Monday, April 12, 2010

Sementara menunggu subuh...

Hajat di hati nak tido, rehat..selepas meletakkan status di fb..menyatakan selamat tiba di bumi Cardiff..setibanya di rumah, sempat makan nasi ada lauk yang ditinggalkan oleh Kak Emi housemate tercinta..jadi 'kucing' di awal pagi..kerana perut berkeroncong minta diisi...walau sebelum bergerak dari Heathrow Airport telah makan Filet O-Fish Burger McD yang dibeli di KLIA..maka sambil menyemak dan mengosongkan inbox email yahoo yang sudah mencecah 450++ walau hanya ditinggalkan 2 hari..

Sekarang sudah masuk musim spring - musim bunga..waktu siang panjang...masuknya subuh mengikut Islamic Finder di Cardiff ini adalah pada jam 4.32 pagi..alang2 jam sekrg ni menunjukkan pkl 3.45 pagi..mata juga tidak mengantuk...sudah puas tidur di dalam kapal terbang dan dalam bas semasa dalam perjalanan pulang tadi.atau adakah kerana waktu malaysia sekarang adalah siang??Jet Lag???Jadi sementara menunggu subuh..saya nukilkan catatan ini..

Seluruh ahli keluarga menghantar di KLIA pagi tadi..Baba, Mama,Along, Abg Pija, Angah, Ijat dan Jue, Isham, dan anak2 saudara Jay, Syaf n Bie..hanya Zue (kakak ipar - isteri Along tidak dapat turut menghantar kerana masih berpantang di Kedah)..flight dijadualkan pada pkl 10 pagi...sampai2 di KLIA memang barisan sangat panjang...hanya tiba di kaunter check in pada jam 8.20!fuh..sipi..

Saya hampir2 tidak dapat menaiki flight pada jam 10 pagi tadi..kerana dimaklumkan oleh pegawai di kaunter bahawa penerbangan dengan pesawat MAS ke London pada pkl 10 pagi ini penuh!Hmm???Saya tidak berapa faham pada mulanya.over capacity katanya..macamane boleh terjadi hal sedemikian??.bagaimana dengan keadaan sedemikian???Saya membayangkan penumpang tiada langsung tempat duduk??Atau bagaimana??juga pegawai berkenaan tidak begitu pasti penerangan yang bagaimana..beliau menyatakan bahawa MAS memaklumkan dan memberi tawaran kepada semua penumpang ke London yang mendaftar terkemudian untuk menaiki pesawat pada sebelah malam, dengan gantirugi wang dan hotel untuk menginap sementara menunggu pesawat kemudian...Hmm..

Apakah hikmah yang tersirat??Namun alhamdulillah...pegawai yang berkenaan cuba untuk mendapatkan satu tempat duduk untuk saya..dan .alhamdulillah..betul2 tinggal satu seat yang tinggal..rezeki Allah katanya...dan saya dapat menaiki pesawat pada waktu yang ditetapkan...Kalau ikutkan hati, memang berat kaki mahu melangkah pergi...kelewatan beberapa jam boleh juga mengubat rasa sebak di hati..namun, kalau makin ditangguh, semakin sebak rasanya...sementalah saya juga telah membeli tiket bas pulang ke Cardiff dari Heathrow..jadi sekiranya mahu menukar waktu bas adalah sangat suntuk..dan bimbang juga tiada kekosongan dalam waktu2 singkat ini..Jadi, mendapat tempat yang hanya tinggal satu itu...mungkin memberi saya satu pengajaran bernilai...dan beringat..Allah maha pengasih dan penyayang!Berat beg yang mencecah 27 kg juga tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan!Alhamdulillah.

Perasaan sebak, sedih dan terharu untuk berlepas ke UK pada kali adalah berganda2 sedihnya..saat bersalaman dengan kedua orang tua, Baba n Mama adalah saat paling sukar..saat bersama mereka pada waktu 5 minggu yang singkat ini memberi pelbagai rasa..keinsafan untuk menjaga mereka bertambah2..dengan keadaan Baba yang baru sedikit pulih dari serangan angin ahmar..dan kesihatan Mama yang tidak berapa sihat.dek kerana diabetes yang dihadapi...tidak boleh terlalu penat....juga ketika bersalaman dengan abang sulung Along yang mengalami kematian anak sulung dalam kandungan 7 bulan, difikirkan kembali..pelbagai dugaan pada 4 bulan kebelakangan sebelum saya pulang bercuti di Malaysia ini..saya kira sepanjang 5 minggu ini...berjumpa sanak saudara dan rakan2..saya mendapat ketenangan sepertimana yang diharapkan...insyaAllah..

Okay..ada lagi 10 mins..apa lagi??sebilangan kawan2 mengetahui bahawa Mama akan menjalani pembedahan membuang selaput mata yang pada asalnya dijadualkan pada 15 April..telah ditangguhkan pada 16 September...banyak pertimbangan telah dilakukan.kerana sekiranya diteruskan pada tarikh asal yang berkenaan...situasi tidak sesuai...memang orang kata ini adalah pembedahan biasa, pembedahan kecil...namun dengan keadaan Mama yang menjaga Baba...dan keadaan selepas pembedahan yang menuntut rehat yang cukup...saya sangat sedih ketika2 mula2 diberitahu tentang ini...malahan saya turut2 berkira2 untuk melewatkan tarikh balik ke Cardiff.Sekurang2nya saya dapat menjaga Mama di wad..dan menguruskan Baba serta rumah serba sedikir...Memang adik2 Ijat n Isham menenangkan ...dengan memberitau mereka ada untuk menjaga..sepertimana amanah sebelum ini..namun...hati..tidak dapat tidak..terkesan..Namun setelah berjumpa semula Dr...Dr menyatakan tarikh baru tersebut dengan jaminan tiada apa2 yang berlaku sekiranya pembedahan ini ditangguhkan sehingga tarikh itu....

Dan betul kata kawan2 yang pulang bercuti...memang saya tidak langsung 'menyentuh' hal2 pembelajaran saya..kalau ada masa sekalipun..memang tiada mood dan semangat untuk menelaah..dek waktu yang ada dihabiskan, semaksima mungkin bersama ayah bonda dan keluarga tercinta..apa yang saya buat hanya menyemak email...sekurang2nya tau 'cerita' di pejabat..

Saya berdoa keadaan Baba beransur baik...begitu juga Mama yang telah cukup penat setelah menguruskan perkahwinan Along n Ijat..bayangkan dengan keadaan Baba yang tidak mengizinkan untuk membuat kerja2 urusan perkahwinan..maka segalanya terletak di bahu Mama..alhamdulillah..kaki Mama yang bengkak sebelum dan semasa perkahwinan telah baik...mudah2an Mama mendapat kesihatan yang berlipat ganda..

Kepada Along, Zue, Abg Pija, Angah, Ijat, Jue, Isham...thanks and sorry very2 much for e'thing..bila berjauhan dan saat2 nak berpisah..baru hargai erti bersama...harap bersabar dengan sikap degil Joy/Ude yang kadang2 buat semua geram...luv all of you.very2 much!

Semasa di dalam kapal terbang air mata saya tidak berhenti2 mengalir..sehingga pramugari memberi saya tisu untuk mengesat air mata yang tidak berhenti2 mengalir hampir setiap jam...juga pasangan 'mat saleh' yang duduk di sebelah saya..terkenangkan ahli keluarga yang menghantar di KLIA...melihat keadaan Baba yang berkerusi roda kerana tidak kuat berjalan..dan wajah redup dan seribu kepenatan Mama...dan ahli keluarga lain..dan membayangkan keadaan2 yang akan dilalui...hati ini tidak tertahan...Walaupun cuba meredakan perasaan dengan menonton 1,2 filem dan bermain games Tetris yang menjadi kegemaran..sambil...air mata mengalir lagi..hal berkenaan ibu bapa memang sangat memberi kesan...akhirnya saya cuba untuk tidur, dan tidur, dan tidur..



Chocolate ferrero rocher yang sempat diberi oleh Adik bongsu, Isham aka Adik semasa bersalam di KLIA..thanks Dik...tertera ucapan 'Good Luck', 'Best Wishes'. 'Thank You', 'Smile', 'Happy Birthday'..bersama patung Bear yang sangat comel...all wordings are in package..tak dapat nak luah...hadiah telah mengungkapkan segalanya..Thanks Dik..pls take great care of Baba n Mama..all the best in e'thing..luv yer always..

Tapi sepertimana ramai yang menyatakan kepada saya..dugaan akan bertambah dalam kita berjihad dalam belajar..dan di perantauan..bila difikirkan, memang...semakin banyak perkara2 yang berlaku apabila kita berada jauh dari keluarga..semuanya untuk menguji..sekuat mana ketabahan dan kekuatan..semuanya itu adalah pengalaman untuk mengajar erti kematangan...semoga hati ini semakin tabah..Saya akan terus berdoa...seluruh ahli keluarga diberi kesihatan terbaik..rezki dan kesejahteraan dunia akhirat...dan moga2 fasa ini akan menjadikan saya lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab di perantauan ini untuk keluarga, UMT, negara dan anak bangsa!Secepat dan secemerlang mungkin!







Thursday, April 8, 2010

Hari terakhir di kampung halaman

Hampir 5 minggu percutian di kampung halaman...terasa cepat masa berlalu..tak sedar hari ini hari terakhir berada di kampung halaman...esok akan ke rumah mak saudara , berkunjung kerana seminggu selepas berlepas semula ke UK, majlis perkahwinan sepupu..jadi oleh kerana tidak dapat sama2 hadir ke majlis bersejarah itu, maka saya berkunjung 'advance'..

Hari ini akan menguruskan beberapa perkara terakhir sebelum mengemas beg buat kali terakhir...memang kepulangan ini walau 5 minggu sebenarnya dek kerana pelbagai urusan yang dilakukan, tidak terasa lama...

Melihat ayah dan mak, terasa berat kaki ini hendak melangkah...namun, inilah pengorbanan yang harus dilakukan....tapi pada masa yang sama, keinsafan ini semakin bertambah..saya merasakan saya perlu bekerja keras lagi untuk melunaskan pengajian saya dengan seberapa segera dengan cemerlang., ...menjaga kesihatan agar saya dapat menjaga keluarga dan orang tua sebaik2nya..

Memang benar orang kata, semakin banyak dugaan yang akan dihadapi dalam proses pembelajaran ini...seperti yang selalu dikatakan pada diri sendiri, semakin kita mensyukuri segala yang Allah hendak kita pelajari, kita menjadi semakin matang, belajar dari pengalaman..

Ya Allah ..berikan kesihatan terbaik, kesejahteraan, kebahagiaan buat kedua orang tuaku, adik beradikku, keluargaku, saudara maraku, rakan2ku.

.Amin Ya Rabbal Alamin

End.

Wednesday, March 10, 2010

Selamat sampai...."I wish for you..every happiness"... dan pengalaman bermalam yang amat bermakna...

Alhamdulillah...telah selamat sampai di kampung halaman di Johor Bahru pada Selasa, 8 Mac 2009. Tiba di Malaysia pada hari Sabtu, 6 Mac lebih kurang pkl 6.45 petang 'jejak' di KLIA. Ketibaan disambut oleh Along dan Angah...lepas tu terus dinner yang best!!

Hari Ahad keesokan harinya (konon2 nak pegi pagi2)..cadang nak ziarah kubur arwah Atok Mama yang meninggal tanggal 29 Januari yang lalu..tapi oleh kerana saya 'pengsan'..maka kami semua gerak tidak la pagi sangat..dalam pkl 10..setelah ke kubur, singgah ke rumah Mak Long..dan seterusnya ke KL..'survey' bunga telur untuk bunga pahar..survey..dan terus tempah...seminggu siap!!Dan kemudian Isnin malam 8 hb bersama Asyraf (anak sedara no 2) menaiki Air Asia pulang ke Johor Bahru..memang pakat dengan Ijat n Isham untuk tidak memberitahu Mama dan Baba..,.konon2 naik bas sampai subuh Selasa...sebab skali membawa Asyraf..jadi surprise!!!!!tiba di Jb lebih kurang pkl 10 malam..

Alhamdulillah...sampai juga di pangkuan Baba n Mama yang tercinta..

Perjalanan sebelum menaiki pesawat pulang bercuti ke tanahair setelah 11 bulan berada di bumi asing membawa pengertian yang tersendiri.....saya telah bermalam satu hari di Malaysia Hall, London...konon2 untuk 'last minute' shopping..ingin membeli cenderahati2 London untuk dibawa pulang...pada asalnya bersama Niza ke sini...dan berjumpa Jarina..tiba di saat2 akhir, oleh kerana perkara2 yang tidak dapat dilelakkan, maka saya seorang bermalam di Kota London sebelum penerbangan pulang pada keesokan harinya...Niat untuk bermalam di Malaysia Hall juga adalah kerana tidak pernah merasai suasana di bilik penginapan di Malaysia Hall..hanya pernah makan di kantinnya sahaja..jadi..memang bercadang bermalam di Malaysia Hall sahaja sementalah untuk 'shopping'

Apa yang boleh saya katakan, saat menjejakkan kaki di London untuk proses perjalanan pulang ke tanahair, saya mendapat beberapa semangat dan inspirasi..

Begini ceritanya...

Dari Cardiff saya menaiki bas ke London. Tiba di stesen bas, saya terus menyimpan beg besar di stesen bas...(susah nak ke sana ke mari membawa beg besar yang had muatan 30 kg itu!!)...ke sana ke mari..apatah lagi...menaiki tube yang sesetengahnya tiada 'eskalator'..hanya tangga biasa...mau boleh patah pinggang!!Setelah selesai urusan menyimpan beg pada kadar 5.50 pound semalam...saya terus bergerak menuju ke stesen tube untuk ke Malaysia Hall... di salah satu 'traffic light' untuk melintas, saya ditegur dan ditanya oleh seorang 'pakcik' yang agak berumur...rupa macam mat saleh...tapi loghatnya tidak...beliau tanyakan bagaimana hendak ke stesen keretapi.beliau mahu berjumpa kawan beliau di sana....jadi saya nyatakan padanya saya pun hendak menuju ke sana (bangunan stesen tube dan stesen keretapi adalah dalam satu bangunan)..jadi terus beliau nyatakan..."thank you...you seems a clever lady!"..hmmm...saya senyum saja lah..amin..

Jadi kami pun beriringan menuju ke stesen tersebut yang hanya mengambil masa kurang dari 15minit dari stesen bas...kami ada juga berbual sedikit2..tentang tujuan kami ke mari, asal masing2...dan setelah masing2 bercerita..baru saya tahu yang 'pakcik' .ini asalnya Mesir, Muhammad namanya...seorang muslim,.pesara pensyarah dalam bidang geologi tetapi telah lama mengajar di salah sebuah universiti di England...saya lupa nama universiti yang beliau maksudkan..separuh berjalan, beliau meminta untuk berhenti sebentar..kerana perlu menyedut ubat asma yang beliau bawa...tidak boleh terlalu lama berjalan katanya..perlu berehat sedikit2...jadi saya pun tunggu sebentar bersama beliau...dalam menunggu itu, beliau sempat juga tanyakan kepada saya..."Why you're still not married?..lalu saya tanyakan pada beliau "How do you know I'm not married yet?lis it obvious?..jadi beliau nyatakan.." I know.....so you still haven't found the right one?"..wow ..,packcik ni boleh tahan..lalu saya nyatakan  padanya...bukan senang nak jumpa yang benar2 sesuai dengan kita.,yang faham kita ..jadi takpe lah lambat..asalkan dapat  yang terbaik...dan beliau pun bersetuju..dan berkata "Allah knows the best for you..you will find someone , whos's the best for you..the right one...at the right time,..looking at you..and after spoken to you...you'll definitely find a nice man..."..Mudah2an Dr Muhammad...kata2 ini sangat mengharukan....seterusnya kami terus rancak berbual...dari mula di trafiic light di mana kami berjumpa sehingga ke stesen, kami sempat berbual macam2...dalam masa sesingkat itu, Dr Muhammad ini sempat memberi komen tentang orang2 di Kota London...,tidak sama dengan orang2 di bandar2 kecil...bagaimana muslim perlu bersatu..apatah lagi dengan masalah perkauman dan keagaaman yang berlaku skrg..

Setelah tiba di stesen, beliau nyatakan bagaimana saya mahu ke Malaysia Hall..okay ke dan sebagainya..dan bersungguh2 mengajak saya untuk makan tengahari bersamanya..kerana beliau terhutang budi katanya kerana saya telah menunjukkan jalan...ayatnya "It's my responsibility to treat u lunch..you had helps me a lot!"..namun saya tolak ajakannya dengan baik.,.berkali2 saya pelrlu benar2 menolak ajakannya..ketika itu jam telah menunjukkan 2.10 ptg..saya perlu segera ke Malaysia Hall...untuk check in..perut saya pun sememangnya berkeroncong minta diisi...maka lagi 'best' menikmati lunch di Malaysia Hall..hehehe...jadi apabila saya nyatakan saya perlu segera ke Malaysia Hall...Dr Muhammad tadi nyatakan "Okay then...'m glad to meet you...we're muslim, we help each other...only Allah can reward you...so I wish and pray for you...every happiness.."..Wow..saya terpempan..kata2.."I wish you every happiness"..benar2 membuat saya rasa sedih tiba2...doa2 sebegini yang saya harapkan dalam perjalanan hidup saya...ucapan tulus ikhlas dari orang asing yang mendoakan...

Saya terus ke Malaysia Hall...setelah tiba di stesen tube 'Bayswater'...saya sempat 'survey' kedai2 cendaramata yang memang BANYAK.... di kawasan Bayswater...memang benar kawan2 di Cardiff cadangkan...,beli sahaja cenderamata di Bayswater...murah2..jadi saya sempat masuk ke beberapa kedai dalam perjalanan menuju ke Malaysia Hall...jadi saya tiba di Malaysia Hall dalam jam 3.15 ptg...selesai check in..terus ke kantin...dan mengisi perut!!!!!!

Saya berehat lebih kurang 2 jam...dan keluar semula ke kedai2 cenderamata tadi untuk membeli beberapa cenderamata untuk dibawa pulang..pada ketikan turun di lobi, saya ternampak di papan kenyataan tentang majlis agama yang akan diadakan selepas maghrib di dewan...jadi saya kira memang sempat untuk majlis agama tersebut sekembalinya dari 'membeli belah'...

Program agama yang diadakan adalah program mingguan..bacaan yasin dan tahlil beramai2 dan solat isya' berjemaah...selesai tahlil...diadakan tazkirah untuk santapan rohani...saya terdetik..kalau di Cardiff dengan kapasiti muslim yang ramai..bagus juga kalau dapat diadakan program seumpama ini...pengisian tazkirah juga seolah2 memberi makna yang tersendiri....Ustaz Erfino, memberi  tafsiran tentang surah An-Nur ...mengenai hubungan sesama manusia...bagaimana berurusan yang sepatutnya dalam Islam...dan beberapa bacaan untuk menyenangkan jiwa...saya berasakan seolah2 selari dengan salah satu tujuan yang saya harapkan apabila kembali ke tahanair nanti...

Selesai majlis tersebur, kami dijamu dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh warga2 keluarga dan pelajar2 Malaysia di London...banyak juga 'pot luck' dengan kuih muih tradisional melayu..memang langkah kanan...saya dapatlah juga beramah mesra dengan mereka yang masing2 bertanyakan saya kerana tidak pernah nampak saya sebelum ini..hehehe..inilah hikmah namanya..mendapat kata2 semangat di siang hari....dan santapan rohani di malam hari...dan berkenalan dengan warga Malaysia di London yang ramah2 belaka... saya berasa terharu dengan program seumpama ini, merapatkan ukhuwah rakyat2 Malaysia di samping dapat memperingatkan serta menguatkan iman kepada Yang Maha Esa...

Keesokan harinya saya setelah 'check out' dalam pkl 11 pagi..saya bergerak berjalan2 ke Kota London..sempat membelikan botol susu di Mothercare yang dipesan sepupu..(ada sale...katanya)..dan juga untuk anak saudara sendiri..Kemudian ke gedung membeli belah terkenal Harrods...memang sangat dahsyat prestij gedung membeli belah tersebut..boleh dibayangkan....seolah kompleks membeli belah dalam hotel lima bintang!sapaan setiap jurujual dan pengawal pintu memang tip top...memang patut dengan prestij.nya..saya hanya 'cuci mata' di setiap aras..dan ke 'gift shop' membeli beberapa cenderamata yang 'mampu' dibeli..sebenarnya..nak dapatkan 'shopping beg' harrods tu je...jadi 3 item yang dibeli...saya minta dan dapat 3 beg plastik!!IBeg plastik itu sahaja dah boleh buat 'souvenir!'...

hehehe..Susunan masa ke stesen bas menuju ke airport dapat dicapai dengan 'cantik' sekali..selesai mengambil semula beg yang disimpan, saya ada lebih kurang setengah jam sebelum masa bas ke airport Heathrow...semuanya cantik tersusun urusan transit saya di London sebelum pulang ke  tanahair...,maka saya dapat merasai sendiri ke terminal 4 airport heathtow.....penerbangan juga lancar..tidak dilewatkan...dan sepanjang perjalanan...walaupun mengalami 3 kali 'turbulence' yang boleh tahan 'seram;..alhamdulillah..perjalanan selama 12 jam lancar...

Alhamdulillah...memang saya rasakan takdirnya saya berniat untuk bermalam di London sebelum pulang bercuti membawa hikmah yang tersendiri..mungkin memang niat saya pulang untuk membantu orang tua dengan urusan perkahwinan..dan paling penting..,untuk menjaga Baba yang tidak sihat..mengalami 'mild stroke' sejak diserang dengan darah tinggi yang teruk beberapa bulan lepas..dan Mama yang juga tidak berapa sihat...tidak boleh terlalu penat dek kerana diabetes yang dihidapi..dan juga tujuan saya untuk menenangkan hati, fikiran, jiwa dan mencari ruang untuk melepaskan segala masalah yang berlaku sejak 2,3 bulan yang lalu...insyaAllah dikurniakan Allah..sebagai permulaan...saya diberi suntikan semangat dan pembersihan jiwa...

Saya berharap saya dapat memaksimakan waktu yang ada bersama keluarga..dan mendapat berlipat kali ganda semangat dan motivasi untuk melunaskan tanggungjawab mendapatkan ijazah PhD secepat mungkin..Amin Ya Rabbal Alamin..

End. 

Wednesday, February 10, 2010

Perbincangan hangat..

Ni baru balik dari mesyuarat 'Projek Sisa' (Waste Project  Meeting) di 'site'....hari ni mesyuarat berjalan lancar..Julian dan Toby membentangkan beberapa data dari analisa2 yang diperolehi..seperti biasa..Julian membentangkan hasil analisa sampel dengan penuh yakin..begitu juga Toby..

Dan mesyuarat kali ini disertai dengan Tony..bila ada Tony dan Keith, agak rancak mesyuarat berlangsung...almaklumlah kedua2 professor yang berpengalaman...jadi orang2 di site memang tak boleh nak 'goreng'..

Dan hari ini berlaku perbincangan agak hangat antara Tony dan jurutera senior tentang beberapa pertanyaan yang diutarakan oleh Tony...Tony mengeluarkan bbrp fakta dan membuat congakan tentang bbrp perkara yang sepatutnya pihak di 'site' ambil maklum..tapi ada unsur2 tidak puas ati di kalangan pihak site...ada unsur 'defensive' di situ...haa..namun pandai sv saya ni..dan juga Andrew..mengeluarkan bbrp cadangan yang agak menenangkan kembali suasana...dan Tony memberitahu bbrp cadangan dan langkah yang sepatutnya dilakukan pada masa akan datang..haa..baru tenang..

Mesyuarat pada kali ini agak 'hangat' berbanding biasa..Sehinggakan dalam kereta sekembali dari site pulang semula ke 'school'...kami masing2 (bersama Julian, Toby, Martyn dan Syrish) saling membincangkan tentang kehangatan yang berlaku dalam mesyuarat sebentar tadi..,membuatkan saya perlu  tersedar dan bersedia untuk menerima sekiranya ada persoalan2 hangat yang akan diutarakan apabila saya membentangkan data2 saya kelak...bersedia untuk ditanya beberapa perkara yang menjadi asas setiap eksperimen atau proses yang saya jalankan...bagaimana kalau saya tidak cukup bekalan ilmu pada apa yang akan saya lakukan..bagaimana jika saya terlepas pandang fakta2 yang penting???

Namun..hehehe..mesyuarat 'besar' di mana saya sepatutnya membentangkan perkembangan kajian saya (progress presentation) ..di hadapan orang2 'atas' di site setiap 3 bulan sekali. pada tahun ini...tidak perlu saya lakukan..kerana saya berada di Malaysia pada masa itu...hooray!Namun, cabaran saya sekarang adalah untuk melakukan sekurang2nya satu 'trial' eksperimen sebelum pulang bercuti...Saya perlu yakin dengan apa yang telah saya temukan sejak mesyuarat dengan Tony dan Keith pada awal tahun baru yang lalu...Yang mencabar adalah 'countdown' untuk pulang ke kampung halaman membantutkan sedikit semangat membuat kerja di saat2 akhir ini!!!!!!Aduhai...

End.

Friday, January 29, 2010

Pemergian ninda yang tercinta..




Hari ini, sekembali dari menikmati makan malam bagi sama2 meraikan hari kelahiran Haini, jiran sama-sama rakyat Malaysia, dikhabarkan berita mengenai kembalinya ke rahmatullah ninda yang tercinta, Allahyarhamah Hajjah Fatmah (Atok Mama) kira-kira jam 7.30 pagi waktu Malaysia, pada tanggal 29 Januari 2010.

Berita sedih ini disampaikan secara terus oleh sepupu, Adib dalam halaman facebook sejurus selepas memuat turun gambar2 semasa makan malam tersebut. Lantas, terus menelefon Mama yang sedang dalam urusan memberi perkhabaran kepada saudara mara yang lain dan bersiap-siap untuk ke Kuala Lumpur. Atok Mama menghembuskan nafasnya yang terakhir di Kuala Lumpur semasa di bawah jagaan Mak Long dan berulang untuk pemeriksaan di Hospital UKM.

Arwah Atok Mama memang sudah lama menghidap sakit tua, kaki yang tidak mampu lagi untuk berjalan, hanya mampu baring dan duduk sekali sekala. Sejak sebelum saya ke sini lagi , segala urusan diri memang tidak dapat lagi dilakukan sendiri, mandi, sembahyang, makan pakai semuanya diuruskan oleh Ayatan yang banyak berkorban, kami, ibu2 saudara dan para sepupu bergilir2. Petang sebelum saya berlepas ke sini, memang saya melawat arwah yang kebetulan berada di rumah Mak Long di Kuala Lumpur. Pada ketika itu, arwah Atok Mama masih boleh berbual dan bertanya serta berpesan kepada saya.. " Ko nak pegi mana? Belaja jauhnya? Belajar betul2 ya.."..sayu..sebak...bila diingat saat itu..



Bersama arwah Atok Mama petang sebelum berlepas ke Cardiff...(12/4/09)..Al-Fatihah.


Kami sememangnya seluruh ahli keluarga redha di atas ketentuan ini. Sebenarnya kira2 seminggu lepas, keadaan arwah atok mama kritikal, pernafasan yang tidak stabil di hospital dan seluruh ahli keluarga telah dipanggil untuk melawat. Keadaan arwah kembali stabil kira2 2 hari selepas itu..

Hari ini, setelah hampir seminggu, arwah Atok Mama menghembuskan nafasnya yang terakhir, meninggalkan kami, pergi tak kembali buat selama-lamanya..tanggal 29 Januari 2010. Pulang ke pangkuan yang Maha Esa. Mudah2an roh arwah akan ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman..

Saya akan pulang bercuti pada bulan Mac, kerana berserta majlis perkahwinan abang dan adik yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mac ini. Sehingga dijadualkan untuk pulang , mudah2an saya diberi kekuatan dan kesabaran berpanjangan dan saya akan berdoa dari jauh agar roh arwah diberi ketenangan, kesejahteraan. Airmata ini seakan tidak mahu berhenti mengalir...saya mengenangkan kembali ketika arwah atok Abah meninggal dahulu, saya tidak dapat pulang segera ke kampung halaman kerana ketika itu menuntut di Universiti Malaysia Sabah dan kurang3 minggu dijadualkan untuk pulang kerana majlis perkahwinan kakak kurang daripada sebulan akan berlangsung..dejavu..kini, lebih kurang sebulan dijadualkan pulang bercuti ke tanahair, juga kerana majlis perkahwinan abang dan adik yang dijadualkan berlangsung kurang 7 minggu, saya juga tidak dapat pulang segera...takdir dan ketentuan Ilahi ini seakan berulang ketetapannya buat kedua2 arwah Atok Abah dan Atok Mama yang sangat2 saya rapat..namun dugaan dan peristiwa seumpama ini pasti akan berlaku, kehendakNya yang tidak mampu kita lawan, kerana sudah tiba masa...kita mesti redha di atas ketentuan ini..dan terus berdoa ke atasnya..mendoakan arwah..

Ini adalah sebahagian dugaan hidup..semoga saya dan seluruh ahli keluarga diberi kesabaran dan kekuatan menghadapi fasa kehilangan insan yang amat2 kami kasihi ini..

Joy sangat sayang Atok Mama...hanya doa berpanjangan dapat dikirimkan....Ya Allah...tempatkanlah arwah orang2 yang kukasihi di kalangan para hambaMu yang solihin...Amin Ya Rabbal Alamin...

Daripada Dia kita datang, KepadaNya jua kita kembali...Innalillahi wainnaillaihi rojiun...

Thursday, January 28, 2010

Last year's birthday wishes..

All this text messages I've kept in my mobile for almost a year now..they were many more..cards, emails n via internet..and last year was indeed the best birthday celebration ever!!....continuous celebrations..surprises...I'm so blessed... so I guess..as I'm going to reach another year of my age very2 soon, I shall delete all those mobile birthday wishes, prayers as they have been with me, I've read them always...over and over again..through my ups and down, and in so many ways have helped me to finally made it through to where I am now, what I've become..for almost 365 days counts..However, prayers from all those who are so dear to you..will never fade..and will be kept forever to cherish our lives..therefore, as mobile msgs can't be stored elsewehere.. for commemoration..I shall keep it here.....

Ain : Take care. Happy 30th birthday dear. May everything that u dream of will become reality. Allah sayangkan you.

Kerol : Selamat Hari lahir Cik Izan!Semoga selamanya diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah selalu hendaknya. insyaAllah.

Zehan : Bie, hepi besday. Moga pjg umur dan murah rezeki. May all happiness will be yours.

Zafirah : Conducting a blood test. Testing...testing in progress..testing finish! Result : Sorry u have no blood. U r all honey. No wonder u r so sweet. Hepi B'day C. Izan.

Syimal : Salam. Hepi besday. Mg pjg umur & murah rezeki..mg tercapai segala impian dan harapan. Amin.

Kat : Happy Birthday Cik B!May u n ur oved ones b blessed with happiness here n hereafter. Amin!

Ikmar : Happiest bday Zan..Moga dipanjangkan usia n dmurahkan rezeki..

Seha : Happy Birthday cik Izan...Semoga panjang umur dan murah rezeki. Sayang selalu..

Uji : Hepy Bday to u. Hope u'll b blessed. Amin..

Popie Entech : Selamat hari lahir miss izan. hope hepi alwayz

Awien : Hepy bday. Smoga dpanjangkan umur dimurahkan rezeki..

Athiera Entech : Cik Izan...hepi birthday..!Semoga pjg umur dan mdh rzki, chat selalu, hepi selalu.

Ayin Entech : No sweet thoughts to forward..No cute graphics to send...Juz a Caring Heart 2 say happy birthday

Gezek Entech : Smile..cry..bored..proud.hungry..happy..confuse..sleepy..whatever mood u are in now, i hope my msg can make u smile..Hepi Birthday Miss Izan..May Allah bless u & your family with 1001 of His barakah..

Azmina : Hepi birthday Kak Izan..semoga dirahmati Allah dunia akhirat..

To all..I made it through the year...they're all because of you...God bless!!!

End.

Tuesday, January 26, 2010

Surat dari Malaysia...tentang eksperimen di makmal, tentang jurnal...

Semalam dapat balasan surat dari Malaysia..dari salah seorang best friend, yang kawan2 rapat panggil Beng...sejak dari matrik, ke UMS...sampai lah sekarang..kita memang best friend...suka duka semua cerita jatuh bangun, pahit maung, cerita hati, soal perasaan, kerja, hidup semuanya dikongsi bersama..

Terasa sangat sentimental bila dapat surat yang dipos...memang dengan teknologi yang ada sekarang, email lagi cepat, tak perlu bersusah payah membeli setem dan ke pejabat pos untuk mengirim surat, namun ketika menerima surat berkenaan, ditambah lagi kerana tulisan tangan yang empunya diri yang mengirim, perasaan terasa lebih dekat, lebih rapat, lebih bahagia dan gembira ketika membaca setiap baris2 ayat yang ditulis di atas helaian demi helaian isi cerita surat yang dikirim..Apatah lagi bila berkirim surat dengan bonda, rasa yang dirasa.. gembira bercampur sebak!!.sepanjang 10 bulan di sini.. tidak kurang 4 keping surat yang dikirim bonda sekali bersama bekalan yang dipos!hehehe..anyway My Beng, wait for my reply soon!!!!

Minggu ini, sambung dengan laporan experimental design yang dah bertangguh seminggu...sepatutnya dari minggu lepas hajat untuk menyiapkan laporan cadangan eksperimen untuk dibawa berbincang semula dengan penyelia, juruteknik dan pembantu makmal, tapi dek kerana kesihatan tak mengizinkan (demam 3 hari berturut2...)...memang langsung tiada kudrat untuk melaksanakan tugasan penting ini...

Dalam proses menyiapkan laporan ini dan juga sebelum meeting dengan kedua2 penyelia 3 minggu yang lalu, saya sebenar2nya merasakan belum benar2 cukup bekalan semasa membentangkan potential method untuk diaplikasi dalam kajian ini...tapi selesai meeting berkenaan, mendapat idea lebih jelas apa yang perlu dilakukan selepas ini..bertanya diri sendiri dan mencari jawapan sendiri kepada setiap aspek eksperimen yang bakal dilakukan...sepertimana kata Tony dan Keith semasa pertemuan kami kali pertama dan diulang sekali lagi selesai meeting yang tersebut, "PhD ini semua tentang bagaimana nak melakukan penyelidikan dengan kaedah yang betul, bagaimana melakukan penyelidikan secara berdikari, sentiasa kena menyoal diri sendiri kenapa sesuatu perkara itu perlu dilakukan, mencari jawapan kepada setiap persoalan...setiap langkah ada sebabnya...berupaya untuk memberi penerangan kepada orang lain yang bertanya terhadap apa yang kita lakukan..kerana kita sendiri sebenarnya sedang dan perlu mencari jawapan!!!Dan akhirnya...setelah kita melalui semua itu, kita akan menjadi pakar..bukan sekadar dalam bidang yang kita akan terokai..tapi dari segenap aspek!"

Tentang jurnal...selain buku teks yang perlu dibaca..jurnal adalah salah satu medium untuk mendapat maklumat terkini mengenai sesuatu kajian yang kita perlu lakukan..Buku teks rujukan bagi mendapat maklumat asas ...manakala jurnal pula adalah mencari kaedah terkini atau mencari kaedah yang perlu diteroka...Bercakap tentang jurnal...saya memang menghadapi masalah terhadap jurnal2 yang terlalu teknikal yang perlu saya baca..kenapa??Kerana tidak mempunyai asas yang kukuh terhadap kaedah penyelidikan yang saya akan jalankan...saya tidak memahami tentang terma2, konsep2 ...istilah...bercakap tentang kejuruteraan mekanikal, kimia fizikal...hanya sebahagian sahaja bidang yang akan saya terokai ini berkait dengan teknologi kawalan alam sekitar..sebahagian lagi..sebahagian yang penting adalah tentang bidang yang saya langsung tiada asas! Walaupun mempunyai sedikit asas kimia...memang benar2 asas....dan mempunyai minat mendalam terhadap subjek ini..tetapi saya merasakan ini memang cabaran yang membuatkan saya membaca suatu2 jurnal yang sama berulang2 kali, walaupun telah cuba mencari maksud, pengertian setiap terma, istilah dan konsep yang dinyatakan, tetap tidak menemui pemahaman!!

Hal dan kerisauan ini saya nyatakan kepada penyelia utama saya, (Tony) dan mendapat suntikan semangat dan motivasi...selain menyatakan beberapa topik dalam bidang2 yang berkenaan yang boleh saya fokus, beliau turut menyatakan bahawa "PhD bukan untuk seseorang mendapat anugerah...bukan untuk menjadi pakar dalam semua bidang...Phd adalah untuk melatih tentang menjalankan sesuatu penyelidikan, tentang bagaimana mencari maklumat, bagaimana untuk berfikir, bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian, bagaimana untuk meningkatkan tahap keyakinan..dan bagaimana seseorang itu berhubung dengan orang lain!". Tony nyatakan kepada saya tidak ada apa yang perlu dirisaukan , selagi saya tahu tujuan saya berada di sini, teruskan azam dan minat kepada apa yang saya lakukan. Katanya lagi, semasa dan setelah melakukan eksperimen, saya akan mendapat ilmu serta tahu aspek apa yang perlu diketahui secara semulajadi..ianya adalah proses yang normal...dan dengan adanya tunjuk ajar dan panduan dari beliau dan Keith, saya akan berada dalam garisan yang selamat..mudah2an..

Tentang jurnal...memang benar seperti beberapa senior nyatakan...jurnal2 yang kita dapati agak sukar untuk difahami pada mulanya..bacalah sekali lalu...berpindah kepada jurnal yang lain..sekiranya kita cuba untuk memahami satu2 jurnal seluruhnya pada masa yang sama..memang akan mengundang stress!!!!!!ya...saya sangat bersetuju dengan itu..kerana stress yang melanda mungkin antara penyebab kepada masalah kesihatan yang on off seminggu dua ini...

Dan minggu ini, bermula semalam, saya membaca sekali lagi jurnal2 yang saya tinggalkan kerana masalah no clue at all itu..dan alhamdulillah!!!!saya mendapat idea2 yang tidak saya dapat kali pertama...dan dapat ditambah ke dalam laporan yang sedang disiapkan..dan baru kini baru saya faham...semua perkara perlu dilakukan sedikit demi sedikit..dalam suasana tenang, damai, aman tenteram, bersemangat dan dengan mood yang betul bagi mendapat penghasilan yang memuaskan!!!!!!

Mudah2an minggu ini saya dapat menghasilkan laporan kaedah eksperimen yang kritikal .Bagi saya sendiri, saya perlu mempunyai keyakinan dan maklumat serta ilmu yang benar2 cukup sebelum saya melakukan eksperimen di makmal ini...ianya nanti akan menjadi nadi penyelidikan saya..dan bagi memastikan untuk mencapai sasaran kurang 3 tahun (boleh ke???memang kes sangat jarang terutama penyelidkan bidang kejuruteraan ini!!) untuk melaksanakan amanah ini, saya perlu betul2 memastikan setiap inci kerja yang saya lakukan, saya faham seluruhnya...agar perjalanan dipermudahkan...dan bila dipermudahkan, akan lancar segala urusan dan seterusnya...cepat tesis dapat disiapkan!!!!!Amin!

End.

Friday, November 13, 2009

Have i missed it?

I've draft this long ago..forgot to publish it..so here it is..in a meantime for a long post later on...This post is dedicated to all my other 'still single' friends out there...

Quoted from a friend, Syed thru ym.....we talked about this soul-mate thing...a very nice friend to chat with...we are open in our conversation...having the same thoughts.. in many ways...and that makes comfortable conversation.. now he's in Australia, sailing for a new life ..I wish u all the best my friend!!!!!So here's the piece of words he gave..

"If u go too fast, and don't stop for sight seeing, when u get on the train the next stop, the seats already filled from previous station. Then u wished that u had stopped earlier, at least for sight seeing..who knows. But u get so focused on destination that u bypass all other stations and when u finally get to ur destination..there's nobody to share the story with and worst... the stop was empty and deserted..."

Very deep words there..make sense somehow..have i missed it?Had I too focused on something elses that I missed my own???Was I too afraid to give it a try???

I will...pray the best for everything....eventhough...have i really missed it???

Monday, November 9, 2009

Niat ditangguhkan..

Hari ni kira2 hampir 2 bulan tidak mengemaskini blog ini..

Namun macam2 perkara yang perlu diselesaikan...dokumen2 yang perlu diisi, disiapkan sebagai persiapan untuk kerja2 pensampelan hari rabu ini...satu-dua muka surat tentang PhD yang perlu diserahkan kepada ketua projek..dan yang paling penting..PERASAAN GOYAH yang semakin lama semakin menghimpit..semakin menghantui......APA YANG GOYAH??Saya tak harus menceritakannya secara terperinci...harap perasaan ini bukan mengganggu..tapi motivasi diri..perasaan yang tidak ada kena mengena dengan perjalanan PhD ini..tetapi perasaan dalaman yang memang setiap manusia harus hadapi...setiap ketika...setiap kali bertemu DIA YANG MAHA ESA..hanya kepadaNYA saya mohon petunjuk...diberi jawapan kepada setiap kesangsian yang saya hadapi...

Jadi dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan, niat untuk mengemaskini blog ini terpaksa ditangguhkan...

End.