Sunday, June 14, 2009

Tentang supervisor

Sepertimana dalam post yang lalu, telah dikhabarkan nama kedua-dua supervisor yang ringkas dipanggil Tony dan Keith..Tony umur die 58 tahun dan Keith 60 tahun..



Masa minggu kedua saya sampai di sini, iaitu minggu pertama masuk ke ofis, dapat berjumpa kedua-dua Tony dan Keith...dua2 kata tak ada apa yang perlu dirisaukan..diorang akan make sure saya akan okay..heheheh..gaya dua2 pun fatherly je...

Tony sebagai penyelia pertama memang uruskan semuanya...hari pertama tu juga terus saya mendapat kunci 'access' ke office (hanya yang authorized saje yang boleh masuk ke office tersebut) dan juga makmal2 yang saya akan gunakan. Di segenap bilik di satu bangunan kejuruteraan memang mengamalkan sistem keselamatan sebegitu. Kemudian Tony menempah laptop baru berserta printer untuk saya yang akan sampai dalam tempoh seminggu, kemudian Tony bawa 'tour' ke cafe...(siap explain ada vege food, kadang2 ayam dia halal..), ke makmal2 bengkel, ke pejabat penyelidikan dan ke pejabat school..memperkenalkan saya kepada semua kakitangan yang berkenaan. Kemudian Tony juga bertanyakan saya perkara lain yang saya perlukan..maka saya menyatakan keperluan bersolat...dan Tony memang terus berkata 'Yes!You need that!'..Lega hati saya..dia cukup memahami kerana katanya ramai pelajar Phd di bawah seliaan beliau yang muslim..jadi dia faham...

Jadi setelah tour tersebut Tony turut bertanyakan beberapa pelajar muslim beliau yang lain di mana mereka melakukan solat...tapi kesemua yang di bawah seliaan beliau adalah pelajar muslim lelaki di mana terdapat bilik solat khas lelaki (salah seorang supervisor diorang yang uruskan dapatkan bilik tu)..jadi Tony pun terus bawa saya ke bilik loker yang memang tiada orang datang namun hanya untuk ke tandas dan membeli air dari vending machine..yang selesa kerana senyap dan ada sudut tersorok yang memang sangat selesa untuk saya melakukan solat..ini adalah kerana keadaan di pejabat saya yang berkongsi dengan 13 yang lain..dengan tiada pembahagi ruang..amat tidak sesuai untuk melakukan solat...

Pada waktu petang Tony sekali lagi datang ke pejabat dan kali ini membawa seorang pelajar beliau yang muslim dari Mesir untuk diperkenalkan kepada saya..Nasser namanya..Tony katakan Nasser mungkin boleh tunjukkan di mana saya boleh melakukan solat dengan lebih selesa dan keperluan lain muslim yang perlu...terharu jugak saya ..

Jadi Nasser bawa saya ke bilik solat lelaki yang berkenaan..katanya memang jarang sekali wanita turut melakukan solat di bilik yang sama kerana tiada pembahagi ruang..dan malahan waktu bilik tersebut dibuka amat terhad..jadi sejak itu memang tiada pelajar muslim wanita yang bersolat di situ...

Nasser turut memperkenalkan saya dengan pelajar2 muslim yang lain, antaranya Tedi (Indonesia), Fathiya (Libya) dan Iqbal (Iran)...dan seterusnya Nasser turut menunjukkan pusat bagi kegiatan muslim di mana saya boleh menunaikan solat dengan jarak 10 minit berjalan kaki dari school..lengkap dengan peta dan tunjuk arah!!Memang sangat impressive..Nasser juga memberi saya no telefon beliau sekiranya ada apa2 yang saya perlukan...

Kemudian dalam minggu itu juga saya berkenalan dengan lebih lanjut dengan pelajar2 post grad yang berada dalam pejabat yang sama iaitu Phia dari Finland...dia dengan saya saja nampaknya wanita dalam pejabat ini, dia buat Engineering Doctorat yang dah masuk tahun 3, kemudian Dane (dia ni English..tapi tak pasti dari mana), Dane buat Mphil di samping menjadi RA..tapi ada kemungkinan masternye itu akan di'up' ke PhD. Yang lain2 masih bercuti...

Jadi saya sangat bersyukur...permulaan yang sangat menyenangkan dan melegakan buat saya...

End for now..

9 comments:

  1. hmm ;) muka Sv2 itu mmg ade "Chemistry" :D

    ReplyDelete
  2. happy to hear thatu are doing fine there

    ReplyDelete
  3. Zila,

    Memang..bilik diorang tu sebelah menyebelah...selalu je nampak diorang tu dok sama2 depan komputer buat keja sama2..comel je..heheheh(sebab kalau diorang ada memang pintu bilik dibiarkan terbuka...)..chemistry antara depa memang ada...macam takde beza 1st n 2nd supervisor...bley jumpe mana2...tak kisah pun...harap 'chemistry' dengan kak izan pun ada la sepanjang 3 tahun lagi nanti...

    ReplyDelete
  4. Qila,

    Mudah2an...berterusan sampai ke akhirnya..

    ReplyDelete
  5. takde nama lain ke? ...Keith jugak?

    ReplyDelete
  6. kak izan...best3...i like..baiknya..the best part tang ada tempat solat khas tu..bagus2

    ReplyDelete
  7. hehhee akak, kat cni we all pon solat xde pembahagi antara laki ngn perempuan..

    anyway, hehe sonot dapat sV yg baik, mudaha-mudahan dipermudaahkan nt segalanya

    ReplyDelete
  8. Hanis,

    Tu la, alhamdulillah, yang research team pun pernah tanya, macana kalau pergi site nanti, kak izan nak sembahyang macane??ALhamdulillah diorang faham keperluan kita..

    Sa,
    Tu la...sebab pompuan takde pun yang solat kat situ, jadi kak izan pun tak pi la..kadang2 sebab malas nak menapak ke bilik loker tu, kak izan solat kat koridor sebelah tangga sebab jarang orang lalu..sebab bilik kak izan kat ujung skali..takpe la...yang penting dapat solat dengan aman...

    yeap...mudah2an berterusan dipermudahkan sampai ke akhirnya!!!!

    ReplyDelete