diberi kesihatan terbaik...kesejahteraan dan kebahagiaan dunia akhirat...Segala pengorbanan, penat lelah..didikan..dan semua perkara yang tak mampu dilafazkan dengan kata2..tidak terbalas oleh kita..Moga2 kita semua terus diberi kesedaran untuk menjadi anak yang terbaik..dapat memberi kebahagiaan kepada kedua orang tua kita..dijauhkan dari sikap lalai dan leka...jauh sekali dari anasir2 yang melukakan mereka...membawa sikap derhaka..nauzubillah...

Dekat 'wall' facebook Ain, ada 'post' video sorang pelajar Malaysia ni..buat ucapan untuk mak die...kiut dan kelakar ucapan dia.tapi memang agak tersentuh..dan baru tau..lagu latar video tu..adalah dari kumpulan indie Hujan..cari punyer cari..memang lagu khas Selamat Hari Ibu...best lagu die..jadi untuk semua ibu2 seluruh ...dunia (yang faham Bahasa Melayu je le..)..terimalah...

SELAMAT HARI IBU - HUJAN

Dengarkan lah lagu
Laguku ini
Ikhlas dari hati... Hanyalah untuk mu

Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu...
Menciummu...

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga

[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...




No comments:

Post a Comment