Wednesday, May 12, 2010

Hidup kita macam ni..Allah buat kita macam ni...

Terima kasih atas sokongan rakan2 dan saudara mara atas kata2 semangat dan yang bertanya kabar mengenai keadaan dan situasi saya ketika ini...

Ya..sebenar2nya saya tidak pernah merasa tahap tidak stabil dan 'down' begini...dulu2..masa keadaan lebih kritikal pun, mungkin kerana saya ada keluarga dan rakan terdekat di sekeliling...perasaanya tidak begini...dan mungkin, emosi tidak stabil ini ditambah dengan mood kerana masih perlu menyesuaikan diri dengan 'homesick' yang melanda sekembalinya dari kampung halaman..

Tapi..kita tak punya kuasa untuk menetapkan sesuatu perkara..bukan kehendak kita..sebab itu diberi pahala dan dosa...makruh dan harus..semuanya dijadikan kayu pengukur tahap bagaimana seseorang itu mampu menangani semua dugaan yang Allah berikan...kayu pengukur kuatnya iman seseorang..

Memetik kata2 semangat dari adinda Lukman, "Hidup kita macam ni..Allah buat kita macam ini."..hidup seseorang telah direncanakan begitu begini...sudah tentu ada hikmahnya..dan memang Tuhan tu tidak memberikan ujian kepada seseorang kalau seseorang itu tak mampu menanganinya..dan saya...mudah2an diberi lebih kekuatan untuk terus kuat menghadapi semua ini..

Saya pasti boleh..jangan ada risau lagi...

p/s : Hari ini telah menemui kedua2 sv..(latest entry : Don't wait, Don't waste your time! ) Lega rasanya..sekurang2nya terubat sedikit duka lara nestapa..

End.

3 comments:

  1. akakk, cheer up, sama2 lah kita bertabah..(wlpn kadang2 tu sy pon rasa mcm xleh nk tabah, tp terpaksa la jugak tabah-menabah) huhuhu

    ReplyDelete
  2. :) agreed with sa

    ReplyDelete
  3. Kak Izann..i know how u feel..but maybe we are in different situation sama menempuhnya ok, i do felt like lost hope sometime..tapi hidup mesti diteruskan..ganbatte..semoga dipermudahkan segalanya..aminn..

    ReplyDelete