Blog ini baru didaftarkan semalam...lewat tengahari sesudah menyiapkan 'claim' dan surat keluar tugas rasmi untuk ke seminar di PWTC pada 10 hingga 13 Disember ni. Masa beritahu Lukman nak buat blog ni, Lukman tanya "kenapa kak izan tetiba rasa nak buat blog ni?"entahlah Lukman..tak tau sebenar-benarnya 'exact reason'....Rasanya bagus ada blog ini, baca blog kawan-kawan lain, rasa seronok, dan dalam pada itu, kita dapat mengingati apa yang berlaku dalam hidup, sehari-hari (kalau menulis hari-hari) .'furthermore...never had a diary before!! ' adalah dulu...masa matrikulasi...tugasan subjek English..kena tulis diari in English dan perlu disemak setiap minggu...dan lagi...saya sendiri sedang membaca 2 buah buku motivasi..yang asalnya adalah dari blog yang ditulis!! (bukan niat untuk sampai ke tahap untuk buku diterbitkan...memenangi hadiah penulisan..so on and so forth...har3!) tapi rasa-rasanya blog boleh dijadikan medium untuk meluahkan rasa, berkongsi cerita dan pengalaman..dan yang paling penting...dapat menilai, mengingati kembali apa yang berlaku, yang didapati sehari-hari..dapat dijadikan pedoman, panduan dan motivasi dalam hidup!!
Tapi berkira-kira 1) bahasa apakah yang akan digunakan untuk menulis blog ini? Bahasa Melayukah? 2) Bahasa Inggeriskah? 3) atau bahasa rojakkah? Menglish?...Hmm...rasa-rasanya takde markah yang spesifik untuk dinilai..jadi tulis mengikut hati...
Persoalan kedua...adakah tatabahasa perlu mengikut nahu bahasa yang sepatutnya? atau mengikut percakapan dan perbualan sehari?2..ya...rasanya ikut naluri, luahan perasaan...jadi itu lebih selesa...
Kesimpulannya, penulisan di dalam blog ini adalah mengikut 'suka hati'ku..
Saat ini, saya baru sampai ke kampung halaman...atau bandar halaman (betul-betul kampung di Parit Raja, Batu Pahat Johor (kampung Baba (ayah) dan di Sg Kluang, Rengit, Batu Pahat (kampung Mama (emak), Johor)..jadi di Johor Bahru, Johor ini walaupun bukanlah rupanya kampung, tapi bolehlah dikira kampung kerana definisi kampung yang biasanya adalah di mana di situlah menetapnya ayah dan bonda, dan adik beradik yang tinggal bersama...
Semalam rancangan asal nak ke rumah Ayah Shahrom (adik ayah) dan Mak Ani pada waktu tengahari...tapi dek kerana banyak benda dan kerja-kerja lain tak 'settle', hanya dapat sampai pada pukul 5.45...setelah selesai urusan di bank, mencari bahan-bahan lain untuk dimakan bersama Laksa Johor yang telah siap kuahnya untuk makan bersama-sama mereka sekeluarga...sebenarnya nak datang ke rumah diorang pada hari2 sebelum lagi..itupun Mama yang bagitau rumah diorang banjir..kali pertama cuma paras bawah lutut..tapi kali ni, 2 hari lepas, sampai paras pinggang...alhamdulillah takda sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku...
Jadi selesai menikmati makan malam Laksa Johor dan sup tulang...saya menaiki bas Ekpress Adik Beradik untuk pulang ke Johor Bahru..tepat jam 9.30 malam dihantar oleh Pipi (sepupu - nama sebenar Ahmad Afifi) yang sangatlah gentleman (setiap kali hantar saya ke Terminal bas, dia pasti akan menunggu sehingga bas bergerak!)..Namun demikian , baru saya sedari saya tertinggal handphone bersama charger yang sedang dicharging di bilik di rumah Ayah Shahrom!!!Argh!!Izan!!!!Tak sah kalau tak tertinggal barang!!
Sepanjang perjalanan menaiki bas malam tadi, mungkin terlalu letih..saya tidur terus...tidak sedar langsung bila masa bas berhenti rehat...mungkin sedih handphone tertinggal...hmm...dan tiba di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru pada jam 6.15 pagi...terus mencari public phone menelefon Baba memberitahu ketibaanku...hasrat nak naik bas je ke rumah (first time)...tapi Baba tak bagi...insist nak amik..jadi sambil menunggu Baba sampai (agak jauh perjalanan dari kawasan Skudai ke Larkin- sekurang-kurangnya 30 minit), agak lapar...makanlah sekeping Roti Canai Telur dan Teh Tarik..(nak ngumpat sket...roti canai ni spesel...mula2 nak mintak roti kosong...'waiter' dia kata 'tadak'..lepas tu saya mintak roti tampal...(mungkin ada yang tak tau...roti tampal tu ialah roti kosong dan diatasnya telur pecah tanpa memecahkan kuning telur di atasnya) ...juga 'tadak'...tapi roti telur...ade...rupa-rupanya depa dah buat roti telur siap2...hai takpe la...yang penting dapat mengisi kekosongan perutku yang telah memberikan 'signal' untuk diisi...
So Baba sampai dalam lebih kurang 7.40 pagi..dengan Mama...hmmm..mesti nak pergi pasar skali (Pasar awam Larkin betul-betul bersebelahan Terminal Bas Larkin)..ramalanku benar belaka..memang Mama nak pegi pasar..so temankan Mama...beli daun ketupat skali...n barang mentah untuk dimasak tengahari..fuh..bestnya dapat makan masakan emak!!!!n ayah Shahrom call Baba....nak pos handphone...tumpang bas!!!!yahoo!!!!!!!
Sekian buat kali ini.....
amboi kak izan, puji org lebih2 plak. panjang giler blog, buat cerpen apa nih. hehehe. well. congrates to u. tau sbb apa kak izan nak buat blog. sbb nak fly ke oversea, so mudah sket nak luahkan perasaan. HUAHAHAHAHAHA. Yahooooo.... org first bg komen kat blog nih. HEEEEEEEEE..... From lukmanmd...
ReplyDeleteLukman..bukan puji lebih2, tapi kenyataan...memang ada benarnya..kalau tak dapat cerita kat manusia, cerita kat teknologi pun sekurang-kurangnya dapat me'relief' dan me'release'kan....
ReplyDelete