Tuesday, January 18, 2011

Cinta bersenikan diam

Setiap yang terdetik dalam hati, Allah jua yang menggerakkannya...Saat satu program qiam dirancang oleh CNN - Cardiff Nusantara Network...kumpulan sebahagian besarnya dianggotai oleh adik2 undergrad Malaysian di Cardiff..lebih kepada aktiviti2 berteraskan keislaman, kerohanian, usrah, kelas mengaji dan sebagainya, alhamdulillah telah diadakan pada Jumaat yang lalu. Entah kenapa, kali ini diri rasa kuat untuk menyertai, walau beberapa kali sebelum ini tidak dapat mengikuti kerana hal2 lain (pernah bertembung ketika saya perlu bermalam pula di skul meyiapkan segala kerja) dan hanya kerana atas alasan..tidak 'rasa' untuk pergi (ya Allah...insaf diri ini dirasakan)  Program qiam tersebut adalah merupakan qiam terakhir Ustaz Anuar (suami kepada salah seorang post grad di Cardiff) yang akan balik - back for good tidak lama lagi..(saya baru tahu itu merupakan program beliau terakhir bersama CNN).

Alhamdulillah, banyak ilmu berguna yang diperolehi, bacaan al-quran, ceramah  dan solat sunat taubat sebelum tidur, dan bersolat tahjud, hajat, taubat dan solat witir semasa bangun pagi...semuanya memberikan kesan amat mendalam...apa yang saya rasakan adalah tatkala Ustaz memberi kuliah subuh pada pagi itu, tentang perhubungan, tentang jodoh..(tidak dinafikan, topik ini yang semakin diasak kepada saya hari demi hari, tahun demi tahun..sehingga saya tidak mampu untuk memikirkannya lagi!!) jadi, seolah2 memberi gambaran, ini mungkin sebab Allah gerakkan hati saya untuk datang...

Kesimpulan dari kuliah berkisar mengenai persoalan di atas, 
1) Alangkah bahagianya seorang suami apabila mempunyai seorang isteri yang solehah. Dan untuk seorang lelaki mendapatkan isteri solehah, perlulah mempersiapkan diri dan berusaha menjadi seorang lelaki yang soleh. Begitu juga sebaliknya seorang wanita, atau isteri yang mengharapkan suami yang soleh. 
2) Untuk mendapat cinta tulus sesama manusia, harus mencintakan yang maha kuasa tidak berbelah bahagi, dan untuk mendapatkan cinta hakiki dari Allah s.w.t, mestilah menunjukkan rasa cinta dengan menjadi hamba yang beriman, agar mendapat kesejahteraan yang diharapkan. 
3) Ketenangan yang diharapkan dalam segala pekerjaan yang dilakukan adalah apabila kita merasakan diri terasa sentiasa dalam kasih sayang Allah...
4) Mencari pasangan yang sekufu...pengertian sekufu dalam segenap aspek..sepertimana yang disarankan dalam Islam...agar mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan dunia akhirat..

Apabila dicontohkan dengan kehidupan para anbia' dan para sahabat nabi mengenai topik ini, saya menemui artikel ini, dan hati dan jiwa rasa tenang, damai dalam diri..tidak apa yang perlu digusarkan...seperti apa yang dikatakan oleh bonda tentang topik ini...baru2 ini...mudah2an..saya sentiasa beringat tentang ini..

Lessons learned : "Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.

Source : http://segalaceritera.com/atik/2010/11/09/kisah-cinta-agung-bersenikan-diam/

Entri ini panjang, tapi penuh makna mendalam, InsyaAllah
Saban hari diri ini terlihat banyak rakan-rakan facebook berkongsi pautan tentang cinta. dari kisah jurutera, tentang seseorang yang tak menghargai kekasihnya, cinta kerana syaitan, dan bermacam-macam lagi cerita yang menjurus kepada cinta Adam dan Hawa. Ku titipkan sebuah kisah, perkara realiti, tentang kehebatan cinta yang bersenikan diam. Mungkin ada yang pernah mendengarnya, atau membacanya, tetapi, ibrah di sebaliknya di abaikan, rasanya kerana cinta ini sukar diterima masa sekarang. Hakikatnya, bukan sukar untuk melaksanakannya, semua dari keteguhan hati kita, bagaimana untuk menepis bisikan-bisikan iblis yang cuba menyelinap di jiwa insan yang bercinta. Terpulang kepada pemikiran kita, untuk menafsirkan sebuah kisah, kisah cinta yang bersenikan diam.
*******************************************
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
*********************************************
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya. Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.


Monday, January 17, 2011

How he did that?

A dear friend, to date has published 51 journal (51!!) and 6 books, (6!!!) and he is just turned 33 this year. Despite his very young age, now getting his way to assoc. prof, I have no doubt he will be without further ado. Why refuse when one is competent, right?So we had little chat today after months...not buzzing each other..I asked him, not to how to publish such big numbers (I can't even think of having more than 10 papers!) , only to ask how he manage to persistently put all his soul in that matter.he said..you must have a strong will, and determine.and he is continuously driven by the needs to achieve certain percentages for annual performance assesment that needs to be sustained ...yes..I am quite moved by it..hopefully my determination to change my  conduct towards my study will prevail...

For the dozen times I want to say..You're such an inspiration, bro!

Saturday, January 1, 2011

I just didn't want you to have a lonely time over the break..

Baru tadi dapat jawapan email dari ketua projek research saya, Andrew bila saya kata saya tak dapek nak pegi rumah dia..Ini yang dia kata...Sweet dan sangat baik tak ayat2 ni?Dari sebelum cuti aritu, inilah kata2 Andrew masa suh datang rumah dia masa christmas break ni..dia tau saya pegi yang trip shopping boxing day krismas..menjelajah Chesire, Porstmouth dan Bicester selama 4 hari 3 malam hanya untuk shopping!!Jadi dia kata selebihnya, kalau rasa lonely, datang rumah dia..bagitau je bila2.nanti dia bawak jalan2 sekitar rumah dia..Rumah, persekitaran n kawasan rumah Andrew memang best..ala2 country living gitu..I so the like!!First time masa sampai rumah Andrew (Andrew tertinggal note book dia) masa on the way pi site,  memang terasa macam dalam movie Miss Potter..ala yang Renee Zelwenger berlakon tu ...Toby pun kata macam dalam buku cerita!Yes..memang saya sangat teruja nak pegi bila2...

Tapi saya tak dapat nak pegi pun rumah dia tu masa cuti skrg ni..tak la jauh dari Cardiff dalam stgh jam je...biasa lah staff kat Cardiff U kebanyakannya duduk jauh sket dari bandar...(sebab tu rumah Andrew tu macam ala2 country house!) tapi sebab memang cuti krismas ni sampai la opis bukak..ada aktiviti2 yang telah dirancang bersama kengkawan..dan juga mengingatkan persediaan untuk presentation kepada Tony dan Keith naik cuti ni..so saya tangguh dulu..tak dapat nak pegi walaupun Andrew dah bagi add rumah dia siap2 masa last jumpa aritu ..takpe..insyaAllah masa masih panjang..saya pasti akan datang bila2 weekend..Andrew kata bila2 je saya rasa nak jalan2 n nak lepak2..bagitau je dia..dia kata dia kan bapak saya kat sini( macam Tony n Keith cakap jugak!hehe) kena happy2..n kena jalan2 n amik opportunity jalan2 sehabis mungkin sekitar Wales ni..!!

Bila Andrew ajak datang rumah dia sebelum cuti aritu n lagi sekali dia bagitau dalam email yang dia tak nak saya rasa lonely masa krismas ni...exactly seperti tajuk entry ni...saya dapat rasa hati saya macam senyum je..tak tau apa makna..apa firasat.....kalau ikut luaran, memang tak lonely...banyak aktiviti to be occupied..and so many friends to be entertained..or to entertain..to keep myself occupied...kawan2 n kenalan sekeliling, yang tengok pun mesti kata..mana boleh sunyi dia ni...tapi hakikatnya.diri sendiri yang tau....sepi kot ..indeed, lonely..;-p

Wednesday, December 22, 2010

Tangguh lagi

Masa tengah meeting dengan Keith, Andrew n Julian untuk edit draf jurnal pagi tadi.. dapat panggilan dari Mama yang janji nak bagitau apa keputusan nak buat operation tu...so masa dapat call tu..Keith kata kita break sekejap..sambil diorang tambah air..(biasalah orang2 putih ni mesti ada teh..sambil meeting..air teh saya pun Keith dan Tony dan kadang2 Andrew yang selalu buatkan!saya tolong bawakkan mug je.cume selalu jugak la taknak sebab err..tak reti lagi hanya teh dan susu tanpa gula!.)so  Keith kata takpe lah kita break..sebab lagipun dah dekat 2 jam kami semua sama2 dok depan komputer teliti setiap ayat untuk buat suntingan terakhir sebelum draf tersebut dihantar akhir disember ini..

Jadi...keputusannya...Mama kena tangguh lagi operation tu..sebab memang dia belum sihat lagi..tak kebah dari selsema.dan sedikit demam..jadi mungkin lepas ini tangguh ke bulan Februari..sigh..macamana ni..Mama kata dr kata okay sehingga tarikh itu..

Apa yang Tuhan tentukan..adalah hikmah yang tersembunyi..Semat ni selalu dalam hati...

Joy..joy kan kuat!Kena terus kuat!

End.

Hati resah gelisah...

Sejak mama betul2 dah masuk hospital untuk operate mata dia tu...hati dah risau2..tapi perasaan agak lega sebab kakak balik sekeluarga...kakak ipar yang sibuk bermeeting pun dapat jugak balik masa weekend..adik2 cuti bergilir2...mak sedara yang adik bongsu mama pun sampai cuti nak jaga mama kat hospital..cousin2 yang cuti semester pun turun Jb dok rumah tolong apa yang patut untuk tolong2..Lega..

Tapi masa nak buat operation tu...bila check kesihatan, mama memang tengah selsema...then bila dr check ada demam sket..so tangguh operate.bila beberapa hari tak kebah n tak hilang selsema..jadi terpaksa balik rumah semula..tangguh lagi..

Kita mana nak jangka semua ni..macam saya balik bulan 9 hari tu..yang sepatutnya mama buat operation (itu pun tangguh kali ke-2)..sebab paras gula dalam darah tinggi..tapi mama suh balik jugak..jadi saya balik..jadi untuk bulan 12 ni..dengan ada assurance dari segi pengurusan nak jaga mama, nak jaga baba n ada yang nak tengok2 rumah...lagi pulak masa tu cuti sekolah..kakak n kakak ipar ada...jadi lega lah..

So hari ni mama akan check lagi...sama ada dia boleh buat operation tu..saya call mama semalam..sebab tersilap hari..ingat semalam ..tapi rupanya tadi..

Tapi apa yang buat saya bertambah sedih, bertambah dilema bila Mama berkira2 untuk tak teruskan operation tu...pikirkan adik2 yang dah susah nak arrange cuti....makcik kena datang lagi...tapi memang adik2 katanya boleh cuti emergency..tanpa gaji pun takpe..tapi apa yang mama risaukan macamana dengan Baba..baru mama cerita semalam..Baba semakin lama makin susah nak gerakkan kaki nak jalan...beberapa kali jatuh....ya Allah berderau dengar semalam...tambahan lagi..macamana dengan urusan mandi, salin lampin dsbnya.mana mungkin orang lain yang uruskan kalau tak anak beranak...

Ramai orang kata..operate mata Mama tu operate biasa..ya memang..tapi ada dua keadaan yang perlu dijaga dan difikirkan..rehat Mama dan penjagaan Baba..kalau tiada sapa yang boleh menguruskan Baba..Mama juga yang perlu buat...macamana dengan rehat selepas operate?

Yang dilema...lepas operation tu nanti..Mama sepatutnya dapat rehat secukup2nya..tak boleh buat kerja berat2..tak boleh tunduk2 sangat..tapi untuk uruskan Baba...memang perlukan semua tu....sekurang2nya sebulan rehat yang semaksimanya...dilema..tapi walau apapun..Mama dan adik2, sedara mara kerap menyatakan tidak apa apa yang perlu dirisaukan..taulah mereka menguruskannya..

Tapi..walaumacanapun...hati tak boleh tidak untuk merasa sebegini..dilema sebegini...sedih sebegini..Baba mendapat serangan angin ahmar semasa saya berada disini..bulan Januari hingga Februari yang lalu Baba telah lumpuh seluruh badan dan tiada siapa yang memaklumkan kepada saya...setiap kali saya menelefon keluarga untuk bercakap dengan Baba, macam2 alasan Mama dan adik beradik berikan....memang pada waktu itu..ramai sedara mara berkunjung ke rumah..saya tidak mengesyaki apa2..alhamdulillah..setelah 2 bulan terlantar, dengan pelbagai rawatan, alhamdulillah Baba boleh berjalan dengan tongkat dan bercakap seperti biasa (walaupun tidak lancar sepenuhnya) ..ketika saya balik untuk perkahwinan abang dan adik pada bulan 4, Baba mungkin mendapat semangat...boleh bersolat dan berjalan kadang2 tanpa tongkat..dan kesihatan beliau tidak bertambah teruk, tidak juga bertambah baik..namun kdang2 Mama dan adik2 bercerita kadang2 Baba dapat bersolat diri seperti biasa..memang kuat semangat...Ketika saya balik pada bulan  yang lalu, alhamdulillah saya dapat menikmati masa kualiti bersama Mama dan Baba....

Moga Allah memberi lebih kekuatan...dugaan ini untuk orang2 yang mampu...kena bersemangat..Mama, Baba n adik2 selalu mengingatkan jangan patah semangat..restu mereka untuk saya berada di sini...dan mereka mahu saya lakukan yang terbaik...

Segala yang berlaku kepada diri dan keluarga semuanya adalah ketentuan dan takdir dari Allah...banyak hikmah yang telah kami semua perolehi...kerana kasih sayang Allah...semua yang berlaku...Selalu berdoa untuk saya diberi kekuatan menempuh dugaan hidup...jadi ini salah satu ujian yang Allah beri untuk saya jadi lebih kuat....beberapa ujian alhamdulillah...telah dapat saya tangani...dan saya belajar untuk redha..mudah2an dengan redha..kita rasa tenang...dan tak berhenti berdoa.

Saya akan cuba untuk lebih kuat menangani semua ini..banyak perkara yang perlu saya selesaikan di sini..dan sekarang memang dalam fasa sangat sibuk dalam pengajian saya.mudah2an semua itu sedikit sebanyak dapat menyamarkan sentimental ini..

Ya Allah..give me more strengths!!

End.

Sunday, December 19, 2010

I'm the boyfriend..it's the woman...

One of my ex-student send me an article (just for joke purposes)..on 'Why we should marry an engineer'..well..all of the criterion are rather subjectives....but what I can really relate with myself is as excerpt from #2;

"An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy (e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.) And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.."

Well..to relate with what I'm facing now..I'm the 'boyfriend', my research is the 'woman'!

Really..I'm facing a very hard time of this sails..try to understand things I never knew, I never learnt before.not a bit..but I knew and aware about this from the start..so now this is it..the time has come...moving to the next phase..progressing!So I will keep on sailing...because the hardest is yet to come...my sv said.."difficulties will makes it more interesting...and you'll be tougher when you get through this...knowledge is neverending journey..so you'll be fine.."..

I'll be fine..I'm getting there..I see myself reaching it..and I'll work hard..I will..I will...

End.

Friday, December 17, 2010

Banyak........

Okay...segala cerita dan perkhabaran yang ingin diceritakan terpaksa dibekukan buat sementara waktu...rancangan untuk melakukan semua itu pada cuti krismas ini pasti tidak akan menjadi kenyataan...TERLALU BANYAK kerja yang wajib dilunaskan..tak sangka sesibuk ini..seringkas dan sesimpulnya..MAKIN BANYAK KITA ITU, MAKIN BANYAK KITA INI..sibuk ini bukan pasal hal lain, memang pasal research...jurnal paper yang kena dihantar akhir bulan ini, 'rig design' yang kena dibentang naik cuti krismas...dalam pada mencari maklumat dan menyelesaikan segala kriteria2 yang perlu, MAKIN BANYAK diri ini sedar...MAKIN BANYAK KITA TAU YANG KITA BANYAK TAK TAU...

Hanya berdoa BANYAK2 agar Allah memberikan BANYAK kekuatan dan kesihatan untuk melakukan  dan melunaskan semua tanggungjawab ini..

End.

Saturday, November 27, 2010

Have u you ever heard someone say what you really want to hear?

"You know it's not your fault..they're just weren't  the right one for you.."

Thursday, November 25, 2010

Semangat..

Hari ni ada perbincangan bagus dengan ketua projek n RA...okay dapat bayangan and semangat to move on to the next phase..

Tulah..bila datang rasa tak best...masa tu tak terus ingatkan diri sendiri ini dugaan..bila tiba bab tanggungjawab yang sepatutnya diutamakan..especially bab PhD ni..terus rasa..owh kenapa la aku buang masa pikir pasal benda2 lain tu??

Sebab mood tak best punyer pasal hari2 lepas..minggu ni balik je dari skul, sebab isya' pkl 6...malam cepat jadi tua..pkl 4 dah gelap gelita..jadi tido pkl 9 tu rasa macam dah lewat dah tu..jadi apa yang dibuat lepas balik skul je..abiskan dvd sume drama2 period bbc yang dah berkurun tak ditengok...dah beli lama..tapi tak tengok2..so kira ni memang pulun abiskan..har har har..n rasa ada bbrp lagi yang perlu dibeli dan disimpan..for my future library at home soon!