Friday, April 23, 2010

6 months check up

Ni baru saja balik dari pemeriksaan 6 bulan skali di Velindre Hospital..jumpa lagi dengan Dr Laura Moss tu..tarikh asal ditangguhkan kerana saya berada di malaysia waktu itu...dan keputusannya???Sebab dah biasa dah dengan fluctuate result paras tiroksin ni...ada masa tinggi sangat, ada masa rendah sangat..jadi macam takde perasaan je dah... jadi result darah bulan 2 haritu di  General Practise (GP) agak rendah...jadi skrg ni dr kata nak tinggikan sikit dos ubat..kalau tak dia takut saya tak mampu nak cope dengan bebanan aktiviti seharian..hmmm...sigh..

Apa2 yang terbaik lah dr...saya tak mampu nak kontrol tinggi rendah paras tiroksin tu..ubat makan...semua saya jaga..risau kalau ada apa2 yang tak okay..akan jadi gangguan sepanjang belajar ni nanti....nikmat sakit sebab kita akan menghargai nikmat sihat...nak kata boring...baru 8 tahun..orang lain lagi bertahun2...sama je dengan sakit darah tinggi Baba dan diabetes Mama...dan orang lain yang sakit lagi teruk...mereka pun bergantung dengan ubat seumur hidup..apa yang saya hadapi ni takde apa sebenarnya... 

Dr cume suruh consider kalau ada apa2 aktiviti berat2 yang agak2 meletihkan, jangan paksa..dan memang...bila balik Malaysia 5 minggu..saya takde la berjalan kaki jauh macam di sini..jadi apabila tiba2 berjalan kaki ke mana2 semula..muscle shocked..so...muscle cramp menjadi2..

Jadi hari ini seperti biasa..ambil darah untuk check lagi paras darah sekarang..cuma hari ini rasa agak letih. kerana saya telah bersetuju agar darah saya turut diambil bagi tujuan salah satu daripada sampel kajian sejarah pesakit tiroid..untuk tujuan kajian mencari kaedah rawatan lebih baik dan sesuai...nak kaji dna lah , kandungan apa2 ntah lagi ..jadi jumlah darah yang diambil ada kira2 3 kali ganda dari jumlah biasa...macam mana tak rasa nak pitam..pagi2 sebelum ke hospital hanya sempat minum air vitamin..memang ada sikit rasa berpinar2...rasa nak tertido2 pun ada...Jadi dalam bas perjalanan pulang dari hospital yang memakan masa 20 minit, memang saya sempat terlelap sekejap..

Lepas ini juga mungkin saya berkira2 nak pergi menyertai support group seperti yang dicadangkan dr. sejak dari pertemuan pertama lagi....kumpulan khas bagi pesakit seperti saya...bagus jugak ni.....pada pertemuan kali ini, Dr Moss tu sebut lagi kalau ada kelapangan, pergi la ikut..pergi sekurang2nya tengok macana...mungkin saya akan akan pergi sekurang2nya mengisi waktu, menambah kenalan, berkongsi rasa  dan pengalaman yang sama..

Satu perkara yang menarik pada kali ini...saya mendapati adanya 'Prayer Room' di Velindre Hospital ni..untuk apa2penganut agama menjalankan aktiviti keagamaan masing2..mungkin sebab hospital...sebab tu disediakan Prayer room atau lebih dikenali amnya disini sebagai 'Quiet Room'..alhamdulillah..kemudahan Allah kurniakan di mana2...kita je yang kena tentukan kita nak bersyukur bagaimana..

Perjalanan balik dari hospital tadi.. saya sempat singgah ke salah satu kedai buku kegemaran...yang kebetulan sale gile2!!tengah nak clearance sale..dapat beli 2 buku quotations yang saya suka kumpul,  1 buku cara hidup sihat (leaving organically) yang siap ada resepi masakan2 sihat tapi nampak best. hehehe dan satu novel dari pengarang kegemaran Nicholas Sparks, semuanya dengan hanya £2.46!! Lepas tu singgah pula ke Sainsbury, beli bahan2 untuk buat kek carrot walnut dan soto untuk besok!Time for therapy!

End.

Wednesday, April 21, 2010

If you wear white clothes, you'll be in peace!I am...

Alhamdulillah....

Semalam selesai sudah pembentangan bagi penilaian kemajuan tahunan (Annual Progress Review Assessment) atau lebih senang dipanggil 1st year VIVA..yang sangat saya 'geruni' selama ini..

Memang kecut perut, berdebar2 sampai rasa nak loya2 nak termuntah2 semuanya ada (loya2 n muntah2 itu memang tanda2 simpton debaran yang saya hadapi dari dulu!)..selalunya apabila masa semakin hampir..simptom2 tersebut semakin kronik ..sehinggakan pernah satu masa saya betul2 muntah!

Saya sememangnya tidak menjangkakan sebegini cepat saya akan melakukan pembentangan ini..sangkaan saya, saya akan diberi notis 2 - 3 minggu untuk membuat persediaan..sebagaimana yang dimaklumkan oleh Research Office..namun pada ketika saya berjumpa Tony mengenai pendaftaran tahun ke-2 pengajian, Tony terus memaklumkan bahawa tarikh pembentangan tersebut perlu ditetapkan, lalu pada ketika itu juga beliau terus menelefon Dr Devin (Ketua Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar) , external examiner yang dicadangkan di hadapan saya dan terus menetapkan tarikh!Ha..sekali..minggu depan, lagi 5 hari!Alamak..baru sampai minggu ni..minggu depan dah kena present dah???Fuh..dah la mood swing2 lagi ni!!

Saya yang kecut perut dan agak terpempan terus secara spontan menyatakan kepada Tony..wah..'surprisenya saya!Saya tak sangka sebegini cepat!'.namun Tony terus nyatakan..tidak ada apa yang perlu dirisaukan..ini hanyalah prosedur biasa..untuk melihat apa yang saya telah lakukan sepanjang 11 bulan kebelakang dan apa yang saya ingin lakukan pada sekurang2nya 6 -12 bulan akan datang...kata Tony beliau dan Keith tahu apa yang telah saya buat selama ini dan saya hanya perlu menggabungkan semua pembentangan saya selama ini, mengemaskini, membuat ringkasan dan perancangan saya pada masa akan datang...ye ke...tak ada yang perlu dirisaukan ke???

Dr Devin secara dasarnya tau bahawa saya memang menjalankan kerja2 penyelidikan di makmal..pada kedua2 pembentangan di peringkat school, sebagai ketua lab, Devin hadir..kerana itulah juga Tony nyatakan kepada saya mengapa beliau memilih Devin sebagai external examiner..selain latar belakang kepakaran dan kerja2 penyelidikan yang lebih kurang sama..sekurang2nya Devin boleh mengagak  dan memahami serba sedikit kerja2 saya...lagilah seram!

Dan bermulalah detik dan debaran dalam proses membuat persediaan menghadapi hari pembentangan bagi pembentangan yang tersebut..Selain saya, Toby juga turut dijadualkan untuk membuat pembentangan pada hari yang sama..maka hujung minggu kami sama2 ber'kampung' di school menelaah pelajaran dan membuat persediaan!Walau ramai yang menyatakan tidak ada apa yang perlu dirisaukan..pasti kena risau!Ini saat paling penting!

Ada dua perkara yang menarik pada hari pembentangan tersebut. Pertama sudah tentu sesi pembentangan itu sendiri..dan kedua yang agak hangat ialah pemakaian saya pada hari itu. Jadi hari yang ditentukan telah tiba..saya yang tidak pernah memakai baju berwarna putih telah memilih untuk memakai blouse putih dengan seluar suit kelabu yang dibawa dari Malaysia..blouse putih adalah pemberian kakak..kata orang..jangan memilih warna yang terlalu 'colourful' atau terlalu garang untuk sesi pembentangan seumpama ini..ya..dan saya rasa agak berkeyakinan untuk tampak sedikit formal pada kali ini..mekap sana sini sikit..tudung belit2..heheheh..okay..saya rasa saya sudah bersedia!

Dan setibanya di school..oleh kerana selama ini saya selalu memilih memakai baju berwarna gelap..hitam, kelabu, coklat, maroon, biru gelap dan warna sewaktu dengannya..jadi semua di school kata 'you look smart!.'dan ada juga 'you look different!'.alamak..selama ni buruk ke??memang ketara sangat agaknya saya memakai warna yang memang lain??hehehe..sebab saya tidak pernah memakai warna2 cerah apatah lagi putih..dalam hati saya berkata..lepas ni kena pakai pink ke??(ayo!warna yang saya paling cuba elak!hehehe)..

Salah seorang colleague, Isaac Legonda, seorang lagi pelajar PhD yang memang baik dengan saya..beliau dari Tanzania..kadang2 kami berjalan kaki pulang ke rumah bersama2 kerana hala jalan yang sama..berkata kepada saya sejurus melihat saya 'People say .if you wear white clothes, you'll be in peace!'...Hee..thanks Isaac..masin la harapnya!..Sudah tentu..kalau tidak..tidaklah untuk upacara2 tertentu..kita disarankan memakai pakaian putih....Toby yang datang ke school agak lewat juga menjerit 'Izan!You're wearing white!'..Yelah...dia pun pakai kemeja putih!Aik!macam berjanji pulak kita ni!.Apa2pun interpretasi...Ya..saya harap warna ini membawa tuah dalam pembentangan nanti selain doa, selawat dan zikir berpanjangan sebelum sesi pembentangan tersebut bermula..

Ini saatnya..sebelum sesi bermula..Tony terus membuat mukadimah yang saya sangat ingat.. 'Okay Izan..you will now present your Annual Review Progress...This is a formal procedure for the assessment...You will present a simple presentation, recap of what you've done for the whole year through and follow with questions and answers session..The questions will come out from Devin here, just to clarify a few things about your works and your research..and yet..something you don't have to worrry..so now u can proceed'..

Dap dup dap dup...dimulakan dengan bismillah..saya mulakan pembentangan...perlahan2...satu demi satu..untuk mengurangkan rasa gugup (ini saya belajar dari beberapa sesi pembentangan yang lalu..dan dari komen kawan2..semakin kita laju..kita akan nampak semakin gugup dan tidak berkeyakinan..)...dan sememangnya pembentangan ini hanya dalam bilik Tony..saya hanya duduk sambil membentangkan slide saya itu seperti yang diminta oleh Tony.

Selesai pembentangan..ha..itu dia..soalan demi soalan ditanya oleh Devin...'Okay Izan, I have about 5 minor questions and 1 major questions about your works and based on the slides'..fuh!5 ke???Alamak..dia cakap macam ni lagi la nervous!!Jadi satu demi satu persoalan yang dikemukakan..

Saya rasa harus saya kongsikan di sini bagaimana rasanya kesukaran menjawab soalan yang kita tidak jangka..Apa yang saya boleh saya katakan, sebahagian daripada soalan yang dikemukakan memang killer!Jadi saya hanya 'menggoreng'..kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menjawab kerana memang tiada jawapan..sehinggakan Tony dan Keith membantu saya untuk memberi jawapan dan penjelasan!.namun mereka menyatakan kepada saya kembali bahawa tidak mengapa, ini untuk membantu..kerana perkara2 ini yang akan saya hadapi ketika viva terakhir nanti..mereka menyatakan..inilah tugas mereka sebagai penyelia untuk menunjukkan mana yang perlu saya fokus, mana yang patut saya beri penekanan dan mana yang patut saya tinggalkan..

Rasa down dan tidak puas hati kepada diri sendiri juga sebenarnya...sudah tentu..kerana ada beberapa perkara yang kita tidak nampak atau kita tidak sangka perlu dicari atau diketahui dalam kajian kita..saya tidak begitu berpuashati dengan jawapan saya sendiri..kerana saya merasakan saya boleh memberi jawapan lebih baik..

Namun rasa lega kerana di akhir sesi soal jawab..setelah berbincang serba sedikit...Devin memberi komen 'Izan, for first year, you've done a lot of works, very good...you should carry on with what you're doing .continue on finding infos and aspects as well as focusing on what we've discuss right now..'sekurang2nya lega sedikit..

Sambil mengucapkan terima kasih..saya menyatakan kerisauan saya sekiranya saya tersasar dari landasan..benarkah saya di laluan yang betul..lalu terus Keith sebagai penyelia kedua juga menjerit 'No!'..sambil ketawa besar!..Saya terpempan..kalaulah dilihat wajah saya pasti pucat lesi ketika itu....lalu Keith menyatakan..'Of course you're on the right track..if you're not..we've pull you long before!Understand you're just on your first year..and there's still long journey ahead..and plenty of time for you to find answers...furthermore..appreciate that you've just got back from your hometown...that something u need to adjust as well.. so no worries..it's all learning process'...dan Tony..'Well done..just carry on...proceed as what Devin and Keith told..it's good for you to know what you should focus and what you shouldn't..what you should prioritized, put into account the suggestions and comments...and that's why we're here for you..to guide you'..Jadi itu dia..dalam 20 minit pembentangan dan lebih kurang 25 minit sesi soal jawab...45 mins in total..done!More details? at Comments-and-notes-from-1st-year-viva.

Alhamdulillah...teguran dan komen yang membina...memang la ramai kata..sv di UK (orang2 british) memang manis kata semuanya..tidak akan 'condemn', atau harsh pada kita.'.they just don't tell you exactly what they feel.'..tak nak downkan kita..walau hakikatnya kita ni dah buat teruk ke , salah ke...approachnye lebih pada recommendation, motivation..tapi tak kisah la..yang penting saya memang terasa sangat lega selesai pembentangan..dan ketika menyatakan apa yang berlaku sepanjang sesi pembentangan tersebut dengan Julian dan rakan2 lain di bilik saya..serta para pelajar senior dari Malaysia yang lain (Kak Haziah dan kak Suraya)..ketika saya nyatakan rasa down sedikit kerana jawapan2 yang saya tidak dapat kemukakan dengan baik...mereka semua menyatakan itu perkara biasa yang berlaku kepada semua orang..kita tidak nampak apa yang orang lain nampak..terutama mereka yang memang telah biasa dengan bidang yang kita lakukan...dengan segala kata2 semangat dan sokongan ini ..baru saya rasa betul2 lega..

Apa2pun..alhamdulillah telah selesai satu perkara yang menjadi igauan semua pelajar PhD yang telah melakukan setahun pengajian...pengesahan status pelajar PhD!Balik petang itu..terus membeli 'chocolate pudding with chocolate sauce', yang sangat lah sedap.. memasak mi goreng untuk dimakan bersama 2 pelajar undergrad yang kebetulan mahu datang melepak di rumah saya dan  menonton cerita seram dari Malaysia bersama!Tak mengapalah..walaupun cerita seram bukan dalam senarai filem pilihan..yang penting...reward!!!!

Terima kasih atas semua sokongan kawan2...saya memang perlu lebih bersemangat bagi merencanakan perjalanan PhD saya yang sangat penting ini..(entah buat ke berapa puluh kali saya ingatkan diri saya tentang ini!)..tanggungjawab ini perlu digalas dan dilaksanakan dengan lebih telus, lebih fokus kerana 2 tahun yang terakhir ini perlu dimaksimakan sebaik mungkin...benar kata orang, cabaran semakin bertambah dalam jihad menambah ilmu pengetahuan..pelbagai dugaan  dan masalah yang berlaku.seolah2 bertubi2 di ketika saya di bumi asing ini...alhamdulillah , menambah kematangan dan saya dapat menangani, memahami seterusnya menerima dengan tenang akhirnya....saya  telah menemui jalan penyelesaian..saya telah temukan titik noktah pada segala kesedihan dan kekeliruan yang berlaku..kerana memahami ini suratan yang telah ditetapkan..yang terbaik dari Ilahi...Syukur pada Allah...saya dapat mempelajari dari pengalaman, agar saya dapat berubah dan menjadi lebih baik..lebih kuat, lebih tabah, lebih sabar dan lebih tenang...Walau apa yang berlaku..saya tidak akan berpaling lagi....menilai mana yang penting, mana yang tidak ...saya tidak mahu membuang masa saya lagi!.Segala yang berlaku mesti dijadikan pengajaran dan dijadikan rencah meniupkan api semangat dalam perjalanan saya pada masa sekarang dan pada masa akan datang..dalam segala segi!

Alhamdulillah!!!!Dan lepas ni juga kenalah pakai baju terang2!!Permulaan pembaharuan yang baik!!!

End..














Sunday, April 18, 2010

Qila ke Cardiff...

12 - 15/4 Isnin sampai Khamis lepas Aqilah colleague sama2 UMT yang skrg tengah buat PhD di Egham, London n hubby Aidi berkunjung ke Cardiff kerana urusan kerja2 penyelidikan Qila di School of Biomedical Science..belajar teknik nak kultur mushroom katanya..

Rasa happy ada kenalan berkunjung ke sini..jadi hari Isnin petang tu agak2 dah puas tido dari jetlag..(mana taknya pagi pukul 1.15 pagi baru tiba Cardiff..so memang 'pengsan') la..jadi dah call Qila tanya kat mana..n masa Qila call bagitau nak datang tu betul2 baru celik dari beradu...hehehehe..


Jadi petang tu Qila n Aidi datang rumah...minum2 petang borak2 kejap dan lepas tu bawa Qila tunjuk bangunan 'school' yang dia akan pergi besok n tunjuk jalan2 area kedai yang diorang boleh pegi for the next 2 days..

Then a day before Qila balik tu kita dapat jumpa lagi sekali..dinner sama2 dan dapat la teman adinda Qila yang memang lama sangat tak main bowling katanya..skali main..fuh..patutla..striker rupanya dia ni..saya???har har har..memang kaki bangku bowling.Tak suka main..sebab tak reti main sebenarnya...hehehe..

So next day pagi Qila balik dah...off to Bristol sekejap jumpa Kak Siti Sofo..(another colleague dari UMT) sebelum balik ke London..

Harap Qila n Aidi had a good time kat Cardiff walaupun sekejap..all the best!Mmmuahsss!

Thursday, April 15, 2010

Imbasan kemajuan Penyelidikan 11 bulan kebelakang

Recap 11 month's Progress at  http://izanjay-this-study-journey.blogspot.com/2010/04/recap-11-monrhs-progress.html

Annual review aka 1st year viva


After 3 days returned from hometown, I was informed by Tony that my annual review aka 1st year viva will be held next week, Tuesday afternoon...As I've completed the annual review forms and report before I went back for the 5 weeks break and while I was away Tony has filled in the forms and submitted the to the Research Office..no wonder the date is due this soon!Tony told me there's nothing to worry, just compile and summarise all the presentations I've made thru last 11 months, mention all the works I've done to date and put one additional slide for future plan..Phew!!!!!

Well..the compilation is really not a problem..but the xtra reading will be through this weekend!!!!!!The scariest thing : Q & A !!I 've 4 days to prepare myself!!

Wednesday, April 14, 2010

Hello stranger!!!!

Yeah....setelah berehat sehari setibanya di rumah...saya gagahi datang ke ofis keesokan harinya..agak lewat..dalam pkl 11 pagi...sesudah menyiapkan buah tangan yang dibawa dari Malaysia...termasuk sedikit Wedding Gifts untuk 'research team'..

Kalau ikutkan macam masih penat..tapi dek kerana telah merebus telur untuk dimasukkan dalam bekas telur (pesan Mama...suruh rebus telur jugak...letak inci merah jugak...nak kaler merah jugak...).malam tadi..jadi..untuk fresh...saya datang juga ke ofis..setelah menyiapkan beberapa goodie bag, untuk semua research team (http://izanjay-this-study-journey.blogspot.com/) dan sedikit kuih muih untuk rakan2 di ofis..

Yea...ruih ofis setibanya saya sampai....(ye ye je diorang ni..hehehehe)..alhamdulillah...rasa happy disambut dengan sangat warmth dan havoc..rasa appreciated pun ada...jadi soalan standard...'did u enjoy ur holiday??'...how was ur holiday...?...'we missed u'..'everybody's asking about u'..bla.bla..dan jawapan standard saya "i had a great time"...dan kemudian bercerita serba sedikit tentang baba mama, terutamanya tentang Baba (ada sebahagian yang maklum tentang kesihatan Baba)..jadi update tentang itu, tentang wedding..seperti biasa..mungkin kerana perlu menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk..walaupun sudah masuk 'spring'..suhu 15 degree C, saya mengalami sedikit batuk2 setibanya di ofis..(memang selalu begitu selepas berjalan di luar)..diorang pun apa lagi..'tak habis2 lagi batuk??Ingatkan dah abis dah!)...err..dalam english lah...hehehe

Setelah agak settle down..kebetulan Toby mahu berjumpa Tony dan Keith..Toby mengajak saya sekiranya saya mahu berjumpa dengan mereka juga..jadi...membawa goodie bag wedding Along n Ijat yang sudah disiapkan...kami tunggu sebentar di luar bilik Tony...dan ...sejurus selepas Tony melihat  saya...terus beliau menjerit...'Hello stranger!!!!!!!'...Saya pun katakan 'I only left for 5 weeks..and I'm already a stranger to u??'..Har har har...kami gelak2...Terus Tony katakan 'come here'..dan terus memeluk saya..Alamak!Inilah benda2 yang kita tak dapat nak elak..!Ini supervisor ni....bukan mat saleh random yang saja2...Tony pun tak perasan agaknya...or tak tau..or tak realize...Nak buat macane ni??Anggap bapak je la...Takkan nak tolak kot n kata NO!!!!!! Faham itu budaya dia..Allah maha mengetahui...ampunkan daku!

Terus Tony membuka pintu bilik Keith yang bersebelahan (Keith tidak mahu diganggu..seperti biasa beliau akan letakkan 'Please do not disturb' di luar pintu..tapi Tony nyatakan 'Let's disturb Keith for a while'..jterus Tony katakan 'Keith..we have a new staff!'...hehehehe...jadi dengan Keith...seperti biasa..cool...sambil memberi goodie bag...tak la jerit macam Tony....'Here comes our Chloride Extraction experts!..har har har...seramnya....datang2 je dah sentuh pasal research ni..ayo...Jadi Tony pun kata 'She's rolling her sleeves already!!!!!'...kebetulan masa tu memang lengan t-shirt disinsing!!!!..ye...bos2 ku...tau la..lepas ni kena speed...'Hope u had great time..kata Keith...and you can continue with what u've been doing...with more motivation and spirit!'..Mudah2an....

Berbual dengan Andrew di bilik beliau setelah berjumpa Tony dan Keith...seperti biasa...banyak kata2 semangat yang diberikan...(saya paling sangat comfortable bercerita apa saja dengan Andrew..dan kerana Andrew paling banyak mengetahui perihal saya..dari sakit yang saya hadapi, tentang Baba dan Mama..dan sudah tentu segala permasalahan tentang kajian saya.. cume yang tidak dapat saya lakukan sepertimana pesanan Andrew sebelum saya pulang ke Malaysia adalah untuk membuat ujian darah (2nd opinion) tidak sempat saya lakukan...namun Andrew memahami masa membataskan segalanya...

Jadi hari pertama di ofis macam tu la..setiap orang berjumpa bertanyakan tentang percutian di Malaysia...bercerita lagi...biskut kacang n popia mini udang kering (favourite Julian..masa bawak raya ..Julian berkali2 menyatakan dia paling suka yang itu..jadi..memang Julian yang paling banyak makan popia tu!)..yang dibawa untuk semua..juga candy kelapa yang diletakkan di atas meja juga laju dihabiskan!Hehehehe...

"Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti...Air mata tertahan..Waktu untuk dijatuhkan..Nanti kita kan tahu..Betapa bijaknya hidup..Sepahit apapun ini..Pelajaran yang berarti"..

Kesedihan yang dirasakan sepanjang perjalanan pulang ke Cardiff sekurang2nya dapat dijadikan azimat penguat semangat...hanya doa dipanjatkan ...bagi kesejahteraan ayah bonda, keluarga tercinta...Memahami tanggungjawab dan amanah yang mesti dilunaskan...saya harus bertahan..!

End. 









Monday, April 12, 2010

Sementara menunggu subuh...

Hajat di hati nak tido, rehat..selepas meletakkan status di fb..menyatakan selamat tiba di bumi Cardiff..setibanya di rumah, sempat makan nasi ada lauk yang ditinggalkan oleh Kak Emi housemate tercinta..jadi 'kucing' di awal pagi..kerana perut berkeroncong minta diisi...walau sebelum bergerak dari Heathrow Airport telah makan Filet O-Fish Burger McD yang dibeli di KLIA..maka sambil menyemak dan mengosongkan inbox email yahoo yang sudah mencecah 450++ walau hanya ditinggalkan 2 hari..

Sekarang sudah masuk musim spring - musim bunga..waktu siang panjang...masuknya subuh mengikut Islamic Finder di Cardiff ini adalah pada jam 4.32 pagi..alang2 jam sekrg ni menunjukkan pkl 3.45 pagi..mata juga tidak mengantuk...sudah puas tidur di dalam kapal terbang dan dalam bas semasa dalam perjalanan pulang tadi.atau adakah kerana waktu malaysia sekarang adalah siang??Jet Lag???Jadi sementara menunggu subuh..saya nukilkan catatan ini..

Seluruh ahli keluarga menghantar di KLIA pagi tadi..Baba, Mama,Along, Abg Pija, Angah, Ijat dan Jue, Isham, dan anak2 saudara Jay, Syaf n Bie..hanya Zue (kakak ipar - isteri Along tidak dapat turut menghantar kerana masih berpantang di Kedah)..flight dijadualkan pada pkl 10 pagi...sampai2 di KLIA memang barisan sangat panjang...hanya tiba di kaunter check in pada jam 8.20!fuh..sipi..

Saya hampir2 tidak dapat menaiki flight pada jam 10 pagi tadi..kerana dimaklumkan oleh pegawai di kaunter bahawa penerbangan dengan pesawat MAS ke London pada pkl 10 pagi ini penuh!Hmm???Saya tidak berapa faham pada mulanya.over capacity katanya..macamane boleh terjadi hal sedemikian??.bagaimana dengan keadaan sedemikian???Saya membayangkan penumpang tiada langsung tempat duduk??Atau bagaimana??juga pegawai berkenaan tidak begitu pasti penerangan yang bagaimana..beliau menyatakan bahawa MAS memaklumkan dan memberi tawaran kepada semua penumpang ke London yang mendaftar terkemudian untuk menaiki pesawat pada sebelah malam, dengan gantirugi wang dan hotel untuk menginap sementara menunggu pesawat kemudian...Hmm..

Apakah hikmah yang tersirat??Namun alhamdulillah...pegawai yang berkenaan cuba untuk mendapatkan satu tempat duduk untuk saya..dan .alhamdulillah..betul2 tinggal satu seat yang tinggal..rezeki Allah katanya...dan saya dapat menaiki pesawat pada waktu yang ditetapkan...Kalau ikutkan hati, memang berat kaki mahu melangkah pergi...kelewatan beberapa jam boleh juga mengubat rasa sebak di hati..namun, kalau makin ditangguh, semakin sebak rasanya...sementalah saya juga telah membeli tiket bas pulang ke Cardiff dari Heathrow..jadi sekiranya mahu menukar waktu bas adalah sangat suntuk..dan bimbang juga tiada kekosongan dalam waktu2 singkat ini..Jadi, mendapat tempat yang hanya tinggal satu itu...mungkin memberi saya satu pengajaran bernilai...dan beringat..Allah maha pengasih dan penyayang!Berat beg yang mencecah 27 kg juga tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan!Alhamdulillah.

Perasaan sebak, sedih dan terharu untuk berlepas ke UK pada kali adalah berganda2 sedihnya..saat bersalaman dengan kedua orang tua, Baba n Mama adalah saat paling sukar..saat bersama mereka pada waktu 5 minggu yang singkat ini memberi pelbagai rasa..keinsafan untuk menjaga mereka bertambah2..dengan keadaan Baba yang baru sedikit pulih dari serangan angin ahmar..dan kesihatan Mama yang tidak berapa sihat.dek kerana diabetes yang dihadapi...tidak boleh terlalu penat....juga ketika bersalaman dengan abang sulung Along yang mengalami kematian anak sulung dalam kandungan 7 bulan, difikirkan kembali..pelbagai dugaan pada 4 bulan kebelakangan sebelum saya pulang bercuti di Malaysia ini..saya kira sepanjang 5 minggu ini...berjumpa sanak saudara dan rakan2..saya mendapat ketenangan sepertimana yang diharapkan...insyaAllah..

Okay..ada lagi 10 mins..apa lagi??sebilangan kawan2 mengetahui bahawa Mama akan menjalani pembedahan membuang selaput mata yang pada asalnya dijadualkan pada 15 April..telah ditangguhkan pada 16 September...banyak pertimbangan telah dilakukan.kerana sekiranya diteruskan pada tarikh asal yang berkenaan...situasi tidak sesuai...memang orang kata ini adalah pembedahan biasa, pembedahan kecil...namun dengan keadaan Mama yang menjaga Baba...dan keadaan selepas pembedahan yang menuntut rehat yang cukup...saya sangat sedih ketika2 mula2 diberitahu tentang ini...malahan saya turut2 berkira2 untuk melewatkan tarikh balik ke Cardiff.Sekurang2nya saya dapat menjaga Mama di wad..dan menguruskan Baba serta rumah serba sedikir...Memang adik2 Ijat n Isham menenangkan ...dengan memberitau mereka ada untuk menjaga..sepertimana amanah sebelum ini..namun...hati..tidak dapat tidak..terkesan..Namun setelah berjumpa semula Dr...Dr menyatakan tarikh baru tersebut dengan jaminan tiada apa2 yang berlaku sekiranya pembedahan ini ditangguhkan sehingga tarikh itu....

Dan betul kata kawan2 yang pulang bercuti...memang saya tidak langsung 'menyentuh' hal2 pembelajaran saya..kalau ada masa sekalipun..memang tiada mood dan semangat untuk menelaah..dek waktu yang ada dihabiskan, semaksima mungkin bersama ayah bonda dan keluarga tercinta..apa yang saya buat hanya menyemak email...sekurang2nya tau 'cerita' di pejabat..

Saya berdoa keadaan Baba beransur baik...begitu juga Mama yang telah cukup penat setelah menguruskan perkahwinan Along n Ijat..bayangkan dengan keadaan Baba yang tidak mengizinkan untuk membuat kerja2 urusan perkahwinan..maka segalanya terletak di bahu Mama..alhamdulillah..kaki Mama yang bengkak sebelum dan semasa perkahwinan telah baik...mudah2an Mama mendapat kesihatan yang berlipat ganda..

Kepada Along, Zue, Abg Pija, Angah, Ijat, Jue, Isham...thanks and sorry very2 much for e'thing..bila berjauhan dan saat2 nak berpisah..baru hargai erti bersama...harap bersabar dengan sikap degil Joy/Ude yang kadang2 buat semua geram...luv all of you.very2 much!

Semasa di dalam kapal terbang air mata saya tidak berhenti2 mengalir..sehingga pramugari memberi saya tisu untuk mengesat air mata yang tidak berhenti2 mengalir hampir setiap jam...juga pasangan 'mat saleh' yang duduk di sebelah saya..terkenangkan ahli keluarga yang menghantar di KLIA...melihat keadaan Baba yang berkerusi roda kerana tidak kuat berjalan..dan wajah redup dan seribu kepenatan Mama...dan ahli keluarga lain..dan membayangkan keadaan2 yang akan dilalui...hati ini tidak tertahan...Walaupun cuba meredakan perasaan dengan menonton 1,2 filem dan bermain games Tetris yang menjadi kegemaran..sambil...air mata mengalir lagi..hal berkenaan ibu bapa memang sangat memberi kesan...akhirnya saya cuba untuk tidur, dan tidur, dan tidur..



Chocolate ferrero rocher yang sempat diberi oleh Adik bongsu, Isham aka Adik semasa bersalam di KLIA..thanks Dik...tertera ucapan 'Good Luck', 'Best Wishes'. 'Thank You', 'Smile', 'Happy Birthday'..bersama patung Bear yang sangat comel...all wordings are in package..tak dapat nak luah...hadiah telah mengungkapkan segalanya..Thanks Dik..pls take great care of Baba n Mama..all the best in e'thing..luv yer always..

Tapi sepertimana ramai yang menyatakan kepada saya..dugaan akan bertambah dalam kita berjihad dalam belajar..dan di perantauan..bila difikirkan, memang...semakin banyak perkara2 yang berlaku apabila kita berada jauh dari keluarga..semuanya untuk menguji..sekuat mana ketabahan dan kekuatan..semuanya itu adalah pengalaman untuk mengajar erti kematangan...semoga hati ini semakin tabah..Saya akan terus berdoa...seluruh ahli keluarga diberi kesihatan terbaik..rezki dan kesejahteraan dunia akhirat...dan moga2 fasa ini akan menjadikan saya lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab di perantauan ini untuk keluarga, UMT, negara dan anak bangsa!Secepat dan secemerlang mungkin!







Thursday, April 8, 2010

Hari terakhir di kampung halaman

Hampir 5 minggu percutian di kampung halaman...terasa cepat masa berlalu..tak sedar hari ini hari terakhir berada di kampung halaman...esok akan ke rumah mak saudara , berkunjung kerana seminggu selepas berlepas semula ke UK, majlis perkahwinan sepupu..jadi oleh kerana tidak dapat sama2 hadir ke majlis bersejarah itu, maka saya berkunjung 'advance'..

Hari ini akan menguruskan beberapa perkara terakhir sebelum mengemas beg buat kali terakhir...memang kepulangan ini walau 5 minggu sebenarnya dek kerana pelbagai urusan yang dilakukan, tidak terasa lama...

Melihat ayah dan mak, terasa berat kaki ini hendak melangkah...namun, inilah pengorbanan yang harus dilakukan....tapi pada masa yang sama, keinsafan ini semakin bertambah..saya merasakan saya perlu bekerja keras lagi untuk melunaskan pengajian saya dengan seberapa segera dengan cemerlang., ...menjaga kesihatan agar saya dapat menjaga keluarga dan orang tua sebaik2nya..

Memang benar orang kata, semakin banyak dugaan yang akan dihadapi dalam proses pembelajaran ini...seperti yang selalu dikatakan pada diri sendiri, semakin kita mensyukuri segala yang Allah hendak kita pelajari, kita menjadi semakin matang, belajar dari pengalaman..

Ya Allah ..berikan kesihatan terbaik, kesejahteraan, kebahagiaan buat kedua orang tuaku, adik beradikku, keluargaku, saudara maraku, rakan2ku.

.Amin Ya Rabbal Alamin

End.