Wednesday, April 21, 2010

If you wear white clothes, you'll be in peace!I am...

Alhamdulillah....

Semalam selesai sudah pembentangan bagi penilaian kemajuan tahunan (Annual Progress Review Assessment) atau lebih senang dipanggil 1st year VIVA..yang sangat saya 'geruni' selama ini..

Memang kecut perut, berdebar2 sampai rasa nak loya2 nak termuntah2 semuanya ada (loya2 n muntah2 itu memang tanda2 simpton debaran yang saya hadapi dari dulu!)..selalunya apabila masa semakin hampir..simptom2 tersebut semakin kronik ..sehinggakan pernah satu masa saya betul2 muntah!

Saya sememangnya tidak menjangkakan sebegini cepat saya akan melakukan pembentangan ini..sangkaan saya, saya akan diberi notis 2 - 3 minggu untuk membuat persediaan..sebagaimana yang dimaklumkan oleh Research Office..namun pada ketika saya berjumpa Tony mengenai pendaftaran tahun ke-2 pengajian, Tony terus memaklumkan bahawa tarikh pembentangan tersebut perlu ditetapkan, lalu pada ketika itu juga beliau terus menelefon Dr Devin (Ketua Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar) , external examiner yang dicadangkan di hadapan saya dan terus menetapkan tarikh!Ha..sekali..minggu depan, lagi 5 hari!Alamak..baru sampai minggu ni..minggu depan dah kena present dah???Fuh..dah la mood swing2 lagi ni!!

Saya yang kecut perut dan agak terpempan terus secara spontan menyatakan kepada Tony..wah..'surprisenya saya!Saya tak sangka sebegini cepat!'.namun Tony terus nyatakan..tidak ada apa yang perlu dirisaukan..ini hanyalah prosedur biasa..untuk melihat apa yang saya telah lakukan sepanjang 11 bulan kebelakang dan apa yang saya ingin lakukan pada sekurang2nya 6 -12 bulan akan datang...kata Tony beliau dan Keith tahu apa yang telah saya buat selama ini dan saya hanya perlu menggabungkan semua pembentangan saya selama ini, mengemaskini, membuat ringkasan dan perancangan saya pada masa akan datang...ye ke...tak ada yang perlu dirisaukan ke???

Dr Devin secara dasarnya tau bahawa saya memang menjalankan kerja2 penyelidikan di makmal..pada kedua2 pembentangan di peringkat school, sebagai ketua lab, Devin hadir..kerana itulah juga Tony nyatakan kepada saya mengapa beliau memilih Devin sebagai external examiner..selain latar belakang kepakaran dan kerja2 penyelidikan yang lebih kurang sama..sekurang2nya Devin boleh mengagak  dan memahami serba sedikit kerja2 saya...lagilah seram!

Dan bermulalah detik dan debaran dalam proses membuat persediaan menghadapi hari pembentangan bagi pembentangan yang tersebut..Selain saya, Toby juga turut dijadualkan untuk membuat pembentangan pada hari yang sama..maka hujung minggu kami sama2 ber'kampung' di school menelaah pelajaran dan membuat persediaan!Walau ramai yang menyatakan tidak ada apa yang perlu dirisaukan..pasti kena risau!Ini saat paling penting!

Ada dua perkara yang menarik pada hari pembentangan tersebut. Pertama sudah tentu sesi pembentangan itu sendiri..dan kedua yang agak hangat ialah pemakaian saya pada hari itu. Jadi hari yang ditentukan telah tiba..saya yang tidak pernah memakai baju berwarna putih telah memilih untuk memakai blouse putih dengan seluar suit kelabu yang dibawa dari Malaysia..blouse putih adalah pemberian kakak..kata orang..jangan memilih warna yang terlalu 'colourful' atau terlalu garang untuk sesi pembentangan seumpama ini..ya..dan saya rasa agak berkeyakinan untuk tampak sedikit formal pada kali ini..mekap sana sini sikit..tudung belit2..heheheh..okay..saya rasa saya sudah bersedia!

Dan setibanya di school..oleh kerana selama ini saya selalu memilih memakai baju berwarna gelap..hitam, kelabu, coklat, maroon, biru gelap dan warna sewaktu dengannya..jadi semua di school kata 'you look smart!.'dan ada juga 'you look different!'.alamak..selama ni buruk ke??memang ketara sangat agaknya saya memakai warna yang memang lain??hehehe..sebab saya tidak pernah memakai warna2 cerah apatah lagi putih..dalam hati saya berkata..lepas ni kena pakai pink ke??(ayo!warna yang saya paling cuba elak!hehehe)..

Salah seorang colleague, Isaac Legonda, seorang lagi pelajar PhD yang memang baik dengan saya..beliau dari Tanzania..kadang2 kami berjalan kaki pulang ke rumah bersama2 kerana hala jalan yang sama..berkata kepada saya sejurus melihat saya 'People say .if you wear white clothes, you'll be in peace!'...Hee..thanks Isaac..masin la harapnya!..Sudah tentu..kalau tidak..tidaklah untuk upacara2 tertentu..kita disarankan memakai pakaian putih....Toby yang datang ke school agak lewat juga menjerit 'Izan!You're wearing white!'..Yelah...dia pun pakai kemeja putih!Aik!macam berjanji pulak kita ni!.Apa2pun interpretasi...Ya..saya harap warna ini membawa tuah dalam pembentangan nanti selain doa, selawat dan zikir berpanjangan sebelum sesi pembentangan tersebut bermula..

Ini saatnya..sebelum sesi bermula..Tony terus membuat mukadimah yang saya sangat ingat.. 'Okay Izan..you will now present your Annual Review Progress...This is a formal procedure for the assessment...You will present a simple presentation, recap of what you've done for the whole year through and follow with questions and answers session..The questions will come out from Devin here, just to clarify a few things about your works and your research..and yet..something you don't have to worrry..so now u can proceed'..

Dap dup dap dup...dimulakan dengan bismillah..saya mulakan pembentangan...perlahan2...satu demi satu..untuk mengurangkan rasa gugup (ini saya belajar dari beberapa sesi pembentangan yang lalu..dan dari komen kawan2..semakin kita laju..kita akan nampak semakin gugup dan tidak berkeyakinan..)...dan sememangnya pembentangan ini hanya dalam bilik Tony..saya hanya duduk sambil membentangkan slide saya itu seperti yang diminta oleh Tony.

Selesai pembentangan..ha..itu dia..soalan demi soalan ditanya oleh Devin...'Okay Izan, I have about 5 minor questions and 1 major questions about your works and based on the slides'..fuh!5 ke???Alamak..dia cakap macam ni lagi la nervous!!Jadi satu demi satu persoalan yang dikemukakan..

Saya rasa harus saya kongsikan di sini bagaimana rasanya kesukaran menjawab soalan yang kita tidak jangka..Apa yang saya boleh saya katakan, sebahagian daripada soalan yang dikemukakan memang killer!Jadi saya hanya 'menggoreng'..kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menjawab kerana memang tiada jawapan..sehinggakan Tony dan Keith membantu saya untuk memberi jawapan dan penjelasan!.namun mereka menyatakan kepada saya kembali bahawa tidak mengapa, ini untuk membantu..kerana perkara2 ini yang akan saya hadapi ketika viva terakhir nanti..mereka menyatakan..inilah tugas mereka sebagai penyelia untuk menunjukkan mana yang perlu saya fokus, mana yang patut saya beri penekanan dan mana yang patut saya tinggalkan..

Rasa down dan tidak puas hati kepada diri sendiri juga sebenarnya...sudah tentu..kerana ada beberapa perkara yang kita tidak nampak atau kita tidak sangka perlu dicari atau diketahui dalam kajian kita..saya tidak begitu berpuashati dengan jawapan saya sendiri..kerana saya merasakan saya boleh memberi jawapan lebih baik..

Namun rasa lega kerana di akhir sesi soal jawab..setelah berbincang serba sedikit...Devin memberi komen 'Izan, for first year, you've done a lot of works, very good...you should carry on with what you're doing .continue on finding infos and aspects as well as focusing on what we've discuss right now..'sekurang2nya lega sedikit..

Sambil mengucapkan terima kasih..saya menyatakan kerisauan saya sekiranya saya tersasar dari landasan..benarkah saya di laluan yang betul..lalu terus Keith sebagai penyelia kedua juga menjerit 'No!'..sambil ketawa besar!..Saya terpempan..kalaulah dilihat wajah saya pasti pucat lesi ketika itu....lalu Keith menyatakan..'Of course you're on the right track..if you're not..we've pull you long before!Understand you're just on your first year..and there's still long journey ahead..and plenty of time for you to find answers...furthermore..appreciate that you've just got back from your hometown...that something u need to adjust as well.. so no worries..it's all learning process'...dan Tony..'Well done..just carry on...proceed as what Devin and Keith told..it's good for you to know what you should focus and what you shouldn't..what you should prioritized, put into account the suggestions and comments...and that's why we're here for you..to guide you'..Jadi itu dia..dalam 20 minit pembentangan dan lebih kurang 25 minit sesi soal jawab...45 mins in total..done!More details? at Comments-and-notes-from-1st-year-viva.

Alhamdulillah...teguran dan komen yang membina...memang la ramai kata..sv di UK (orang2 british) memang manis kata semuanya..tidak akan 'condemn', atau harsh pada kita.'.they just don't tell you exactly what they feel.'..tak nak downkan kita..walau hakikatnya kita ni dah buat teruk ke , salah ke...approachnye lebih pada recommendation, motivation..tapi tak kisah la..yang penting saya memang terasa sangat lega selesai pembentangan..dan ketika menyatakan apa yang berlaku sepanjang sesi pembentangan tersebut dengan Julian dan rakan2 lain di bilik saya..serta para pelajar senior dari Malaysia yang lain (Kak Haziah dan kak Suraya)..ketika saya nyatakan rasa down sedikit kerana jawapan2 yang saya tidak dapat kemukakan dengan baik...mereka semua menyatakan itu perkara biasa yang berlaku kepada semua orang..kita tidak nampak apa yang orang lain nampak..terutama mereka yang memang telah biasa dengan bidang yang kita lakukan...dengan segala kata2 semangat dan sokongan ini ..baru saya rasa betul2 lega..

Apa2pun..alhamdulillah telah selesai satu perkara yang menjadi igauan semua pelajar PhD yang telah melakukan setahun pengajian...pengesahan status pelajar PhD!Balik petang itu..terus membeli 'chocolate pudding with chocolate sauce', yang sangat lah sedap.. memasak mi goreng untuk dimakan bersama 2 pelajar undergrad yang kebetulan mahu datang melepak di rumah saya dan  menonton cerita seram dari Malaysia bersama!Tak mengapalah..walaupun cerita seram bukan dalam senarai filem pilihan..yang penting...reward!!!!

Terima kasih atas semua sokongan kawan2...saya memang perlu lebih bersemangat bagi merencanakan perjalanan PhD saya yang sangat penting ini..(entah buat ke berapa puluh kali saya ingatkan diri saya tentang ini!)..tanggungjawab ini perlu digalas dan dilaksanakan dengan lebih telus, lebih fokus kerana 2 tahun yang terakhir ini perlu dimaksimakan sebaik mungkin...benar kata orang, cabaran semakin bertambah dalam jihad menambah ilmu pengetahuan..pelbagai dugaan  dan masalah yang berlaku.seolah2 bertubi2 di ketika saya di bumi asing ini...alhamdulillah , menambah kematangan dan saya dapat menangani, memahami seterusnya menerima dengan tenang akhirnya....saya  telah menemui jalan penyelesaian..saya telah temukan titik noktah pada segala kesedihan dan kekeliruan yang berlaku..kerana memahami ini suratan yang telah ditetapkan..yang terbaik dari Ilahi...Syukur pada Allah...saya dapat mempelajari dari pengalaman, agar saya dapat berubah dan menjadi lebih baik..lebih kuat, lebih tabah, lebih sabar dan lebih tenang...Walau apa yang berlaku..saya tidak akan berpaling lagi....menilai mana yang penting, mana yang tidak ...saya tidak mahu membuang masa saya lagi!.Segala yang berlaku mesti dijadikan pengajaran dan dijadikan rencah meniupkan api semangat dalam perjalanan saya pada masa sekarang dan pada masa akan datang..dalam segala segi!

Alhamdulillah!!!!Dan lepas ni juga kenalah pakai baju terang2!!Permulaan pembaharuan yang baik!!!

End..














2 comments: