The sorrow of life have thaught me… to accept many new beginnings. To smile…even though it hurts. To reach out.. even if there’s no one there. To aim high.. and never say die. Cause there’s always sun at the end of the night….
Wednesday, July 21, 2010
Belum lagi...
Baru perasan..lama dah tak update blog2 lain...akaun google mail yang dah diset untuk alert literature dah berminggu2 tak dilayari..beribu2 lemon dah jadinya...jadi hari ini..aktivitinya ialah mengemaskini blog environmental dan lain2..tunggu flat baru..
Tuesday, July 6, 2010
Pindah rumah
Salam hari Selasa buat semua..
Kira-kira sejak dari post yang lepas, genap sebulan saya tidak mengemaskini blog ini..janji (janji ke??) untuk mengemaskini dalam masa yang terdekat tidak lah berapa dekat sebenarnya...banyak betul perkara2 yang perlu saya lakukan dan hadapi dalam tempoh sebulan yang lalu..yang menghalang saya waima untuk menulis walau sebaris dua ayat pun..
Jadi..sementalah mengalami ngantuk tahap maksima ketika ini, saya rasa elok saya mengalihkan pandangan saya sebentar dari jurnal yang sedang saya baca baru separuh helai...(alasan untuk tidak meneruskan pembacaan!)
Okay..apa yang nak bagitau apa sebenarnya??
Errr..saya pun takde idea nak menulis apa lagi ni. hanya ringkasnya ..selesai urusan pindah rumah, kemas rumah dalam kira2 2 minggu yang lalu....saya sempat juga mengambil beberapa gambar flat yang baru..niat untuk ditunjukkan di sini..tapi tak kesemuanya lagi...
Tentang perkara 'Nanti..tunggu' itu..saya kira..tak perlu saya perincikan di sini..cukuplah saya katakan...saya dan kawan2 sekeliling telah mempelajari sesuatu pelajaran sangat berguna..tentang akidah, amalan, ketekunan, fokus dan taqwa kepadaNya..Hikmah yang diberi Allah ini sangat menginsafkan..
Tentang perkara 'Nanti..tunggu' itu..saya kira..tak perlu saya perincikan di sini..cukuplah saya katakan...saya dan kawan2 sekeliling telah mempelajari sesuatu pelajaran sangat berguna..tentang akidah, amalan, ketekunan, fokus dan taqwa kepadaNya..Hikmah yang diberi Allah ini sangat menginsafkan..
Jadi..TUNGGU...'Flat baru..'
Saturday, June 5, 2010
Nanti....tunggu..
Sejak post pasal Hari Ibu lepas...memang niat nak update blog ni..tapi apa yang boleh saya katakan..saat ini..saya rasa sangat penat...beberapa perkara yang berlaku sejak post yang lalu...cukup untuk membuat saya rasa penat..letih...fizikal, emosi, mental, jiwa dan raga..tunggulah..bila dah hilang penat ni..sambung semula..
Hidup kita ini mesti sentiasa memohon perlindungan, kekuatan dan rahmat dariNya ..ingatlah padaNya..setiap detik...Semoga hidup anda semua sehari2 dilimpahi kesejahteraan dan kebahagiaan...
"Kota ini tempatku belajar...erti hidup...Ku tinggalkan kampung halaman..Ku tinggalkan semua yang ku sayang..Demi masa depan yang cemerlang...Semoga aku diberi pedoman.."
End.
Wednesday, May 19, 2010
Hari Ibu...lepas tu Hari Guru
Bila belajar kat UK ni..baru tau rupa2nya Hari Ibu tu tarikh dia lain2 kat dunia ni..ikut tempat...kat UK..perayaan Hari Ibu disambut pada 22 Mac lepas ..itu untuk negara Ireland, Nigeria, United Kingdom...masa tu..memang meriah la promosi..kedai2 kad..restoran2...sume pasal perayaan Hari Ibu ni..masa tu pelik jugak..kat M'sia macam takde apa..then baru realize...yang tarikh kat Malaysia pulak lain..iaitu pada 9 May setiap tahun..sama macam sebahagian besar negara2 lain di seantero dunia ni ..sama macam kat Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe..Ha..tarikh2 lain tu.kat tempat2 lain..takpe lah..tak signifikan rasanya..
Jadi dah call Mama on the very day la..masa Hari Ibu tu...saban tahun...adik2 Ijat n Isham, sekali dengan Baba..(masa Baba sihat sket...la ni tak tau la apa diorang buat pulak ek??)..ada la beli kek..satay ke..makanan best sket la..bawak balik rumah..Mama memang jarang nak makan2 kat luar ni..suka masak..kek2 yang krim2 sangat tu pun tak berapa..kalau saya ada..boleh la masak spesial..kan.dah kat rumah tu siapa lagi chef kalau bukan Mama..,dah hari Ibu..takkan Mama yang kena masak pulak kan??
Sebagai anak, saya hanya mendoakan selalu, setiap detik, selamanya..agar Mama diberi kesihatan terbaik...kesejahteraan dan kebahagiaan dunia akhirat...Segala pengorbanan, penat lelah..didikan..dan semua perkara yang tak mampu dilafazkan dengan kata2..tidak terbalas oleh kita..Moga2 kita semua terus diberi kesedaran untuk menjadi anak yang terbaik..dapat memberi kebahagiaan kepada kedua orang tua kita..dijauhkan dari sikap lalai dan leka...jauh sekali dari anasir2 yang melukakan mereka...membawa sikap derhaka..nauzubillah...
Dekat 'wall' facebook Ain, ada 'post' video sorang pelajar Malaysia ni..buat ucapan untuk mak die...kiut dan kelakar ucapan dia.tapi memang agak tersentuh..dan baru tau..lagu latar video tu..adalah dari kumpulan indie Hujan..cari punyer cari..memang lagu khas Selamat Hari Ibu...best lagu die..jadi untuk semua ibu2 seluruh ...dunia (yang faham Bahasa Melayu je le..)..terimalah...
SELAMAT HARI IBU - HUJAN
Dengarkan lah lagu
Laguku ini
Ikhlas dari hati... Hanyalah untuk mu
Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu...
Menciummu...
[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga
[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
Thursday, May 13, 2010
Kalau masa boleh putar balik..
Patut lah ada orang kata..kalaulah masa boleh putar balik...
Banyak jugak filem2 orang putih pasal kembali ke zaman silam...nak perbetulkan keadaan..agar kesannya tiada pada waktu sekarang..tapi mana ada macam tu.
Banyak jugak filem2 orang putih pasal kembali ke zaman silam...nak perbetulkan keadaan..agar kesannya tiada pada waktu sekarang..tapi mana ada macam tu.
Kalau masa boleh putar balik...banyak perkara yang berlaku sekarang ni...fikir2.kalaulah masa boleh putar balik...
Fikir2 semua memang direncakan begini..macamana nak putar balik..kalau tak..kita tak belajar suatu apa pun..
Tapi..kalau betul2 masa boleh putar balik...jadi lebih baik..atau lebih teruk?
Kalaulah masa boleh putar balik..
Fikir2 semua memang direncakan begini..macamana nak putar balik..kalau tak..kita tak belajar suatu apa pun..
Tapi..kalau betul2 masa boleh putar balik...jadi lebih baik..atau lebih teruk?
Kalaulah masa boleh putar balik..
Wednesday, May 12, 2010
Hidup kita macam ni..Allah buat kita macam ni...
Terima kasih atas sokongan rakan2 dan saudara mara atas kata2 semangat dan yang bertanya kabar mengenai keadaan dan situasi saya ketika ini...
Ya..sebenar2nya saya tidak pernah merasa tahap tidak stabil dan 'down' begini...dulu2..masa keadaan lebih kritikal pun, mungkin kerana saya ada keluarga dan rakan terdekat di sekeliling...perasaanya tidak begini...dan mungkin, emosi tidak stabil ini ditambah dengan mood kerana masih perlu menyesuaikan diri dengan 'homesick' yang melanda sekembalinya dari kampung halaman..
Tapi..kita tak punya kuasa untuk menetapkan sesuatu perkara..bukan kehendak kita..sebab itu diberi pahala dan dosa...makruh dan harus..semuanya dijadikan kayu pengukur tahap bagaimana seseorang itu mampu menangani semua dugaan yang Allah berikan...kayu pengukur kuatnya iman seseorang..
Memetik kata2 semangat dari adinda Lukman, "Hidup kita macam ni..Allah buat kita macam ini."..hidup seseorang telah direncanakan begitu begini...sudah tentu ada hikmahnya..dan memang Tuhan tu tidak memberikan ujian kepada seseorang kalau seseorang itu tak mampu menanganinya..dan saya...mudah2an diberi lebih kekuatan untuk terus kuat menghadapi semua ini..
Saya pasti boleh..jangan ada risau lagi...
p/s : Hari ini telah menemui kedua2 sv..(latest entry : Don't wait, Don't waste your time! ) Lega rasanya..sekurang2nya terubat sedikit duka lara nestapa..
End.
Monday, May 10, 2010
Bertabahlah...
Banyak sebenarnya yang hendak dikemaskini kan cerita di halaman ini..
Namun hasrat termati dengan mood down hari ini..
Pagi ini mendapat panggilan telefon dari hospital....berkenaan keputusan ujian darah yang diambil pada 26 April yang lalu...Bersabarlah hati...keputusan kali ini lebih teruk dari yang dulu...dr menyatakan seolah2 saya tidak mengambil ubat pada kadar 8 minggu lebih yang lalu dengan betul ...atau mungkin ada hari2 tertentu yang saya terlupa nak makan langsung...dan seperti yang diberitahu pada lewat pertemuan tersebut..ya saya perlu menambah dos ubat sedia ada...dr katakan lagi...tidakkah saya berasa letih, bertambah berat badan, stressed, depressed, kekejangan otot yang kerap, cepat rasa mengantuk dan sakit2??
Sebenar2nya..saya sudah tak dapat membezakan ianya kesan kerana penyakit itu...atau kerana saya memang letih....
End.
Friday, April 23, 2010
6 months check up
Ni baru saja balik dari pemeriksaan 6 bulan skali di Velindre Hospital..jumpa lagi dengan Dr Laura Moss tu..tarikh asal ditangguhkan kerana saya berada di malaysia waktu itu...dan keputusannya???Sebab dah biasa dah dengan fluctuate result paras tiroksin ni...ada masa tinggi sangat, ada masa rendah sangat..jadi macam takde perasaan je dah... jadi result darah bulan 2 haritu di General Practise (GP) agak rendah...jadi skrg ni dr kata nak tinggikan sikit dos ubat..kalau tak dia takut saya tak mampu nak cope dengan bebanan aktiviti seharian..hmmm...sigh..
Apa2 yang terbaik lah dr...saya tak mampu nak kontrol tinggi rendah paras tiroksin tu..ubat makan...semua saya jaga..risau kalau ada apa2 yang tak okay..akan jadi gangguan sepanjang belajar ni nanti....nikmat sakit sebab kita akan menghargai nikmat sihat...nak kata boring...baru 8 tahun..orang lain lagi bertahun2...sama je dengan sakit darah tinggi Baba dan diabetes Mama...dan orang lain yang sakit lagi teruk...mereka pun bergantung dengan ubat seumur hidup..apa yang saya hadapi ni takde apa sebenarnya...
Dr cume suruh consider kalau ada apa2 aktiviti berat2 yang agak2 meletihkan, jangan paksa..dan memang...bila balik Malaysia 5 minggu..saya takde la berjalan kaki jauh macam di sini..jadi apabila tiba2 berjalan kaki ke mana2 semula..muscle shocked..so...muscle cramp menjadi2..
Jadi hari ini seperti biasa..ambil darah untuk check lagi paras darah sekarang..cuma hari ini rasa agak letih. kerana saya telah bersetuju agar darah saya turut diambil bagi tujuan salah satu daripada sampel kajian sejarah pesakit tiroid..untuk tujuan kajian mencari kaedah rawatan lebih baik dan sesuai...nak kaji dna lah , kandungan apa2 ntah lagi ..jadi jumlah darah yang diambil ada kira2 3 kali ganda dari jumlah biasa...macam mana tak rasa nak pitam..pagi2 sebelum ke hospital hanya sempat minum air vitamin..memang ada sikit rasa berpinar2...rasa nak tertido2 pun ada...Jadi dalam bas perjalanan pulang dari hospital yang memakan masa 20 minit, memang saya sempat terlelap sekejap..
Jadi hari ini seperti biasa..ambil darah untuk check lagi paras darah sekarang..cuma hari ini rasa agak letih. kerana saya telah bersetuju agar darah saya turut diambil bagi tujuan salah satu daripada sampel kajian sejarah pesakit tiroid..untuk tujuan kajian mencari kaedah rawatan lebih baik dan sesuai...nak kaji dna lah , kandungan apa2 ntah lagi ..jadi jumlah darah yang diambil ada kira2 3 kali ganda dari jumlah biasa...macam mana tak rasa nak pitam..pagi2 sebelum ke hospital hanya sempat minum air vitamin..memang ada sikit rasa berpinar2...rasa nak tertido2 pun ada...Jadi dalam bas perjalanan pulang dari hospital yang memakan masa 20 minit, memang saya sempat terlelap sekejap..
Lepas ini juga mungkin saya berkira2 nak pergi menyertai support group seperti yang dicadangkan dr. sejak dari pertemuan pertama lagi....kumpulan khas bagi pesakit seperti saya...bagus jugak ni.....pada pertemuan kali ini, Dr Moss tu sebut lagi kalau ada kelapangan, pergi la ikut..pergi sekurang2nya tengok macana...mungkin saya akan akan pergi sekurang2nya mengisi waktu, menambah kenalan, berkongsi rasa dan pengalaman yang sama..
Satu perkara yang menarik pada kali ini...saya mendapati adanya 'Prayer Room' di Velindre Hospital ni..untuk apa2penganut agama menjalankan aktiviti keagamaan masing2..mungkin sebab hospital...sebab tu disediakan Prayer room atau lebih dikenali amnya disini sebagai 'Quiet Room'..alhamdulillah..kemudahan Allah kurniakan di mana2...kita je yang kena tentukan kita nak bersyukur bagaimana..
Perjalanan balik dari hospital tadi.. saya sempat singgah ke salah satu kedai buku kegemaran...yang kebetulan sale gile2!!tengah nak clearance sale..dapat beli 2 buku quotations yang saya suka kumpul, 1 buku cara hidup sihat (leaving organically) yang siap ada resepi masakan2 sihat tapi nampak best. hehehe dan satu novel dari pengarang kegemaran Nicholas Sparks, semuanya dengan hanya £2.46!! Lepas tu singgah pula ke Sainsbury, beli bahan2 untuk buat kek carrot walnut dan soto untuk besok!Time for therapy!
Perjalanan balik dari hospital tadi.. saya sempat singgah ke salah satu kedai buku kegemaran...yang kebetulan sale gile2!!tengah nak clearance sale..dapat beli 2 buku quotations yang saya suka kumpul, 1 buku cara hidup sihat (leaving organically) yang siap ada resepi masakan2 sihat tapi nampak best. hehehe dan satu novel dari pengarang kegemaran Nicholas Sparks, semuanya dengan hanya £2.46!! Lepas tu singgah pula ke Sainsbury, beli bahan2 untuk buat kek carrot walnut dan soto untuk besok!Time for therapy!
End.
Wednesday, April 21, 2010
If you wear white clothes, you'll be in peace!I am...
Alhamdulillah....
Semalam selesai sudah pembentangan bagi penilaian kemajuan tahunan (Annual Progress Review Assessment) atau lebih senang dipanggil 1st year VIVA..yang sangat saya 'geruni' selama ini..
Memang kecut perut, berdebar2 sampai rasa nak loya2 nak termuntah2 semuanya ada (loya2 n muntah2 itu memang tanda2 simpton debaran yang saya hadapi dari dulu!)..selalunya apabila masa semakin hampir..simptom2 tersebut semakin kronik ..sehinggakan pernah satu masa saya betul2 muntah!
Saya sememangnya tidak menjangkakan sebegini cepat saya akan melakukan pembentangan ini..sangkaan saya, saya akan diberi notis 2 - 3 minggu untuk membuat persediaan..sebagaimana yang dimaklumkan oleh Research Office..namun pada ketika saya berjumpa Tony mengenai pendaftaran tahun ke-2 pengajian, Tony terus memaklumkan bahawa tarikh pembentangan tersebut perlu ditetapkan, lalu pada ketika itu juga beliau terus menelefon Dr Devin (Ketua Makmal Kejuruteraan Alam Sekitar) , external examiner yang dicadangkan di hadapan saya dan terus menetapkan tarikh!Ha..sekali..minggu depan, lagi 5 hari!Alamak..baru sampai minggu ni..minggu depan dah kena present dah???Fuh..dah la mood swing2 lagi ni!!
Saya yang kecut perut dan agak terpempan terus secara spontan menyatakan kepada Tony..wah..'surprisenya saya!Saya tak sangka sebegini cepat!'.namun Tony terus nyatakan..tidak ada apa yang perlu dirisaukan..ini hanyalah prosedur biasa..untuk melihat apa yang saya telah lakukan sepanjang 11 bulan kebelakang dan apa yang saya ingin lakukan pada sekurang2nya 6 -12 bulan akan datang...kata Tony beliau dan Keith tahu apa yang telah saya buat selama ini dan saya hanya perlu menggabungkan semua pembentangan saya selama ini, mengemaskini, membuat ringkasan dan perancangan saya pada masa akan datang...ye ke...tak ada yang perlu dirisaukan ke???
Dr Devin secara dasarnya tau bahawa saya memang menjalankan kerja2 penyelidikan di makmal..pada kedua2 pembentangan di peringkat school, sebagai ketua lab, Devin hadir..kerana itulah juga Tony nyatakan kepada saya mengapa beliau memilih Devin sebagai external examiner..selain latar belakang kepakaran dan kerja2 penyelidikan yang lebih kurang sama..sekurang2nya Devin boleh mengagak dan memahami serba sedikit kerja2 saya...lagilah seram!
Dan bermulalah detik dan debaran dalam proses membuat persediaan menghadapi hari pembentangan bagi pembentangan yang tersebut..Selain saya, Toby juga turut dijadualkan untuk membuat pembentangan pada hari yang sama..maka hujung minggu kami sama2 ber'kampung' di school menelaah pelajaran dan membuat persediaan!Walau ramai yang menyatakan tidak ada apa yang perlu dirisaukan..pasti kena risau!Ini saat paling penting!
Ada dua perkara yang menarik pada hari pembentangan tersebut. Pertama sudah tentu sesi pembentangan itu sendiri..dan kedua yang agak hangat ialah pemakaian saya pada hari itu. Jadi hari yang ditentukan telah tiba..saya yang tidak pernah memakai baju berwarna putih telah memilih untuk memakai blouse putih dengan seluar suit kelabu yang dibawa dari Malaysia..blouse putih adalah pemberian kakak..kata orang..jangan memilih warna yang terlalu 'colourful' atau terlalu garang untuk sesi pembentangan seumpama ini..ya..dan saya rasa agak berkeyakinan untuk tampak sedikit formal pada kali ini..mekap sana sini sikit..tudung belit2..heheheh..okay..saya rasa saya sudah bersedia!
Dan setibanya di school..oleh kerana selama ini saya selalu memilih memakai baju berwarna gelap..hitam, kelabu, coklat, maroon, biru gelap dan warna sewaktu dengannya..jadi semua di school kata 'you look smart!.'dan ada juga 'you look different!'.alamak..selama ni buruk ke??memang ketara sangat agaknya saya memakai warna yang memang lain??hehehe..sebab saya tidak pernah memakai warna2 cerah apatah lagi putih..dalam hati saya berkata..lepas ni kena pakai pink ke??(ayo!warna yang saya paling cuba elak!hehehe)..
Salah seorang colleague, Isaac Legonda, seorang lagi pelajar PhD yang memang baik dengan saya..beliau dari Tanzania..kadang2 kami berjalan kaki pulang ke rumah bersama2 kerana hala jalan yang sama..berkata kepada saya sejurus melihat saya 'People say .if you wear white clothes, you'll be in peace!'...Hee..thanks Isaac..masin la harapnya!..Sudah tentu..kalau tidak..tidaklah untuk upacara2 tertentu..kita disarankan memakai pakaian putih....Toby yang datang ke school agak lewat juga menjerit 'Izan!You're wearing white!'..Yelah...dia pun pakai kemeja putih!Aik!macam berjanji pulak kita ni!.Apa2pun interpretasi...Ya..saya harap warna ini membawa tuah dalam pembentangan nanti selain doa, selawat dan zikir berpanjangan sebelum sesi pembentangan tersebut bermula..
Ini saatnya..sebelum sesi bermula..Tony terus membuat mukadimah yang saya sangat ingat.. 'Okay Izan..you will now present your Annual Review Progress...This is a formal procedure for the assessment...You will present a simple presentation, recap of what you've done for the whole year through and follow with questions and answers session..The questions will come out from Devin here, just to clarify a few things about your works and your research..and yet..something you don't have to worrry..so now u can proceed'..
Dap dup dap dup...dimulakan dengan bismillah..saya mulakan pembentangan...perlahan2...satu demi satu..untuk mengurangkan rasa gugup (ini saya belajar dari beberapa sesi pembentangan yang lalu..dan dari komen kawan2..semakin kita laju..kita akan nampak semakin gugup dan tidak berkeyakinan..)...dan sememangnya pembentangan ini hanya dalam bilik Tony..saya hanya duduk sambil membentangkan slide saya itu seperti yang diminta oleh Tony.
Selesai pembentangan..ha..itu dia..soalan demi soalan ditanya oleh Devin...'Okay Izan, I have about 5 minor questions and 1 major questions about your works and based on the slides'..fuh!5 ke???Alamak..dia cakap macam ni lagi la nervous!!Jadi satu demi satu persoalan yang dikemukakan..
Saya rasa harus saya kongsikan di sini bagaimana rasanya kesukaran menjawab soalan yang kita tidak jangka..Apa yang saya boleh saya katakan, sebahagian daripada soalan yang dikemukakan memang killer!Jadi saya hanya 'menggoreng'..kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menjawab kerana memang tiada jawapan..sehinggakan Tony dan Keith membantu saya untuk memberi jawapan dan penjelasan!.namun mereka menyatakan kepada saya kembali bahawa tidak mengapa, ini untuk membantu..kerana perkara2 ini yang akan saya hadapi ketika viva terakhir nanti..mereka menyatakan..inilah tugas mereka sebagai penyelia untuk menunjukkan mana yang perlu saya fokus, mana yang patut saya beri penekanan dan mana yang patut saya tinggalkan..
Rasa down dan tidak puas hati kepada diri sendiri juga sebenarnya...sudah tentu..kerana ada beberapa perkara yang kita tidak nampak atau kita tidak sangka perlu dicari atau diketahui dalam kajian kita..saya tidak begitu berpuashati dengan jawapan saya sendiri..kerana saya merasakan saya boleh memberi jawapan lebih baik..
Namun rasa lega kerana di akhir sesi soal jawab..setelah berbincang serba sedikit...Devin memberi komen 'Izan, for first year, you've done a lot of works, very good...you should carry on with what you're doing .continue on finding infos and aspects as well as focusing on what we've discuss right now..'sekurang2nya lega sedikit..
Sambil mengucapkan terima kasih..saya menyatakan kerisauan saya sekiranya saya tersasar dari landasan..benarkah saya di laluan yang betul..lalu terus Keith sebagai penyelia kedua juga menjerit 'No!'..sambil ketawa besar!..Saya terpempan..kalaulah dilihat wajah saya pasti pucat lesi ketika itu....lalu Keith menyatakan..'Of course you're on the right track..if you're not..we've pull you long before!Understand you're just on your first year..and there's still long journey ahead..and plenty of time for you to find answers...furthermore..appreciate that you've just got back from your hometown...that something u need to adjust as well.. so no worries..it's all learning process'...dan Tony..'Well done..just carry on...proceed as what Devin and Keith told..it's good for you to know what you should focus and what you shouldn't..what you should prioritized, put into account the suggestions and comments...and that's why we're here for you..to guide you'..Jadi itu dia..dalam 20 minit pembentangan dan lebih kurang 25 minit sesi soal jawab...45 mins in total..done!More details? at Comments-and-notes-from-1st-year-viva.
Alhamdulillah...teguran dan komen yang membina...memang la ramai kata..sv di UK (orang2 british) memang manis kata semuanya..tidak akan 'condemn', atau harsh pada kita.'.they just don't tell you exactly what they feel.'..tak nak downkan kita..walau hakikatnya kita ni dah buat teruk ke , salah ke...approachnye lebih pada recommendation, motivation..tapi tak kisah la..yang penting saya memang terasa sangat lega selesai pembentangan..dan ketika menyatakan apa yang berlaku sepanjang sesi pembentangan tersebut dengan Julian dan rakan2 lain di bilik saya..serta para pelajar senior dari Malaysia yang lain (Kak Haziah dan kak Suraya)..ketika saya nyatakan rasa down sedikit kerana jawapan2 yang saya tidak dapat kemukakan dengan baik...mereka semua menyatakan itu perkara biasa yang berlaku kepada semua orang..kita tidak nampak apa yang orang lain nampak..terutama mereka yang memang telah biasa dengan bidang yang kita lakukan...dengan segala kata2 semangat dan sokongan ini ..baru saya rasa betul2 lega..
Apa2pun..alhamdulillah telah selesai satu perkara yang menjadi igauan semua pelajar PhD yang telah melakukan setahun pengajian...pengesahan status pelajar PhD!Balik petang itu..terus membeli 'chocolate pudding with chocolate sauce', yang sangat lah sedap.. memasak mi goreng untuk dimakan bersama 2 pelajar undergrad yang kebetulan mahu datang melepak di rumah saya dan menonton cerita seram dari Malaysia bersama!Tak mengapalah..walaupun cerita seram bukan dalam senarai filem pilihan..yang penting...reward!!!!
Terima kasih atas semua sokongan kawan2...saya memang perlu lebih bersemangat bagi merencanakan perjalanan PhD saya yang sangat penting ini..(entah buat ke berapa puluh kali saya ingatkan diri saya tentang ini!)..tanggungjawab ini perlu digalas dan dilaksanakan dengan lebih telus, lebih fokus kerana 2 tahun yang terakhir ini perlu dimaksimakan sebaik mungkin...benar kata orang, cabaran semakin bertambah dalam jihad menambah ilmu pengetahuan..pelbagai dugaan dan masalah yang berlaku.seolah2 bertubi2 di ketika saya di bumi asing ini...alhamdulillah , menambah kematangan dan saya dapat menangani, memahami seterusnya menerima dengan tenang akhirnya....saya telah menemui jalan penyelesaian..saya telah temukan titik noktah pada segala kesedihan dan kekeliruan yang berlaku..kerana memahami ini suratan yang telah ditetapkan..yang terbaik dari Ilahi...Syukur pada Allah...saya dapat mempelajari dari pengalaman, agar saya dapat berubah dan menjadi lebih baik..lebih kuat, lebih tabah, lebih sabar dan lebih tenang...Walau apa yang berlaku..saya tidak akan berpaling lagi....menilai mana yang penting, mana yang tidak ...saya tidak mahu membuang masa saya lagi!.Segala yang berlaku mesti dijadikan pengajaran dan dijadikan rencah meniupkan api semangat dalam perjalanan saya pada masa sekarang dan pada masa akan datang..dalam segala segi!
Terima kasih atas semua sokongan kawan2...saya memang perlu lebih bersemangat bagi merencanakan perjalanan PhD saya yang sangat penting ini..(entah buat ke berapa puluh kali saya ingatkan diri saya tentang ini!)..tanggungjawab ini perlu digalas dan dilaksanakan dengan lebih telus, lebih fokus kerana 2 tahun yang terakhir ini perlu dimaksimakan sebaik mungkin...benar kata orang, cabaran semakin bertambah dalam jihad menambah ilmu pengetahuan..pelbagai dugaan dan masalah yang berlaku.seolah2 bertubi2 di ketika saya di bumi asing ini...alhamdulillah , menambah kematangan dan saya dapat menangani, memahami seterusnya menerima dengan tenang akhirnya....saya telah menemui jalan penyelesaian..saya telah temukan titik noktah pada segala kesedihan dan kekeliruan yang berlaku..kerana memahami ini suratan yang telah ditetapkan..yang terbaik dari Ilahi...Syukur pada Allah...saya dapat mempelajari dari pengalaman, agar saya dapat berubah dan menjadi lebih baik..lebih kuat, lebih tabah, lebih sabar dan lebih tenang...Walau apa yang berlaku..saya tidak akan berpaling lagi....menilai mana yang penting, mana yang tidak ...saya tidak mahu membuang masa saya lagi!.Segala yang berlaku mesti dijadikan pengajaran dan dijadikan rencah meniupkan api semangat dalam perjalanan saya pada masa sekarang dan pada masa akan datang..dalam segala segi!
Alhamdulillah!!!!Dan lepas ni juga kenalah pakai baju terang2!!Permulaan pembaharuan yang baik!!!
End..
Subscribe to:
Posts (Atom)