Sunday, December 14, 2008

JKLB oh JKLB!!

Masa tengah dengar salah satu pembentangan ICEEMAT, saya mendapat panggilan dari Azmina (Tengku Azmina, rakan pensyarah sejabatan) pada hari kedua konferens (11/12) yang "tau tengah konferens, tapi nak jugak telefon" (ini ayat dier..heh..heh - well i know her well..such a sweet lady) bagitau pasal keputusan yang sangat 'seram' untuk saya tahu dan dengar...tapi kerana berita yang didapati adalah berita gembira, maka Azmina tetap nak telefon dan memaklumkan bahawa permohonan cuti belajar saya ke University of Cardiff, Wales, UK telah lulus di peringkat UMT!! Alhamdulillah..Mesyuarat JKLB (Jawatankuasa Latihan dan Cuti Belajar) telah berlangsung pada hari Khamis petang 4/12 masa saya tengah kalut-kalut bersiap-siap pulang ke Johor Bahru..Kebetulan Azmina dan Kak Yam (Dr Mariam, pensyarah Jab Sains Biologi - ketua jabatan yang sangatlah baik!! ) ke pejabat pendaftar, Kak Yam yang bertanyakan terus ke pegawai pendaftar, En. Zaidi. Pada hari yang sama juga saya menerima panggilan dari Kak Yam untuk memberitahu hal yang sama.

Sebenarnya masa hari pertama konferens lagi saya dah mintak jasa baik Kak Erin tanyakan pada Kak Zu (Puan Zuhaini Ali, Unit Cuti Belajar, Pej Pendaftar UMT) status dan keputusan mesyuarat tu, tapi oleh sebab takda jawapan di pej pendaftar dan dapat tahu rumah Kak Zu banjir so die cuti, (kesian Kak Zu, rumah die banjir teruk sampai paras pinggang), jadi saya bagitau Kak Erin takpe tak perlu telefon sementelah saya pun 'kurang' bersedia untuk sebarang kemungkinan...

Memikirkan semula penantian untuk mendapat kelulusan JKLB adalah sesuatu yang mengharukan. Sejak bulan Julai saya telah menghantar permohonan (kerana sepatutnya kemasukan ke Cardiff U adalah pada Januari 2009) , malangnya mendapat berita kuota permohonan ke luar negara terutamanya ke UK telah tiada...Namun begitu, sehingga akhir tahun, rakan-rakan lain yang membuat permohonan ke luar negara selain UK telah diluluskan alhamdulillah untuk mereka...saya telah dinasihatkan untuk mendapatkan tempat lain selain daripada UK...(amat faham dan maklum sebenarnya...sama seperti yang berlaku di universiti-universiti lain)..namun bukan mudah sebenarnya untuk mendapat tawaran melanjutkan pengajian dengan topik penyelidikan yang benar2 kita ingin dilakukan...tapi tak mengapa...insyaAllah ada rezeki untuk saya..dan saya tidak berputus asa, bersabar dan mendapat semangat dari ketua jabatan, Dr. Zamri dan rakan-rakan lain agar saya bersabar, tidak berputus asa, sentiasa berdoa semoga ada rezeki untuk saya nanti...berbekalkan semangat dan motivasi itu, saya menunggu sehingga terbuka peluang dan kuota yang baru untuk 2009.

Jadi alhamdulillah di peringkat UMT dah lulus, sekarang menunggu mesyuarat di Kementerian Pengajian Tinggi, baru saya betul2 boleh menarik nafas lega..alhamdulillah...terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang mendoakan..mudah2an perjalanan saya melayari bahtera PhD ini dipermudahkan dan berjalan lancar....

No comments:

Post a Comment