Tuesday, September 28, 2010

Pergi semula atau balik?

Alhamdulillah dah sampai Cardiff pukul 9.30 malam tadi...total perjalanan dari Jb-KL-London- Cardiff ada la semua skali 19 jam...Ngantuksssss...bangun tido tadi sebab kepala pening..maknanya mungkin dah terlebih tido tu..so cepat2 upload apa yang patut kat facebook tu..banyak gak nak cerita..cerita balik kampung yang 10 hari tu...ya..hanya 10 hari..tapi bagi saya 10 hari yang berkualiti..duduk di rumah...spend masa untuk keluarga..Baba dan Mama tercinta..sekarang nak rehat cukup2 sebelum pergi semula ke skul..cuti sampai 29 ni..memang khas dapat rehat 2 hari sebelum ke skul..kalau tak sangap sampai keluar air mata karang..

Macam cuti yang lepas..dalam flight n dalam bas nak balik cardiff asyik nangis je..murah sangat air mata ni mengalir tak sudah2..hai..dah besar pun masih rasa macam ni..tapi kali ni macam lagi teruk je..tengah packing pun dah mula sebak nangis dah..apatahlagi masa kat airport..masa salam n peluk Baba Mama n adik beradik sampai teresak2..mata bengkak dah..dah tak peduli dengan staf yang check in n  pegawai masa immigresen tu..tu yang agaknya luggage 27 kg pun lepas je orang tu tak cakap apa pun!

Tapi skrg ni okay kot..apa boleh buat..ni jalan yang Allah dah aturkan...saya sepatutnya mmg kena bersedia menghadapi semua ini..saya harus tau ini yang bakal saya tempuh semasa mula2 ambil keputusan belajar jauh2 ni..jadi kena buat yang terbaik..dan doa jangan putus untuk kedua orang tua dan keluarga seluruhnya..mudah2an perjalanan ini semakin dipermudahkan..agar cepat2 dapat melunaskan tanggungjawab ini dengan segera dan secemerlang mungkin...dan kembali ke tanahair dapat menjaga kedua orang tua tercinta..

Jadi bila orang tanya, bila nak balik UK?Dalam hati saya kata..pergi semula UK..bukan balik..hmmm...

End.


Wednesday, September 1, 2010

Phew!!!!

Akhirnya...full draf manuskrip yang menjadi punca igauan tahap stres yang mengundang kepada demam selama seminggu (dan masih ada saki baki batuk sehingga sekarang) telah berjaya dihantar ke komiti konferens yang berkenaan petang tadi...Paper international conference yang pertama untuk PhD ini dan mudah2an sangkut la untuk jurnal terus nanti..

Macamane tak tension..campur berkampung di lab menyiapkan keja2 lab back to back untuk fill in the gaps data2 sedia ada .., interprete result, buat jadual, graf..etc..siapkan draf...hantar, betulkan,  hantar n semak semula dengan Devin, Tony n Julian......hanya dalam masa 2 minggu ...2 minggu yang tak cukup tido...2 minggu yang tak senang duduk...2 minggu yang sangat meletihkan..fuh akhirnya hari ni...lewat sehari dari dateline kena hantar ke komiti .berjaya di email...so unbelievable n unsangkarable..kat UMT punye bercinta nak buat satu artikel pun susah..ni dah terpaksa..n kena pulak sume offer suruh anta kat diorang check...jadi mau tak mau...driving force sangat maksima...Insaf pun rasa sebab bila dalam keadaan macam ni...terdetik "I should have done that earlier'..atau.."I should've wrote all the related literature earlier" atau "I should've wrote the expected discussion earlier'..and etc ..tapi takpelah..as always..past is past...belajar je dari kesilapan..ada hikmah semuanya tu..

Semalam..sementara tunggu semakan n touch up terakhir dari Julian sebelum diedit untuk dihantar hari ni..saya merasakan rasa stress ni sudah sampai ke kemuncaknya..jadi terus buat keputusan ajak kawan2 makan berbuka kat rumah...I need therapy!! Jadi terus pagi pkl 10 message sume kawan2 yang single mingle..alhamdulillah diorang sume boleh datang., tengahari  tu jugak pegi bandar pegi pasar..beli ikan, sayur sume, hantar kat rumah, ptg datang semula ke skul..duduk lagi dengan Julian 3 jam, dari pukul 3 sampai 6 ptg, menyemak secara terperinci komen dan pembetulan dari Tony dan Devin (diorang takde minggu ni..jadi memang diorang dah mintak Julian last check)..then sampai rumah 6.30 (timing dah sangat lari...waktu berbuka 8.10!) balik dengan baju pegi skul tu jugak..terus pulun siapkan sup ayam, sayur campur, cendawan celup tepung dan ikan seabass masak 3 rasa..ha..amik ko..menu hidangan berbuka untuk 9 orang!...Memang terapi..Jadi memang malam tu tidak seperti malam2 sebelumnya..tiada langsung kerja yang dibawa balik ke rumah..memang tak nak pandang langsung...jadi hanya pagi tadi..dengan tenang...membuat pembetulan terakhir yang akhirnya mendapat 'green light' dari Julian...alhamdulillah..nikmat Allah...walaupun Devin dan Tony memang takda minggu ni..ada Julian untuk back up...

Banyak benda belajar buat kertas kerja tentang kajian dan eksperimen yang tak pernah dibuat dan takde pengalaman sebelum ni...memang selama ni dok 'menyalin' je literature review...tak rephrase lagi apa sume..n sebab memang basic tak strong...so sepanjang proses menulis draf manuskrip ni...bila nak tulis bab2 mekasnisme tindakbalas lah, persamaan kimia, nak kira yang sekian mol dapat sekian mol..bersamaan sekian peratus...n sewaktu dengannya..arghhhhhhh....dan lagi kenapa data ni sekian2 ..dan sewaktu dengannya...kinetik dan tindakbalas haba la...arghghhhhhh...cakap gini pun dah pening!!!jadi baru tau betapa tak cukup study lagi..betapa tak cukup back up..baru tau ada lagi aspek2 atau parameter2 yang perlu ditambah pada masa akan datang...n apa infos yang tak cukup lagi...n pengalaman berharga bila Devin, Tony n Julian betul2 devote masa diorang..dari kenalpasti apa2 data yang tak cukup, tolong rancangkan eksperimen yang penting untuk dimuatkan dalam draf ni, dan seterusnya proses menulis draf manuskrip itu sendiri..saya kena duduk depan or sebelah diorang..macam kena interview satu2..kena verify satu2 apa yang saya dah bincangkan dan interprete dari results. so depa check satu2, betulkan ayat satu2... tunjuk satu2...tuliskan balik satu2..apa ayat yang sepatutnya ditulis (ke sebab english saya or cara saya tulis memang teruk sangat??..hmmm).....terkenang pulak...masa kat Malaysia...bile kita cube nak buat kat student kita macam tu..rasa macam pamperedkan diorang sangat..tapi bila kita sendiri dilayan macam ni..rasa tersedar ku dari lamunan...tapi tengok jugak la kan student yang macane...kesungguhan diorang tu...tapi macam saya..saya memang dah cuba yang terbaik...hehehhee...betul ni ..serius..tepuk dada tanya selera!

Dan yang bestnya dapat lagi motivasi bila Julian kata bila saya dah siapkan final draf..."it's okay..this paper comes at the right timing...u have so many opportunity to explore things that are important"...memang insaf la....onwards lepas ni...saya memang kena tulis sket2 la..masuk chapter sket2..karang nangis pulak hari2 karang bila nak tulis tesis nanti..baru paper dah macam ni..belum tesis lagi..uwaaaa!macane nak abis 3 tahun ni kalau  gini ni???Uwaaaaaa!

Walau macamanapun alhamdulillah..sekurang2nya tugasan penting sebelum bercuti telah berjaya dilunaskan...Tapi ada lagi eksperimen yang rasanya mesti  dibuat..harap2nya sempat la sebelum konferens tu nanti, ada la data2 lain untuk support data sedia ada n back up..

So setel...baru la tenang nak balik kampung ni.....Phew!!!!!!!!




















Sunday, August 29, 2010

Iklan kejap..

Di hari Ahad yang hening di ketika ada sesetengah orang sibuk diulit mimpi2 indah di bawah duvet atau selimut di waktu cuaca yang mula menampakkan tanda2 bertukar musim,  atau di ketika ada yang berjalan2 di bandar pada ketika jualan murah penghabisan musim yang akan berakhir beberapa hari saja lagi...atau kebiasaanya di hari ahad saya menghabiskan masa lepaking di rumah..menonton dvd atau tv...atau membaca majalah atau buku cerita yang al banyak al menimbuni...tapi minggu ini saya di sini, di sekolah menyiapkan pembetulan kertas kerja yang tidak dinafikan menyumbang kepada demam yang melanda akibat stress yang tidak dapat dilelakkan..dan ini telah bermula dari hari semalam..hari ini dan rasa2 sangat pasti akan berterusan ke hari esok ...walau cadangannya nak ke factory outlet mana tau ada apa2 yang boleh dibawa balik kampung...jadi macam tau2 je bank holiday ini..ada kerja yang menanti!huhu..

Banyak juga pembetulan yang perlu dilakukan di saat2 akhir kertas kerja ini perlu dihantar...draf pertama okay...bila bos semak semula..ada lagi BANYAK pembetulan dan penambahan yang perlu dilakukan..takpelah.bos kata...ini untuk kebaikan...untuk latihan..dan yang penting..jangan rushing..sebab rushing la ni..banyak nak kena tambah dan betulkan lagi..huhuh..okay ..okay..

Jadi..mata ku agak berpinar dan mula berpusing2..ku alihkan tumpuan sebentar pada 'facebook' yang menjadi peneman sehari2 ku..sempat jugak mencoretkan beberapa perenggan..buat iklan barang sebentar..

'Dah namanya PhD'

"Okay...ramai orang kata...perjalanan PhD ni tak mudah..yang dah dapat PhD pun kata...memang tak mudah...DAN SEMESTINYA MEMANG TAK MUDAH...

Perjalanan ini penuh berliku...macam perjalanan dari Kuala Terengganu nak ke Johor Bahru yang memakan masa 9 jam tu.....ikut la nak ikut jalan mana..lepas tu..pandu sorang ke?bergilir ke?atau ada yang teman borak untuk tak ngantuk ke...sepanjang perjalanan tu pulak..berapa kali berhenti...berehat, solat, makan dan minum.jumpa pulak buah tangan best2 untuk dibawa balik..itu blum kira kalau first time, 2nd time memandu..salah jalan ke..tersesat ke..salah ikut sign board ke..kalau dah lama2..baru familiar...yang pasti...80% pertama kena lalu jalan kampung, jalan lama yang panjang, kadang2 kalau memandu tengah malam, takda lampu, lopak sana lopak sini, mana nak nampak..kadang2 lembu, kucing melintas ke..pokok/ranting besar tumbang ke..dan kena lebih berhati2 dengan had laju......dan 20% lagi baru dapat lalu hi-way..itu pun kalau nak ikut jalan kota tinggi..ke mersing ek?atau..sekurang2nya 20% tu dah tak risau sangat....sebab dah nak sampai destinasi yang dituju...

Sama la macam ni..coretan ni nak mengingatkan diri sendiri...sekarang ni dah masuk tahun 2...secara tepat...dah hampir setahun setengah melayari bahtera PhD ni..menyusuri laluan arus gelombang yang tak menentu...semua ikut keadaan..kalau naik bahtera yang besar, walaupun sukar, boleh lagi bertahan..kerana kebiasaannya bahtera pasti ada pengemudi kapal, penentu arah kompas, nakhoda2 kapal lain yang bersama2 berganding bahu untuk sampai ke arah yang dituju.ala2 movie Master and Commander Russel Crowe yang best menjadi salah satu movie feveretku itu...tapi bayangkan ..bayangkan..kalau terpaksa merempuh dan menghadapi gelombang besar dengan sampan atau bot yang kecil..atau pun..terhampar sorang2 kat mana2 ke..dah macam Tom Hanks my all time fav actor yang hanya bertemankan 'Wilson' dalam movie Cast Away tu..tu okay le jugak..ada nak borak2 walaupun sorang2..or something to hold on to..tapi kalau berseorangan...tanpa bantuan orang lain...guane tu?

Berjuang dalam peperangan...peperangan melawan rasa buntu, .peperangan menentang rasa tidak yakin..berjuang mencari jalan penyelesaian...dan rasa malas yang datang acap kali juga akibat kebuntuan, ketidakyakinan ..peperangan melawan rasa malas...dan perjuangan disulami dengan semangat, keyakinan, sokongan dari segenap aspek...peperangan ini pasti akan dapat kita tawan!

Tapi macamana sukar pun..betapa tak pasti, betapa tak tahu pun...bersulamkan minat mendalam..fasa ini akan dapat diatasi...selalu orang cakap pasal novelty...PhD pasal dapatan baru..tentang sumbangan kita pada perkembangan dan peningkatan sesuatu bidang yang sedang kita selidiki..itu sudah pasti.atau setidak2nya..kita mencuba untuk menyumbangkan sesuatu...tapi bagi saya ianya lebih...jauh lebih berfungsi untuk melatih diri...menyelami dan mempelajari kaedah menjalankan penyelidikan secara berdikari...malah bukan aspek akademik itu saja sendiri..aspek2 kehidupan lain yang mencabar diri...perlu diatasi....itu juga yang ditekankan oleh kedua2 bos sedari awal lagi..

Jadi..kena fikirkan setakat ini perjalanan ini dah sampai ke mana..sambil tu..kenalah berehat (relaks!walau rasa dah ketinggalan...or lambat sangat ..or terasa macam kura2..jangan rush!takut tertinggal benda2 yang penting..sebab kura2 pun akhirnya sampai ke garisan penamat!)..solat (solat jangan tinggal, doa dan amalan kena berterusan)..makan dan minum (kena ada tenaga..jangan paksa..takde tenaga kang..sakit..tak boleh jugak buat keja)....berenti kejap jumpa apa2 buah tangan (kalau belaja je..tension..kena ada entertainment sket2...shopping sket, hiburkan hati..kurangkan stress.)..Rasa2 lah.. kalau diukur perjalanan dari KT-Jb tu..mungkin baru sampai Muadzam..nak kena speed dah ni...speed tapi relaks..(ade ke macam ni??)...jauh lagi nak sampai rumah ni!

Dah namanya PhD..memanglah macam ni.."

End. 

Sunday, August 15, 2010

Other things may change us..but we start and end with Family...

Ingat nak secret2 .tapi takpelah..hehehe..sebab sangat 'teruja' nak balik kampung..tak kira la apa orang nak kata..."Aik..kan baru balik aritu.."..atau.."Asyik balik je.."..atau.."Banyak duit?"..itu sume tidak akan menggoyahkan semangat atau perasaanku menemui Ayahbonda tercinta....sebab ada misi yang mesti dilunaskan..jadi masa last call Mama aritu untuk kompimkan balik...(biasa la kan..mak...dia risau tak ganggu ke belajo..bertambang itu ini..tapi jauh sudut hati..Mama suka je anak dia yang baik ni (har har har) balik...ini yang ditekankan...ayat jiwang..." Joy cume ada Baba Mama je.."..so Mama pun tak boleh nak kata ape lagi lah..hehe...(ingat nak surprise balik raya ni..tapi tak menjadi lah..kena cakap jugak akhirnya..hmm...takpe next time.next time...)..n bagus jugak kot bagitau..Jadi Mama bley la order kuih raya or kek lapis kopi perghhhh! yang best tu untuk dibawa balik semula nanti..hehehhee..(ish..niat sudah lari ni..)

Maka dengan ini diumumkan..sebulan dari sekarang.tanggal 14/9 .dah raya 5 tu..(nak escape kena buat  ketupat, nasi himpit or kuih raya..or sibuk2 kemas pinggan, basuh pinggan, buat air bila orang datang rumah awal2 raya..hehehe) .saya akan menemani pemuda pemudi kapten kapal dan anak-anak kapal pulang ke tanahair bercuti selama 2 minggu....Moga selamat segalanya dan moga segala urusan dipermudahkan..

Bagus jugak..mudah2an kerja akan berjalan dengan lebih laju..sebab ada reward menanti..: Balik kampung

Masa nak cakap nak balik kampung ni dengan sv - Tony , seram al takut pun ada..sebenarnya dah lama aim tarikh ni..dah tau since balik aritu..tapi pikir2..kena la ada at least progress 6 bulan..atau setidak2nya 5 bulan..baru berani nak tanya..walhal..memang agak 'bahaya' kerana harga tiket balik pasti akan melambung sebab last minute..So okay la kot..dah present kat  quaterly progress presentation kat site (alhamdulillah..future works boleh diteruskan...) bulan lepas..dan beberapa result eksperimen yang dah dibincangakn...jadi alhamdulillah..dalam sebulan lepas..3 minggu lepas..ku gagahi jua bertanya sv niatku ini..dan alhamdulillah..sv kata.."of course u can..family comes first! Whatever we do..whoever we are, always remember, family comes first"..Syukur..dapat Abah Tony yang baik. dan memahami.Yahoo!!!!!Balik kampung..Ooo..balik kampung..

Alhamdulillah...abstract submission ke conference di Capetown November ini diterima...dapat tau hujung Julai lepas..sebulan jugak dapat result...dapat oral presentation...dua2 bos bagi greenlight untuk pegi... tapi...kena anta la pulak draf full paper hujung ogos ni..!phew!!Masa buat abstrak aritu tu..punye ramai tolong edit..hehehe..Julian (RA), Andrew (Project Leader), Keith (2nd sv), sume tolong check...alhamdulillah...sebab tu skrg ni..memang pulun...huhuhuhu..sakit belakang n kakiku diri lama di makmal..menyudahkan kerja2 makmal...

Hasil perbincangan dengan Julian dan ketua lab, Dr Devin (Devin ni yang recommend suh pegi conference ni lepas saya present  masa 3rd Cleer User Conference haritu..)..oleh kerana nak 'cantik'kan lagi paper tu nanti..kena buat beberapa kerja lab untuk 'fill in the gaps'..kata diorang..huhuhu..tak sangka kena hantar paper tu secepat ini.Devin pun surprise..katanya.."It's gonna be stressful I know...but do it thorough ..this has a good chance to be pre-reviewed for journal publish"... .memang agak menstresskan..sebab takde pun dia  bagitau kena antar draf paper bila..ikutkan..bulan 8...ada lagi 2 bulan tu..(tapi rasa2 memang normal la kan..tempoh masa tu?) sebelum conference...Dua2 sv n Andrew (ketua projek) tengah cuti panjang..nasib baik ada Julian n Devin ni offer tolong..Skrg ni musim sume orang bercuti..alhamdulillah..ada lagi backup...syukur..jadi oleh kerana itu..kubulatkan tekad..memang back to back kerja2 lab tanpa henti di bulan posa yang hening dan syahdu...nanti nak pasang la lagu raya sekali...mood raya sudah mari...hehehe..(mudah2an result eksperimen memberikan sesuatu yang 'promising'!.).sambil menyiapkan draf kertas kerja yang perlu dihantar ke Devin minggu depan..untuk beliau semak..cukup la 2 minggu sebelum dateline nak dihantar ke komiti konferens tu nanti.

Apa lagi..apa lagi. okay ada la sket .research update..skrg ni..sambil nak start engin di pagi Ahad ini..tulah die..nak update pasal ni dulu lah..saja..orang kata takde koje..konon2 bersemangat la nak teruskan perjuanganku sambung menulis..

Err..bila ni ek...Entry Flat baru??nanti lah...
End.












Friday, August 13, 2010

Ramadhan kali ini..

Ramadhan kali ini menjelma lagi..dan tahun ini Ramadhan kedua kali buat saya di bumi asing ini...menjalani hari-hari melaksanakan tanggungjawab, amanah yang telah dipateri..

Sungguh benar-benar saya tidak sangka suatu hari saya akan berada di sini, setidak-tidaknya di bumi asing, sebagai perantau..jauh dari bumi tanah tempat tumpah darah...syukur nikmat Allah..begitupun banyak cabaran pahit getir kehidupan pada masa lalu yang telah ditempuh, akhirnya dengan izinNya, saya dapat berada di sini....begitupun pada suatu ketika terasa diri ini terlalu kerdil berbanding orang lain....kita perlu bangkit.belajar dari kegagalan masa lalu...kita perlu percaya dan yakin dengan impian dan cita2, dan dengan doa tidak putus2, usaha dan semangat..insyaAllah...doa dan harapan kita didengari jua...kita hanya perlu bersabar..ketentuan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita..dan yang paling penting..adalah untuk mengekalkan apa yang dilalui dan dicapai kini...berserta dengan restu dan rahmat dariNYa...

Entah kenapa Ramadhan kali ini dirasakan agak berbeza berbanding Ramadhan tahun lalu..Kesayuan dan kesyahduan lebih terasa...hari pertama berpuasa...saat bertanya kabar ayahbonda...memohon kemaafan atas segala keterlanjuran, tersalah kata yang menusuk hati, mohon dihalalkan makan minum dan segala khilaf yang lain...hati sangat tersentuh, sebak..mengenangkan ayahbonda yang jauh berjuta batu jaraknya ..jauh dari pandangan mata..Mungkin kerana rentetan peristiwa yang berlaku beberapa bulan kebelakangan ini..lebih2 lagi dengan kesihatan ayahbonda yang paling dirisaukan...dan segala pancaroba yang telah dilalui...terasa jauh tempat mengadu..

Bulan Ramadhan bulan yang mulia, bulan penuh keberkatan..bulan bagi kita menilai diri , kesabaran kita, ketakwaan kita, keimanan kita..bulan penuh rahmat.. di bulan ini bulan bagi membajai segala banyak mungkin amalan, buat bekalan di kemudian hari..mencari rahmat dan keredhaan Allah..bulan kita memohon segalanya..doa2, harapan, mencari ketenangan

Saya bersyukur...berada di sini..dikelilingi rakan2 yang saling memperingatkan mengenai ibadah dan amalan kita kepada yang Maha Esa..kadang2 bila merasakan diri ini tidak kuat melawan rasa kemalasan yang melanda..ada rakan2 yang memberi semangat, memberi panduan, memperingatkan...

Dan pada malam ini, awal pagi sebenarnya...setelah kami sama2 selesai menunaikan solat tarawikh berjemaah bersama2...diberi suntikan jiwa, tentang kebesaran bulan yang satu ini...bulan kita seharusnya berlumba2 dan mengambil peluang bagi menabung sebanyak mungkin simpanan amalan bagi perhitungan di hari pembalasan..di bulan ini kita diperingatkan untuk memanjatkan doa sebanyak mungkin pada segala harapan...

Menyedari betapa saya tidak bersungguh2 dalam berserah kepadanya..beramal keranaNYa, terasa basah kelopak mata ini...Saya memang merasakan diri ini kadang2 alpa tentang semua yang telah acapkali dikatakan, diceramahkan..tentang amalan2 untuk memperkuatkan iman....walhal dalam tempoh perjuangan di bumi asing ini...segala doa dan pengharapan berpanjangan adalah sesuatu yang paling penting untuk diperlakukan...dalam kita mencari kelesaan dan kebahagiaan duniawi, kita kadangkala tidak sedar bahawa pengisian jiwa dan rohani adalah amat penting untuk memperlengkapkan diari harian kita..rentak hidup sehari -hari dirasakan lebih bermakna..

Jadi pergi…pergi kepada semua cerita duka, kepedihan berlarutan tidak berpenghujung...tenang air di laut..pasti ada ombak melanda...hanya Allah maha mengetahui segalanya...kepadaNya diserahkan segalanya..bulan ini dipanjatkan doa..moga2..episod ini akan berlalu...

Kepada semua...Salam Ramadhan..Mohon maaf atas segalanya...keterlanjuran, salah, tersilap kata...halalkan yang termakan dan terminum..Selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini dengan penuh takwa, keikhlasan dan ketenangan...

Sama-sama kita memohon agar disucikan hati, dipelihara diri, diberi kesihatan terbaik agar dapat kita menambah dan melaksanakan amalan kita dengan penuh istikamah, tawadduk...bertambah ketakwaan kita..dikuatkan keimanan kita..mencari keredhaanNya..pada setiap perkara...Amin..Ya Rabbal Alamin..




Di bulan yang mulia ini...

Kadang2 kita rasa malas...tapi tak boleh ikutkan sangat...syukur dikelilingi rakan2 yang banyak memberi panduan, inspirasi dan semangat..di bulan yang mulia ini. sucikanlah hatiku, peliharalah diriku, perbaiki kesihatanku..untuk menambah amalanku, menguatkan keimananku...






Wednesday, August 4, 2010

Stop right now!

Last two consecutive nights, I dreamt about someone I have not thought for several years...more than 6 or 7 years to be exact. I woke up from my long hours of a very quality, deep sleep I  would say and in a few seconds I wondered...What?...Why?...How?..So to stop lingering and to stop those tardiness,  I conclude...it was just a dream!But why suddenly...after all this years? I didn't intend to tell who that someone was. That someone deserves to be anonymously mentioned. They're history there; once a very sweet  and memorable one..but saddened to be remembered..

I admit I'm an affectionate and passionate person, but I hate being mushy when it comes to this. I have moved on with my life. I really do and  I must say..totally. Well thanks to the age of maturity. as it  pays me good deal!Think about it, think of all the chronological events took place, I asked myself.. How can I ended up to ..bla..bla..bla...like this??Of all the things I did, I tried.. I just thought, that's it..They're all signs., were they not??They might even not worth to begin with. Perhaps, right from the very beginning.. It  hurts, it has caused me pain. At some point, sometime I had this feeling...am I'm being cursed to receive this..am I cursed to be treated like this??But whatever it is..I kept telling myself...well..although sometimes I lost to my solemn promise..that i kept asking why must I worry about something...which doesn't really benefit me..at all??Or things which didn't appeared as I thought?Well..as the famous quotes saying...everything happens for a reason...and we shall learn from them, to be a better person..to improve our  life entirely!

I knew a great deal of what I've been through..is there any single person who knows yourself better than you?Is there any better person who understand what you feels , what you've experience than your own self?Your inner...self?Bunch of people whom I knew cares a lot about me..advices me...reminding me..awakened me..makes me realize..somehow..yes they answered most of the wonders..I really2 appreciate them..and demonstrate them in my daily life....But somehow, they're always tiny little details that could make a huge difference for all the stories..they're always little explanation  the author of any books would kept..too much details are not very good...so I shall not worry...But to my utmost concern; Recurrence is a nightmare..I have to stop...or if it can't be done..at least..to avoid such tribulation, I leave them to Allah for my ultimate source of strength and faith... I surrender to Him; the Almighty with praise and worship so that I could ease my heart, my soul for if they are not carefully cured, the wound will stay...bleed continuously....and I definitely do not want the scars to leave their marks forever....

Then to learn of what all this means, I stay positive.  I've had enough. We don't always get our instant gratification..as some of the best thing in life requires and demands years of  praying, hoping,  waiting  and most importantly, patience. So I tried..and still trying...to be as much patient person as I can... to nurture as much gentle soul as I can..to cultivate as much sincerity  as I can.. and most importantly..to train myself..not to be affected by all this interference and disturbance..so all I need...a little more laughter, a little less worry..a little more kindness..a little less hurry...and smiles...smiles all the way!

"Grant me the Serenity to accept the things i cannot change,
  The Courage to change the things I can..
  and the Wisdom to know the difference.. "

I really shouldn't be bothered any futrher...I should've known of the circumstances...I should've known what would happened..I should've known what to expect..Why I always being so complicated?Complicatedly..complicated..the complicated me...Stop!!!!!!Right now!

Wednesday, July 21, 2010

Belum lagi...

Baru perasan..lama dah tak update blog2 lain...akaun google mail yang dah diset untuk alert literature dah berminggu2 tak dilayari..beribu2 lemon dah  jadinya...jadi hari ini..aktivitinya ialah mengemaskini blog environmental dan lain2..tunggu flat baru..

Tuesday, July 6, 2010

Pindah rumah

Salam hari Selasa buat semua..

Kira-kira sejak dari post yang lepas, genap sebulan saya tidak mengemaskini blog ini..janji (janji ke??) untuk mengemaskini dalam masa yang terdekat tidak lah berapa dekat sebenarnya...banyak betul perkara2 yang perlu saya lakukan dan hadapi dalam tempoh sebulan yang lalu..yang menghalang saya waima untuk menulis walau sebaris dua ayat pun..

Jadi..sementalah mengalami ngantuk tahap maksima ketika ini, saya rasa elok saya mengalihkan pandangan saya sebentar dari jurnal yang sedang saya baca baru separuh helai...(alasan untuk tidak meneruskan pembacaan!)

Okay..apa yang nak bagitau apa sebenarnya??

Errr..saya pun takde idea nak menulis apa lagi ni. hanya ringkasnya ..selesai urusan pindah rumah, kemas rumah dalam kira2 2 minggu yang lalu....saya sempat juga mengambil beberapa gambar flat yang baru..niat untuk ditunjukkan di sini..tapi tak kesemuanya lagi...

Tentang perkara 'Nanti..tunggu' itu..saya kira..tak perlu saya perincikan di sini..cukuplah saya katakan...saya dan kawan2 sekeliling telah mempelajari sesuatu pelajaran sangat berguna..tentang akidah, amalan, ketekunan, fokus dan taqwa kepadaNya..Hikmah yang diberi Allah ini sangat menginsafkan..

Jadi..TUNGGU...'Flat baru..'